Rabu, Februari 25, 2009
aku minat sangat nak menceburi bidang perniagaan.. aku nak jadi bos pada diri aku sendiri.. so, kalau nak kena bawak aiman gi hospital ke, gi ijn ke, tak yah la susah2 mintak cuti.. tapi, modal pulak tak de..
aku dah mendaftar dengan PNS secara online.. PNS ada satu program yang dikhaskan untuk wanita.. namanya program francais wanita.. mereka akan tolong wanita2 yang berminat untuk membuka perniagaan francais tapi, dengan syarat, kita ada 10% dari modal yang diperlukan.. katakanlah, macam aku nak bukak stokis LENO, modalnya mesti ada RM30,000.. jadi, aku mesti ada RM3,000 kalau PNS nak tolong.. masalahnya pulak, nama tak boleh blacklist.. huhu..
TEKUN pulak, tak kisah kalau nama kena blacklist.. tapi, bisnes mesti dah jalan 30%.. barulah diorang akan back up modal.. maknanya, kita kena daftar syarikat, tapak perniagaan dah ada, bisnes pun dah jalan sikit la.. kalau setakat daftar syarikat tu, tak de masalah rasanya buat aku.. yang jadi masalah ni, nak cari rumah kedai, pastu nak renovate, pastu nak masukkan barang2.. mana aku nak ambik modal nak buat tu semua?? masalah jugak..
aku dengar pasal KOBERA ni masa nonton buletin utama 3, 4 hari lepas.. mereka pun nak tolong rakyat bukak perniagaan.. mereka akan buka cawangan di setiap DUN.. jadi, aku rasa, aku nak cuba nasib dengan KOBERA ni.. harap2 impian akan jadi kenyataan..
11 jejak bertapak:
Nurdaniella KOBERA tu apa ya? he he he sakura ni ketinggalan selalu...
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan..
kalau hendak seribu dalih tak hendak seribu daya..
Gud Luck, Kak..
Good info kak. Saya pun berminat nk meniaga. Yelah smpai bila kita nk keje dgn org kan.
Tp nk meniaga ni kita kena btol2 minat. Bkn main redah je. Silap hb tak balik modal.
Kak Daniella fikirla btol2 dulu. Jgn hangat2 taik ayam je. Karang esok2 niaga lingkup..hutang bertambah.
Tapi klw btol program KOBERA ni ok apa salahnya kan. Tapi mak sure la akak btol2 minat dgn perniagaan yg akak ceburi tu. SBg contoh bukak francais LENO..make sure la akak btol2 jiwa handbeg kasut tu. Klw stakat meniaga untuk dpt untung untu duit..susah nak pergi jauh.
Itu nasihat saya lah. Skali buat..buat btol2..
Wah....minat berniaga, ye.... bagus tu...
Kak tie ni tak ada confident langsung... nak senang je...Tapi Kak tie akan sokong dari belakang :)
salam sakura, akak pun lupa la nama penuh KOBERA ni.. yang ingat, koperasi jer tang pangkal tu.. hehe..
LOL, sudah tukar ker?? hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.. terbalik la, dik.. huhu..
emy, sebab akak yakin dengan barangan LENO la, akak nak jadi stokis dia.. kasut dia bagus tau.. tahan lama.. lagipun LENO ni bukan barangan kasut dan handbag jer, ada jugak barangan dapur dan kegunaan harian.. macam nak promote jer, kann..
kak tie, mungkin darah bisnes ada mengalir dalam darah daging saya ni, kak.. saya nak jadi kesinambungan arwah ayah dan arwah datuk dalam bidang ni..
wahaha..
sah terbalik ar kak..
mengong skit LOL..
cmner nak bagi nasihat..
adedede..
fikiran ke maner LOL..
Gud Luck ar kak..
ader jugak LOL terbaca seorang wanita jadi jutawan melalui internet. maksudnya meniaga secara online tapi ni mayb risiko skit ar.
kena full time and banyak ar requirement dier.
papun, kami semua doakan yg terbaik utk akak..
semoga impian menjadi kenyataan..
"Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.."
**Ngeeeeeeee...
LOL, hehe.. akak tak de la mengharap sampai jadi jutawan.. cukuplah akak dapat ambil semula anak2 akak dan jaga mereka.. moga2 impian kan jadi kenyataan..
Wahh pasni blehla buat kuiz kat blog akak. Hadiah dia kasut Leno size 7 tau. Saya je yg muat. Maknanya saya je yg layak memenangi kuiz tersebut. ahahha. smoga berjaya.
emy, hehe.. lom start niaga lagi, dah kena buat kuiz yer.. kasut saiz 7?? maknanya, kalau tak de pemenang, akak pun boleh pakai.. ngeeeee..
wahhh bagus tuh...Allah dah buka jalan! selamat maju jaya k Nurdaniella!
erisya, segan pulak akak.. ni baru ura2 jer.. tapi, doakanlah akak berjaya yer..
Catat Ulasan