Sabtu, Februari 07, 2009
petang semalam, gadis ini datang ke rumah menghantar air cendol dan air tauhu yang dipesan oleh mak.. malamnya, kira2 jam 11, aku dapat berita dia dah meninggal.. terlibat dalam kemalangan langgar lari.. terkedu aku bila mendengar berita ni.. tak siapa yang dapat menduga..
gadis ini sebenarnya adalah anak saudara jiran sebelah rumahku.. jiranku ini berniaga air tebu, cendol dan air tauhu di pasar malam setiap jumaat di kampungku.. hari2 biasa pak cik ni berniaga pada sebelah petangnya di tepi jalan.. anak saudaranya ini sebaya dengan anak dara mereka.. baru lepas SPM.. masih muda remaja lagi.. malam tadi, selepas mereka berdua membantu ayah mereka berniaga di pasar malam, mereka ke rumah nenek mereka.. dalam perjalanan pulang selepas menghantar buah2an di rumah nenek, mereka di langgar oleh sebuah kereta yang sedang asyik berlumba.. sudahlah begitu, mereka dibiarkan begitu sahaja..
mujurlah ada yang ternampak kemalangan tu.. kebetulan tempat berlakunya kemalangan ni agak gelap.. tak boleh aku bayangkan kalau tiada yang melihat insiden ni.. entah apalah yang akan berlaku agaknya.. anak dara jiranku ini sekarang terlantar di hospital.. menurut kata jiranku, anaknya itu kemungkinan besar patah kakinya..
8 jejak bertapak:
Just dropped say hello.
Have a pleasant weekend, Lee.
semoga die cpt sembuh!
Oh, sedih gak.....
Harap anak jiran tu tabah...tentu dia rasa hiba bila sepupunya tiada...
salam...
salam takziah untuknya...moga di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin dan untuk yang sakit moga cepat sembuh.
p/s: ajal maut jodoh pertemuan semuanya ditangan Allah hari ini kita sihat esok lusa siapa tau...
kesedihan menyelubungi diri bile bace entry neh..huhu~ ajal akan tibe bila2..huh~
uncle lee, thanks for dropping by.. have a pleasent day too..
budak hijau, moga dia juga sembuh dari traumanya..
kak tie, memang kak.. masa jenazah arwah baru tiba dari hospital, sedih tengok dia..
naz, betul tu.. kita hanya insan biasa..
ayuni, salam perkenalan.. ajal maut tak mengira usia..
Mmmm..
sama ngn kisah kat atas ker nie kak?
konpius kejap..
LOL, huhu.. sama la.. yang atas tu akak ambik dari petikan harian metro..
Catat Ulasan