Jumaat, Februari 06, 2009

rosak mood hari ni..

pagi ni bila masuk dalam bilik, terasa dingin sekali.. dah macam nak nyanyi lagu ziana zain dah ni.. seingat aku, masa nak balik petang semalam, aku dah 'off'kan dah aircond ni.. siap tutup suis lagi.. tapi kenapa pagi ni aircond dah terpasang.. confirm ni ada orang lain dah ceroboh masuk ofis aku ni..

geram sungguh aku.. bukannya sekali ni dia curi masuk bilik aku ni.. dah banyak kali dah.. berbuih dah mulut aku ngadu kat bos besar tapi, dia tetap gak masuk bilik aku ni.. bukannya aku tak tau apa motif dia masuk bilik aku ni.. semuanya gara2 nak masuk laman web 18sx kat pc aku ni.. bilik dia pun ada pc tapi tak de internet.. isshhh.. ni semua yang buatkan aku rasa tak berkat kerja kat sini ni.. dia tak fikir ke aku boleh check laman web apa yang dia tengok?? kan ada dalam senarai history tu.. ingat aku ni bodoh sangat??

oleh kerana dia dah terlupa nak 'off'kan aircond aku, jadi aku ada sebab nak report kat bos besar.. ada alasan sikit.. bos besar aku ni kalau bab pembaziran ni, dia memang ambik pot sikit.. dia yang aku maksudkan ni, bukannya ada kaitan dengan aku pun.. dia ni cuma pandai ambil kesempatan atas bos besar aku.. dengan tidak mengeluarkan modal duit sesen pun, dia boleh jadi CEO kat company aku ni.. padahal dia bukannya pernah menolong mendapatkan apa2 projek untuk bos besar aku ni.. menghabiskan duit selalu la.. sebab tu dia amat2 tidak digemari oleh anak2 bos dan juga bini bos besar aku tu..

9 jejak bertapak:

chekdenoor berkata...

kalau mood boleh beli kat seven elevent....sure kita g beli kannnnnnnn.......

Macam tulah....orang lain ni senang aje nak rosak kan mood kita.....

Apa-apa pun...sabar ajelah

Dearie Pearls berkata...

Wah..
CEO buat cam tue ker?

fazemy berkata...

Haiyaaa..mcm2 org ada.jgn smpai kena virus sudahla pc akak tu.

nurdaniella berkata...

salam chekdenoor, terima kasih sudi singgah.. betul la.. mujurlah sekejap jer mood tu rosak..

LOL, CEO tu cuma pada nama sahaja.. bukannya rasmi pun..

fazemy, dulu dah kena virus dah.. pernah satu pagi bila onkan pc, terkeluar gambar2 tak senonoh ni.. terkezut kejap..

www.katobengke.com berkata...

wah kagak sopan kali yah dia.......

Lee berkata...

Hi Nurdaniella, ha ha, looks like you ada aircond mystery?
I love the way you use short cut Bahasa words. So different to my jurassic days learning Bahasa.

But boleh faham, ha ha.
You stay easy and have a pleasant weekend, Lee.

nurdaniella berkata...

katobenke, memang sungguh kurang sopan dia..

uncle lee, maybe i can teach you more shortcut after this.. hehe..

Dearie Pearls berkata...

Patut ar..

**Lucutkan Jawatan..
alasan?
tgo benda lucah.. huhu..

nurdaniella berkata...

LOL, lucutkan jawatan?? huhu..