Rabu, Mei 27, 2009

berita gumbira..

semalam tengahari, anak dara aku telefon.. sempat jugak dia curi2 telefon aku dalam pada sedang menunggu bas sekolahnya.. katanya, cuti sekolah bulan 6 nanti, dia akan balik ke kampung.. ayahnya dah janji nak bawak diorang balik kampung..

seronoknya hati aku mendengar berita ni.. akhirnya ada jugak sesuatu yang menggembirakan muncul dalam hidup aku ni.. aku harap diorang dapat la dok kat kampung ni lama2 sikit.. jangan nanti diorang balik 2, 3 hari jer.. tak dapat la aku nak lepaskan rindu..

sejak henset abang kena rampas dulu, aku dah tak dengar apa2 berita lagi dari abang.. nasib baik anak dara aku ni curi2 telefon aku.. itu pun dapat cakap sekejap jer.. selalunya, dia akan bercerita pasal jerawat2 yang mula tumbuh kat muka dia.. huhu.. kesian dia.. kalau ikutkan kulit muka aku, tak de la jerawat2 ni berani hinggap.. muka aku bukan jenis berminyak.. mungkin dia dapat gen dari sebelah ayah dia kot.. tapi sempatlah aku pesan dengan farahin ni.. jangan picit jerawat tu.. biarkan jer dia pecah sendiri.. takut nanti ada pulak parut yang tertinggal..

sekarang ni, aku tengah giat mencari rumah lain.. harap2 masa cuti sekolah nanti, aku dah dapat la rumah lain tu.. huhu..

9 jejak bertapak:

kayteeze berkata...

Salam Nur, Kak tie juga tumpang suka...

Moga2 percutian ini dapat memberikan kebahagian buat Nur.

sis_nita berkata...

semoga bergembira yerr..

kita time cuti sekolah kena antar anak2 kat mak..

mak dah pesan kalo cuti sekolah biar laa cucunya ada kat kg.. temankan nenek..

rkukaudya berkata...

salam

smoga ALLAH memberi sebaik2 kebahgiaan buat sis. ;=)

LotsOfLove-Pearls berkata...

..gud news.
suka bila kak gembira.

hehe..
adik akak yg sorang nie subur jer jerawatnyer..
gatal tangan..

arryani berkata...

wah!! seronok dengar. Kitaorg pn tmpg hepi.Manfaatkan masa yg ada. Biarlah pertemuan tu berbaloi.

Harap akak hepi sokmo

nurdaniella berkata...

kak tie, terima kasih yer kak.. tak sabar2 dah ni nak tunggu cuti sekolah..

nita, hehe.. tak pe la, sesekali biar la diorang temankan nenek pulak..

rkukaudya, terima kasih dik..

LOL, thanks.. huhu.. kena ikat tangan tu..

arryani, terima kasih.. harap2 kita sama2 hepi masa cuti sekolah ni..

PUTUBAMBU berkata...

bestnya....!

semoga gembira ngan anak2 ye...

kakyong berkata...

salam nurdaniella,

balik kg tu maksudnya balik ke rumah daniella ker?

nurdaniella berkata...

putu, terima kasih.. harap2 macam tu la..

kak yong, balik kampung tu maknanya balik rumah nenek sebelah ayah dia.. kebetulan rumah bekas mak mertua dekat jer ngan rumah mak.. hehe..