Khamis, Februari 05, 2009

entah apalah khabar mereka..

dah lama aku tak jumpa dengan anak2 pertamaku.. seingat aku, kali terakhir bertemu mereka ialah pada hari raya puasa yang lepas.. ehh, dah hampir 4 bulan berlalu..

semasa keputusan UPSR yang lalu keluar, aku ada jugak menghubungi bekas suamiku untuk bertanyakan tentang anak daraku tu.. sengaja nak bercakap dengan anak2 ku, tapi waktu itu mereka tiada di rumah.. ada jamuan di rumah jiran.. sebenarnya sebelum tu, aku ada menghubungi sekolah anakku itu.. dan aku dah tahu keputusannya sebelum di beritahu oleh bekas suami..

aku dengar anak daraku sekarang bersekolah di salah sebuah sekolah di sungai buloh.. tak tau sekolah apa.. belum ada kesempatan untuk mencarinya di internet.. biasanya anak sulungku akan menelefonku dari asramanya tapi, sejak sekolah di buka sampailah sekarang ni, tak de pun panggilan dari dia.. dah membuak2 rasanya rindu ni.. terkadang sampai termimpi2.. bilalah dapat bertemu lagi..

8 jejak bertapak:

achik berkata...

errr tak gi melawat dia ke? :)

sakurasa 2 berkata...

sedihnya...sabar ya Nurdaniella, pasti dia juga rindukan Nurdaniella...

nurdaniella berkata...

achik, diorang sume kat bentong.. akak pun tak tau mana rumah mereka.. lagipun tengah tak de transport ni.. huhu..

sakura, harap2 macam tu la.. sama2 merindu..

naz ilyn berkata...

salam...

rindu pada anak lagi derita jika dibandingkan dengan yang lain...

Dearie Pearls berkata...

Semalam LOL rindukan Grandma, Mum & Dad..

Rindu sangat..
Sampai terbawa RINDU tu ke alam MIMPI.

Tapi LOL xleh nak bayangkan cmana DERITANYA seorang IBU yang rindukan ANAN-ANAKNYA..

Kerana MERINDUI MEREKA adalah SAKIT bagiku.

Pastinya RINDU seorang IBU lebih2 lagi..

nurdaniella berkata...

naz, memang amat perit..

LOL, tak boleh dibayangkan bagaimana peritnya merindu anak2 sendiri.. terkadang rasa macam nak pecah dada menanggung rindu ni..

Tanpa Nama berkata...

Hi pemilik blog yg....

terima kasih jengok2 bolg Ayahanda yang tak seberapa..

pesan Ayahanda.. hubungilah mereka kerana mereka lebih layak berada di sisi anda... jadilah seorang Ibu,,,

nurdaniella berkata...

salam ayahanda muda, tengah berusaha nak kumpul duit untuk upah lawyer.. lebih bagus fight di mahkamah..