Gara-gara Takut.....
3 tahun yang lalu
hidup umpama roda, ada ketika kita di atas, dan ada ketikanya kita akan berada di bawah..
oleh AHMAD SAUFI MANSORopie@hmetro.com.my
Kejadian dipercayai berlaku apabila kedua-dua remaja perempuan itu yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysa (SPM) baru keluar dari rumah datuk mereka di Batu 10 Jalan Lama Rembia, di sini, untuk pulang ke rumah di Rumah Awam Rembia, tidak jauh dari situ. Bapa Nur Fazana, Umar Bujal, 52, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian itu ketika berkemas di gerai menjual minuman diusahakannya di pasar malam Pekan Rembia. Menurutnya, setiba di tempat kejadian dia mendapati Nur Fazana terbaring di atas jalan manakala motosikal dinaikinya terperosok di bawah pembahagi jalan di tepi kiri laluan berkenaan.“Sebaik sampai di tempat kejadian, saya melihat keadaan Nur Fazana tetapi dia pula bertanya, mana Along (Mardiana)? Saya terus pergi mendapatkan anak saudara yang terbaring di tengah jalan lalu memegang nadinya, tetapi dia sudah tiada. “Keadaan mayatnya menyayatkan hati apabila kaki kirinya cedera teruk dan patah, menyebabkan saya sebak kerana tidak menyangka kejadian sebegini boleh menimpa mereka,” katanya ketika ditemui di Jabatan Kecemasan Hospital Melaka, awal pagi semalam. Umar berkata, sebelum kejadian, Mardiana bersama anaknya memberitahunya mahu pergi ke rumah datuk mereka bagi menghantar bungkusan buah epal dan peria katak yang dibeli di pasar malam seperti dipesan ibu saudara, Suraya Abd Kasim, 50. Menurutnya, Mardiana yang menetap di Mersing, Johor bersama keluarga datang ke rumahnya hampir sebulan lalu untuk membantunya berniaga bagi mengisi masa lapang ketika menunggu keputusan SPM.
7 jejak bertapak:
Salam...
kejadia seperti ini selalu berlaku...manusia semakin hilang sifat peri kemanusiaan sekarang ini...tabahlah atas apa yang berlaku...
siannyerrr.. kannns
begitulah ketentuanNya
Hello Nurdaniella, regret to read this sad incident. Very sad. My sympathies to concerned families. Lee.
honey bee, geram dengan pemandu yang terlibat.. macam tak berhati perut..
en_me, memang kesian sangat..
aloy, itu semua suratan, kann..
uncle lee, just hope the driver will get the punishment..
Salam Kak..
Sedih!
Sakit hati!
*Buat baik di balas baik..
*Pemandu langgar lari pasti akan ada balasan..
LOL, itulah jugak harapan mereka sekeluarga.. polis dah pun dapat nombor plat kereta tersebut.. tunggu masa nak bertindak jer..
Catat Ulasan