Rabu, Februari 18, 2009

kisah emakku VIII

besok emak kena pergi ke hospital lagi.. kali ni untuk berjumpa dengan doktor pakar dari kuala lumpur.. ketumbuhan yang dibuang dari leher mak dulu, dah disahkan kanser oleh doktor.. jadi esok doktor nak cuba pujuk mak untuk buat kimoterapi..

hari tu, mak ada gak tanya ngan aku, kalau dia tak nak, boleh tak?? aku cuma kata, terpulang pada mak.. aku malas nak suruh mak buat tu semua.. sebabnya?? bukan aku tak sayang kat mak tapi aku tau mak tak pernah nak dengar cakap aku.. cakaplah apa sahaja, pasti ada bangkangannya.. tapi kalau kata2 yang sama lahir dari mulut aku tapi diucapkan oleh orang lain, pasti emak akan menurut.. selalu aku kecik hati dengan mak pasal tu.. tapi, aku sedar.. mak tak pernah nak menghargai apa yang telah aku buat untuk dia..

cuma, aku harapkan mak akan setuju untuk buat kimoterapi tu.. ni semua untuk kebaikan dia.. daripada membiarkan sel2 kanser tu terus merebak dalam badan dia, adalah lebih baik jika dia berusaha untuk mematikannya.. mula2 tu memang pasti ada kesan sampingannya pada mak.. tapi, lama2 ok la, kann??

15 jejak bertapak:

Darling Pya berkata...

i'Allah mak kak daniel akan sihat lps nie cuma masa kimo tu sedikit sengsara...kimo tu sakit sikit..rambut akan gugur sikit2...byk kn minum air sbb badan panas...acu doakan semoga mak akak sembuh...Amin...

teringat pd arwah ayah yg meninggal sebab kanser...semoga roh ayah di tempat kan di kalangan org yg beriman...Amin

Dearie Pearls berkata...

Kak..
pujuk mak bebaik..
Cmana keras p0wn hati mak, dia pasti akan menurut jugak..

Dengan izinNya, mudah2an semuanya beransur baik, kak..

Tabahkan hati jer ar..

sakurasa 2 berkata...

Moga terbuka hati mak untuk buat kimoterapi dan di doakan mak cepat sembuh ya. Sabar ya

fazemy berkata...

Smoga mak akak cepat sembuh. Yang pasti kena ada sokongn anak2.

MIL saya dulu pernah kena sakit buah pinggang. Doktor sahkan dia tak boleh hidup dah. Nak buat operation bg buah pinggang baru doktor kata tak berbaloi. DIa dah tua. Lgpun unt dia bertahan tu tak lama. Koma. Tah mcm mana keajaiban berlaku. Mgkin berkat doa anak2 kot. Dia sedar. Lumpuh. Lepas tu rambut yg gugur dulu tumbuh balik. Skrg umur dia dh dekat 60-an, tapi rambut dia cantik berkilat. Cam rambut remaja2 je lg. Uban lgsung takdela. Doktor kata efek dari ubat yg dia makan tu.

So skrg ni dia kena buat dialisis 3 kali seminggu. Takpelah..janji dia dah sehat..dh kembali normal. Stiap kali raya dia mesti ckp.."Dulu mak ingt dah takde raya dah..raya terakhir mak..tp skrg ni tiap2 tahun mak beraya smpaila anak bongsu mak pun dh kawin a.k.a husband saya.

Doa anak tu yg penting. Smoga mak akak sembuh kembali.

nurdaniella berkata...

acu sayang, akak pun harap emak akan sihat semula..

LOL, terima kasih ye dik..

sakura, harap2 abang akan berjaya pujuk mak..

emy, akak pun harap agar mak sembuh semula..

azlin hashim berkata...

Akak, rindu kat akak, semoga akak sihat sentiasa utk menjaga mak dan semoga mak akak pun cpt sihat seperti sediakala. Jgn amik hati sgt ye kak...

Dearie Pearls berkata...

Sama-sama, Kak..
Kak ok ker nie?
Rasa cam xok jer..
Kak, Be Strong k..
You have to, Kak..

Unknown berkata...

Macam mana pun anakanda kena pujuk juga dia supaya bersetuju. Walau pun hayat dann takdir Allah taala tetapi Allah memberikan ruang untuk berikhtiar.

Uncle doakan agar Ibu anakanda akan sembuh dan sihat seperti sedia kala.

nurdaniella berkata...

azlin, akak pun rindu kat lin gak.. terima kasih ye lin..

LOL, akak ok dah.. emo sekejap jer.. hehe..

ayahanda mountdweller, terima kasih ayahanda.. begitu juga harapan saya.. biar mak sembuh cepat..

Dearie Pearls berkata...

Bagus ar kak dah ok..
happy jugak kami..

naz ilyn berkata...

salam...
pujuk bebaik... boleh juga minta tolong dengan doktor jelaskan tentang baik dan buruknya kimoterapi.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dia dapat penjelasan yang tepat, pasti dia pergi.

Dapatkan seseorang untuk melakukan 'tugas' itu. Penting utk dia dan akak.

Soal berkecil hati ngan orag tua tu,...jgn fikir sangat. Benda ni perkara biasa bagi sesetengah dari perasaan kita.

Jangan bebankan isu ini dengan melemahkan semangat kita utk bedamping dgn dia. Semoga anak-anak kita juga akan lakukan perkara yang sama ke atas kita..

erisya nor berkata...

semoga mak k.nurdaniella sembuh...ramai yang sembuh dari kanser....kat sini ada perubatan alternatif ...kakak rakan sekerja dah bebas kanser lepas berubat kat situ...nantilah erisya minta website tempat tuh....kalau yakin bolehlah cuba....kena ada keyakinan baru boleh sembuh.

nurdaniella berkata...

LOL, sori sebab buat LOL risau.. akak sayang LOL.. thanks..

naz, syukur sebab mak setuju lepas jumpa doktor pakar tu..

arryani, mungkin sebab kami tinggal sebumbung.. jadi, bila hari2 jumpa ni, dah kurang manisnya..

erisya, terima kasih ye.. akak harap tak menyusahkan erisya untuk mencari website tu..

en_me berkata...

siannyerrr mak tewww..