Selasa, Jun 30, 2009

aku kena tag.. huhu.. baru teringat, dah lama aku berhutang tag dengan LOL.. dik, jangan risau yer.. suatu hari nanti, akak pasti akan jawab tag tu.. kali ni aku kena nak jawab tag dari ieyla yang berada nun jauh di sapporo, jepun.. baby dia ni dah macam anak jepun dah.. huhu.. soo chubby.. ok, ni tag nyer..

1. Nama-nama timangan anda?

~ alang - nama gelaran dalam famili dan saudara mara yang dekat2..
~ atie - nama panggilan di kalangan teman2, saudara mara yang jauh2 dan aku bahasakan diri aku ngan nama ni bila bercakap dengan teman2..
~ azli - nama ni amat2 special sebab cuma 2 orang jer yang panggil aku ngan nama nih.. nak tau sapa?? arwah nenek dan juga pak cik aku..
~ darling - aku lupa la pulak nama ni.. ye la, dah hampir 27 tahun dah tak dengar nama ni.. cuma arwah ayah jer yang panggil aku dengan nama ni.. huhu..

2. Anda seorang yang??

~ mudah mesra.. suami aku pun pelik.. setiap kali kalau bawak aiman gi spital, mesti aku dapat kawan baru.. tapi jangan salah faham, aku mudah mesra ngan mereka yang sejantina ngan aku jer ye..
~ aku juga seorang yang mudah naik angin tapi mudah juga cool balik..
~ lembut hati.. kekadang apa yang terucap di bibir, tak sampai di hati..
~ cukup mudah tersentuh andainya ia berkaitan ngan keluarga..

3. Insan yang teristimewa??
~ semestinya la suami aku.. terima kasih yer ayang sebab sentiasa di sisi menemani.. dan mampu melayan setiap kerenah atie.. thanks..

4. Lagu kesukaan anda??
~ masa sekolah dulu, aku minat dengan lagu2 rock.. membesar dengan lagu2 lefthanded, wings , may, search dan group2 yang sewaktu dengan mereka.. tapi jangan tak percaya, dulu aku sekolah agama tau.. huhu.. rockers sopan tu..
~ minat lagu2 siti.. tapi cuma lagu2 masa dia anak dara dulu.. ngeeeee..

5. Makanan kesukaan anda??

~ mee bandung.. tapi susah nak cari kuah yang tiada udang kering di dalamnya.. aku ni ada resdung..
~ daging masak asam pedas.. teringat masa dok kat asrama dulu.. walaupun kuahnya cair tapi tetap menyelerakan..
~ steak..

6. Warna kesukaan anda??

~ biru.. tak kisah la biru gelap ataupun biru lembut.. janji biru..
~ hitam.. dalam almari aku, kebanyakan t shirt ataupun blouse terdiri dari warna nih..
~ putih.. paling aku suka tudung putih..

7. Sikap yg membuatkan anda Stress??

~ suka membebel bila aku baru balik dari kerja.. memang mudah sangat la angin aku naik..
~ ungkit mengungkit..

8. 3 benda yang mesti ade dalam Beg anda??

~ handphone.. wajib ada..
~ kunci ofis..
~ cermin.. teman sejati kaum wanita..

9. Kali terakhir anda menangis dan mengapa??

~ baru pagi semalam.. sebab- aku sedih bila terpaksa menipu seseorang untuk melindungi orang lain.. dan yang buatkan aku menangis bila 'dia' menangis.. maafkan akak, dik.. sesungguhnya akak memang dalam dilema..

10. TAG 6 Rakan anda...

~haa, bab ni la yang memang aku suka sangat.. tapi, 6 orang jer la.. ok, ini la mangsa2 nyer..
1- arryani..
2.
LOL-pearls..
3. acu sayang..
4.
kak chekdenoor..
5.
shi3la..
6.
mawar merah..

buat mangsa2 aku nih, jangan marah yer.. aku cuma menurut perintah jer.. huhu..

Sabtu, Jun 27, 2009

contest dari shi3la..

aku saja2 jer nak cuba masuk contest yang si shi3la ni buat.. dia suh teka berapa harga kamera yang dia tunjuk tu.. kamera tu hadiah dari hubby dia.. huhu.. best tu, kann.. pada teman2 yang nak mengetahui kisah shi3la ni dengan lebih lanjut, sila klik kat sini..

Jumaat, Jun 26, 2009

hari ini, sana sini semua sedang memperkatakan tentang pemergian michael jackson.. dia meninggal dunia akibat kegagalan jantungnya untuk berfungsi.. meninggal kira2 jam 2 pagi lebih kurang.. meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital yang cuma terletak kira2 6 minit perjalanan dari rumahnya..


aku tak de la minat sangat dengan mj ni.. tapi, dia ni memang ramai peminat.. di merata2 dunia ada peminat dia nih.. kat sini aku nak letakkan gambar2 dia dari sebelum dia ubah pemberian Tuhan sampai la sekarang nih..
ini la rupa michael jackson yang asli.. hensem apa, kann.. standard la rupa negro macam nih.. tak de la buruk sangat punn..
ni masa dia dapat anugerah grammy award kat LA pada 28hb Februari, 1984.. aku rasa masa ni dia dah buat pembedahan pada hidung dia la..

ni masa dia buat persembahan ngan abang2 dia kat LA.. dalam siri konsert 'victory tour' pada 3hb Disember, 1984.. masa ni aku baru darjah 6.. huhu..

ni masa dia dapat millenium award kat 2000 world music award pada 10hb Mei, 2000.. masa ni masih nampak hensem lagi, kann..

gambar ni diambil pada 5hb Mac, 2009.. dah nampak teruk dah hidung dia tu, kann..
michael jackson dalam kenangan..

Khamis, Jun 25, 2009

seingat aku, sejak hari sabtu yang lepas, setiap hari bumi melaka ni di timpa hujan.. cuma bukan setiap hari tu turun kat kampung aku la.. biasanya, awan mendung yang menutupi kampung aku, akan berarak ke tempat lain selepas di tiup angin.. huhu.. cuma pagi semalam jer dapat merasa hujan yang benar2 lebat.. dan aku terpaksa jugak keluar bila hujan dah menjadi reda sedikit.. reda sedikit tu maksudnya hujan masih lebat cuma tidak lagi disertai angin.. terpaksa la.. kalau tak, entah pukul berapa pulak sampai kat ofis nih..


dan, malam tadi, kira2 jam 11.30 macam tu lebih kurang, hujan turun lagi.. alhamdulillah.. biarlah hujan turun agar masalah jerebu yang melanda akan berkurangan..

dah terlanjur ni, aku nak tepekkan sekali award yang aku dapat dari myahanny.. teman blogging yang belum berapa lama aku kenal.. hehe.. kenal kat alam siber ni jer.. terima kasih mya sebab sudi bagi akak award nih.. terima kasih daun keladi..
comel kan panda nih.. thanks mya..

Isnin, Jun 22, 2009

award lagi..

aku dapat award lagi.. macam bermusim pulak, kann.. kalau dah dapat satu, pasti ada yang akan memberi lagi.. aku?? macam biasa la.. rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari..


kali ni, adik aku si pearl yang bagi.. entah kali yang ke berapa entah.. tak terkira dah.. terima kasih yer, dik.. tu je la yang mampu akak ucapkan.. nanti bila akak dah 'rajin' dan 'pandai', akak ciptakan sebuah award untuk adik pulak..
cantik, kan kad nih.. terima kasih daun keladi, yer pearl-LOL..

Jumaat, Jun 19, 2009

aku dapat award lagi.. kali ni giliran sis_nita pulak yang bagi kat aku.. terima kasih banyak2 yer sebab sudi berkongsi kasih.. hehe..

dan ni pulak, aku ambil dari kak yong.. hehe.. aku banyak kumpul award dari kak yong nih.. dia ni ada ramai follower, jadi tak hairan la selalu dapat award.. bukan macam aku nih.. :(

p/s: tadi masa aku merayau2 kat blog kuIna, terjumpa satu link yang menarik perhatian aku.. tajuk blog dia hampir2 sama dengan tajuk blog aku.. tapi, dia dah lama blogging.. sejak 2004 lagi.. maknanya, blog dia dah wujud sebelum blog aku dilahirkan lagi.. tapi, itu tak bermakna yang aku ciplak tajuk dari blog dia, yer.. baru sekejap ni aku tau.. ni dia link ke blog titian perjalanan hidup seorang aku..

Khamis, Jun 18, 2009

hari ini bersamaan dengan 18hb Jun, 2009, genap la usia aiman 3 tahun.. huhu.. pejam celik pejam celik, dah 3 tahun dah.. rasa macam semalam jer aku keluar dari bilik bersalin tu..

teringat lagi masa hari terakhir aku bekerja, sebelum cuti bersalin la.. petang tu, tetiba rasa macam mencucuk2 je kat ari2 tu.. tak pernah aku rasa macam tu, walaupun itu kali ke 4 aku mengandung.. masa tu aku kerja jadi customer service kat sebuah pasaraya yang tak berapa terkenal..memandangkan kerja aku tu memang memerlukan aku berdiri hampir setiap masa, aku mintak balik morning.. morning pun baliknya pukul 7 malam jugak..

semakin hampir ke pukul 7, semakin kuat rasa tu mencucuk2.. dan setiap kali terasa cucukan tu, setiap kali itu jugak terasa macam ada 'sesuatu'.. bila aku check kat toilet, confirm ada lendir macam darah yang keluar.. mulanya rasa panik jugak.. tak pernah ada pengalaman macam tu.. baru kini ku tahu, itu namanya kembar darah..

masa tu, walaupun aku balik morning, tapi bukannya aku terus balik ke rumah.. kebetulan malam tu, ada teman yang buat birthday dinner dan aku pun dapat jemputan gak.. so, aku ngan suami aku pergi la makan2.. sambil makan tu, sambil menahan sakit yang datang sekali sekala.. ada jugak teman2 yang perasan muka aku berkerut2 menahan sakit.. masing2 memang takut kalau2 aku 'terberanak' kat situ jugak.. hehe..

sampai rumah malam tu, dah pukul 11 lebih.. aku memang tak dapat lelapkan mata langsung.. antara kerisauan dan juga menahan sakit.. kira2 jam 1 lebih, bila dah yakin terasa ada 'gesa' yang biasanya memang tanda2 nak bersalin, baru la aku kejutkan suami aku.. dan syukur, kira2 jam 6 pagi, aiman pun selamat aku lahirkan.. jarak antara aiman dengan abangnya ialah 9 tahun.. huhu..

p/s: nanti aku letakkan gambar celebration yer.. tunggu..

Rabu, Jun 17, 2009

syukur..

pagi ni aku masuk blog dengan debaran di hati.. dah ok ke belum?? yuhuuuu.. rumah aku dah cantik balik.. terima kasih banyak2 pada si lena toew tu.. mujurlah tuan punya kedai photobucket tu dah terima kad kredit baru dia.. settle problem.. hehe..

p/s: aku rasa ni la n3 aku yang paling terpendek pernah aku buat..

Selasa, Jun 16, 2009

masalah teknikal..

huhu.. pagi tadi masa masuk blog nih, terperanjat bila aku tengok rumah aku nih dah bertukar wajah.. sedih pun ada gak.. baru la nak melaram dengan rumah baru, dah jadi cenggini..

aku pun gi la tanya kat tuan tanah blog aku nih.. rupanya dia ada masalah teknikal dengan tuan punya kedai photobucket nih.. masalah kad kredit dia dah expired.. huhu.. jadi katanya lagi, masalah ni mungkin akan selesai dalam masa sehari dua nih.. maknanya, lagi dua hari la rumah aku nih jadi cantik balik.. ngeee.. lamanya tuh..

pada teman2, kalau nampak photobucket nyer cat tu, jangan betulkan komputer anda yer.. kalau lagi dua hari pun tak ok jugak, maknanya aku kena la cari tuan tanah yang baru.. fuhhh, penat dulu tak hilang lagi, dah kena cari yang baru pulak.. sabar je la..

hari sabtu yang lalu, selepas habis kerja, aku bawak aiman ke melaka sentral.. kebetulan hari tu, suami aku pun kerja shift pagi.. so, pukul 2 dia pun dah habis kerja gak la.. jadi, aku ambil peluang tu untuk bawak aiman jalan2.. kesian kat dia, kann.. asyik ikut aku pergi ofis jer.. sekali-sekala bawak la dia jalan2..

kat tengah2 kolam tu ada macam2 ukiran.. ni salah satu darinya..

kali ni, kami bawak dia round2 dekat dataran pahlawan.. ala, setakat jalan2 jer.. bukannya shopping sakan pun.. kebetulan kat tengah2 tempat shopping tu ada sebuah kolam.. memang melekakan kalau lepak kat kolam tu sebab banyak ikan kat situ.. aiman leka tengok ikan2 kat dalam kolam tu..

sebenarnya, aku pun saja jer nak tenangkan fikiran.. berkecamuk benar fikiran aku sejak akhir2 ni.. bila dapat jalan2 macam ni dan melihat gelagat orang ramai, rasa tenteram sikit.. huhu.. selamat hari bapa..

Jumaat, Jun 12, 2009

sebenarnya kann, dah lama dah si pearl bagi aku cenderahati nih.. tapi aku lupa la nak ambil.. orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari.. huuu.. susah tau kalau ramai2 musuh nih.. kita hidup ni, hubungan sesama manusia la yang penting untuk dijaga.. kalau berdosa dengan Allah, insya Allah akan diampunkan kalau kita bertaubat.. bukankah Allah tu maha pengasih, maha penyayang.. kalau berdosa dengan sesama kita, kat mana nak cari kalau orang tu dah meninggal ker.. dah berpindah randah ker.. haa, kan payah tu..

so, buat adikku pearl, terima kasih daun keladi yer.. kalau ada stok lain, bagi la lagi.. hehe.. sori sebab lambat ambil.. akak dah tua, dik.. terrrrrlupa..

hidup ini ibarat roda.. ada kalanya kita berada di atas.. tapi tak selamanya pula kita kat situ.. ada saat dan ketikanya pasti kita akan bergolek ke bawah juga.. dan, bila kita dah ada kat bawah tu pulak, jangan putus asa.. jangan bermuram durja.. jangan bersedih hiba.. kita banyakkan bersabar.. kita berusaha.. insya Allah, satu hari nanti kita pasti akan berjaya kembali ke atas.. begitulah putaran hidup ini..


dan kita hidup juga berasaskan hukum karma ini.. buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat.. aku akui itu.. belum pernah kebaikan yang aku buat di balas dengan kejahatan.. kalau ada pun, bersabar je la.. sabar tu besar hikmahnya.. kalau kita bersabar dengan semua ujian yang kita terima, insya Allah akan datang pertolongan dari Allah.. kalau kita buat jahat, pasti kita akan terima balasanNya.. mungkin di dunia ni kita terlepas tapi di akhirat kelak, mana kita nak lari??
hidup juga tak selalunya indah.. tipu la kalau hidup tak de dugaan.. macam mana kita nak matang?? bukankah kita belajar dari pengalaman.. setiap dugaan yang kita terima tu, secara tak langsung akan menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi hari2 yang mendatang.. manusia ni kan mudah lupa.. jadi, Allah berikan sesuatu yang pahit tu agar kita lebih beringat.. penderitaan lebih mudah menyedarkan kita dari terus leka, kann.. jadi, banyak2 la bersabar yer hati.. pasti suatu hari nanti hidup kita akan seindah pelangi..

Khamis, Jun 11, 2009

kalau ku tahu..

pagi semalam, sewaktu aku sedang bersiap2 untuk ke tempat kerja, emak berpesan agar aku pulang awal petang ni.. emak bercadang nak dengar ceramah kat masjid.. kebetulan waktu itu, aiman pun dah bangun tidur, jadi aku terus jer siap2kan aiman.. aku bawak aiman sekali sebab aku tak sampai hati tengok dia menangis nak ikut aku nanti..

dan petangnya, seperti yang diarahkan, aku balik dari kerja pada pukul 5.30.. awal sikit la dari biasa.. sebelum balik ke rumah, aku singgah kat playground kecil yang terdapat kat tepi jalan masuk ke taman perumahan mak.. saja jer nak puaskan hati aiman.. dulu masa mak kat hospital, memang tetiap petang aku bawak aiman main kat situ..

ini la playground nyer.. tak de la besar mana pun..

sempat lagi 'peace' tuh..

p/s: gambar tak clear sangat.. ala, henset murah jer..

sepuluh minit selepas aku sampai kat rumah, emak pun dah siap2 nak bertolak ke masjid.. aku ingatkan mak nak ke masjid sorang2.. rupa2nya, aku yang tinggal berdua jer ngan aiman.. kalau ku tahu, tak de la terkocoh2 aku balik.. kebetulan tadi, suami aku suruh aku bawak aiman jumpa dia.. mujur dia tak mau aku merasa tersepit.. dan kebetulan juga, sewaktu mak nak ke masjid tu, orang2 dari kementerian kesihatan alor gajah dah siap sedia nak menyembur asap halau nyamuk tu.. lagi la bertambah2 kesal dalam hati.. mana la aku nak bawak aiman lari ni??

masa ni baru kena sembur, asap tu lom turun merebak ke bawah..

haa, tu asap tu dah turun.. dah tak nampak dalam dah..
ishh.. ishh.. ishh.. kalau ku tahu..

Rabu, Jun 10, 2009

malam tadi, sebelum tidur banyak betul idea datang.. mencurah2.. konon2 nak buat n3 pasal aku ngan mak.. sekarang nih, dah hilang entah ke mana la pulak.. terbang melayang2 perginya.. kan best kalau ada pc kat rumah.. confirm satu hari ada 3, 4 n3 aku buat.. huhu..

aku baru jer dapat sms dari suami aku.. dia kata, pelakon shukery hashim tu, dah meninggal dunia.. innalillahi wainna ilaihi raji'un.. dia meninggal lebih kurang jam 1 petang tadi.. baru beberapa minggu lepas, keluar kisah dia pasal dapat bantuan.. aku ingatkan dia dah sembuh dah.. memang nampak ketara badan dia susut.. rupanya dia kena bedah lagi.. tak dapat la pulak dipastikan dia meninggal semasa dalam pembedahan atau sesudahnya.. arwah mengidap kanser pankreas..

aku suka tengok dia berlakon.. bagi la watak apapun.. orang kampung, orang bandar, orang miskin, orang kaya, semuanya dia boleh bawak.. paling aku suka tengok dia jadi lelaki miang.. hehe.. jadi sahaja.. tapi sekarang ni, semuanya dah tinggal kenangan.. marilah kita sama2 doakan roh arwah berada bersama2 orang yang mukmin.. Aamiiinn..

Selasa, Jun 09, 2009

semalam, aku bawak aiman sekali pergi kerja.. dah agak lama jugak la aku tak bawak aiman.. dah sebulan jugak rasanya.. hari sabtu lepas, angah bawak mak ke rumahnya.. jadi, terpaksalah aku bawak aiman.. tak kisah la.. sejak dua menjak ni pun, hubungan aku ngan mak agak 'panas'.. sekurang2nya, biarlah keadaan sedikit 'sejuk'.. huhu..


pada hari ahad lepas, aku ada belikan aiman mainan baru.. itu pun atas permintaan aiman sendiri la.. minat sangat dia dengan thomas n friends tu.. mujur jugak aku bawak mainan tu kat ofis nih.. tak la dia bosan sangat..
tengok tu, sampai tertonggeng2 dia main keretapi tu.. tak la besar sangat pun keretapinya.. padan la pulak dengan harganya..
lepas penat main, aku bawak dia gi makan.. dah kenyang perut, apalagi, tidur la.. memang macam ni la kalau dia ikut aku.. tidur atas kerusi jer.. [sori la, yer.. aku tak reti la nak betulkan gambar tu.. mintak la maaf yer..]

ni pulak masa lepas gunting rambut.. lepas balik kerja semalam, aku terus pergi kat melaka sentral.. dah terlanjur beli pampers ngan susunya, aku bawak la dia gunting rambut sekali..

hari ahad lepas, anak2 aku dah balik ke bentong semula.. sekejap jer mereka balik kampung.. selama 4 hari mereka di kampung ni, cuma 3 kali jer aku dapat bertemu mereka..

hari sabtu lepas, famili aku ada buat perjumpaan tertutup.. hehe.. ada sesuatu yang kena dirahsiakan.. jadi, along dan angah serta isteri masing2 pun ada la.. kebetulan masa diorang nak balik, anak sulung aku, si faiz pun sampai.. bukan main lagi si faiz peluk pak ngah nyer.. huhu.. aku tengok abang2 dan kakak2 ipar aku teruja bila nampak faiz.. maklumlah dah 6 bulan tak bertemu.. kalau diorang rasa seronok, apatah lagi aku..

aku suruh faiz panggil adik2 nyer yang lain.. biar mereka pun dapat berjumpa bapa2 dan emak2 sedara mereka.. bila semuanya dah berkumpul, ada pulak sesi bergambar.. huhu.. dah macam hari raya la pulak.. memang rasa kelakar tapi mengenangkan susah nak berjumpa dengan diorang tu, abang2 aku tak melepaskan peluang la nak bergambar.. masing2 nak tunjukkan pada anak masing2 la tu..

bila semuanya dah balik, aku suruh faiz mintak izin ngan ayahnya untuk bermalam dengan aku.. kebetulan emak ikut angah aku balik.. tapi, aku dah agak apa jawapan yang akan aku terima.. memang reject.. pastu aku buat pulak rancangan nak bawak diorang gi jalan2 hari ahad nanti.. kali ni aku suruh farahin pulak yang jadi posmen.. pun direjectkan jugak.. apalah punya bapak ni, kann.. tak pe.. selagi boleh sabar, aku sabar jer.. nanti tiba saat dan ketikanya, aku akan pulangkan paku buah keras kat dia.. masa tu nanti, baru dia tau langit tu tinggi ke rendah.. huhu.. dendam membara nih..

internet problem..

huhu.. dah 3, 4 ari dah aku rasa tension bila masuk internet ni.. kalau lembab tu, boleh jugak la dimaafkan.. tapi, ni tak boleh masuk langsung.. asal aku bukak jer, dia tulis 'internet explorer cannot display the webpage'.. aku rasa macam nak campak jer pc nih.. nasib baik la ni pc ofis.. kalau aku punya nih, dah lama dah aku register ngan microsoft.. huhu..

aku rasa tu la masalah utama kat pc nih.. aku menggunakan microsoft yang tak berdaftar.. kira pc aku ni pendatang tanpa izin, la.. sebab tu la dapat layanan yang 3rd class punya..

jadi, pada teman2 yang dah lama tak menerima kunjungan aku tu, mintak la maaf yer.. bukan sebab aku tak sudi nak berkunjung, tapi tak dibenarkan mengunjungi blog anda.. huhu.. IE tak nak bukakan pintu nyer..

Jumaat, Jun 05, 2009

mimpi..

kata orang, mimpi itu mainan tidur.. salah satu cara untuk syaitan menyesatkan manusia.. tapi aku betul2 tak boleh lupa mimpi aku malam tadi.. kelakar sangat2..

dalam mimpi aku tu, mak akan melangsungkan pertunangan.. huhu.. dengan siapa tu, aku tak pasti sebab aku tak nampak pun sapa bakal bapak tiri aku tu.. dan aku ditugaskan oleh mak untuk telefon anak angkatnya.. dan aku juga kena telefon seorang lelaki yang pernah aku minati dalam diam..

masa aku telefon anak angkat mak tu, panggilan ku berjawab.. aku tak tau mana aku dapat nombor telefon anak angkat mak tu sebab di alam realitinya, kami dah lama terputus hubungan.. sejak dia berkahwin.. huhu.. sebenarnya dulu, antara aku ngan abang angkat aku tu pernah jugak la ada hubungan teman tapi mesra gitu.. tapi, mak tak suka.. walaupun tu anak angkat mak tapi mak tetap tak setuju.. alasan mak sebab abang tu dah ada mak we.. walaupun abang tu kata dia nak putuskan hubungan dengan perempuan tu, tapi di lehernya tetap jugak ada lovebite tu.. hiiiiii.. aku pun tak suka.. bukan aku tak suka kat abang tu, tapi aku tak suka lovebite yang ada kat leher dia tu..

lepas tu, aku kena telefon lelaki pujaan aku tu pulak.. bila aku dail nombor yang datang dari mana entah tu, ada seorang perempuan yang jawab.. aku tinggalkan pesanan agar abang tu telefon aku balik.. tapi sampai aku terjaga pun, abang tu tak telefon jugak.. huhu.. yang aku pelik sampai sekarang ni, kenapa mesti dalam satu malam aku mimpikan kedua2nya sekali??

masa aku dengan suami yang pertama dulu, selalu jugak aku mimpikan lelaki pujaan aku tu.. lebih2 lagi bila aku ada masalah dengan suami aku tu.. tapi, aku tak pernah pun fikirkan dia pada siangnya.. bila dah bermimpi, barulah aku teringatkan dia.. dan yang peliknya tu, setiap kali bila aku mimpi kan dia, pasti dia ajak aku kahwin.. huhu.. tak dapat ajak dalam alam realiti, dalam mimpi pun jadi la.. sampai aku bercerai dengan suami aku yang pertama tu sehinggalah sekarang ni, aku tak pernah berjumpa lagi dengan lelaki pujaan hati aku tu.. aku rasa dia tau aku ni secret admire dia..

Khamis, Jun 04, 2009

petang semalam, masa baru balik dari kerja, aku ternampak kereta bekas suami aku depan rumah bekas mak mertua aku.. berapa banyak punya bekas daaa... wahh, seronoknya.. jangan salah faham yer.. bukan aku seronok sebab bekas suami aku tu balik kampung.. huhu.. aku seronok sebab pastinya anak2 aku pun ada sekali..

betul cakap aku.. tak sampai 10 minit kemudian, si abang datang memberi salam.. huuu, dah banyak perubahan pada si abang ni.. dah tinggi sikit dari dulu.. muka pun dah agak panjang.. baru 6 bulan tak jumpa.. dah nampak lain sangat dah.. lama aku tenung muka dia.. huhu..

lepas 10 minit asyik bersembang dengan abang, aku suruh dia pergi panggil adik2 nya pulak.. mulanya dia takut.. takut kena marah ngan ayahnya.. kataku, kalau abang cakap kuat2 memang la ayah marah bila dia dengar.. cuba pergi bisikkan kat telinga si angah ngan adik.. tak de la sesiapa pun yang tahu..

anak dara aku, dah semakin tembam badannya.. si adik tak dapat datang sebab terpaksa jaga adik angkatnya.. ibu tirinya pulak tengah tidur.. huh, dasar pemalas.. selalu si adik tu jadi mangsa.. anak ketiga aku tu jenis tak banyak cakap.. mungkin dia tak suka kena leter selalu sebab tu dia ikut jer arahan ibu tirinya tu..

kata angah, mungkin hari ahad ni mereka akan balik semula ke bentong.. malam ni pulak dah nak balik ke umbai.. kampung si ibu tiri.. aku yakin kalau aku suruh mereka tinggal dengan aku, mesti ayah mereka takkan izinkan.. mesti punya.. terhad sungguh masa aku dengan mereka.. tak pe.. bersabar la hati.. satu ketika nanti, aku pasti akan merebut mereka semula.. yakin boleh!!

Rabu, Jun 03, 2009

aiman danial..

ramai yang tertanya2 kenapa aku perlu ke IJN.. sebenarnya, aiman mengidap jantung berlubang ataupun nama lainnya PMVSD.. jangan tanya apa maksudnya.. aku pun tak berapa faham.. yang aku tau, kat jantung aiman ni ada lubang.. dan lokasi lubang tu pulak adalah antara dua bilik yang terdapat kat jantung kita ni..

aiman disahkan mengidap jantung berlubang ni masa usia dia baru sebulan.. masa tu, aku bawak dia check up kat klinik desa.. walaupun aiman adalah anak ke empat aku, tapi memang aku tak nampak perbezaan antara dia dengan anak2 aku yang lain.. cuma bibirnya agak gelap.. macam bibir perokok tegar tu.. birat..

selepas doktor tu check aiman menggunakan steteskop tu, dia tanya aku..

'awak tak perasan ke, dada anak awak ni agak kencang bila bernafas??'..

aku akui memang dada aiman agak berombak setiap kali nafasnya di tarik..

'tapi, kenapa doktor??'

'bibir anak awak ni pun birat'.. doktor ni, saja jer nak buat aku tertanya2..

'kenapa dengan anak saya??'.. aku dah mula cuak dah..

'anak awak ni kena jantung berlubang, tau'.. serta merta mata air mata aku bertakung..

'eh, awak banyakkan sabar yer.. saya ni manusia biasa jer.. kadang2 saya pun buat silap jugak.. ni saya bagi awak surat.. awak bawak anak awak ni gi hospital besar yer'.. menggelabah doktor tu bila tengok muka aku yang dah nak menangis ni.. tu la, bagitau la elok2 sikit..

masuk dalam kereta, air mata aku tumpah bila bagitau kat suami aku.. balik dari klinik desa, mak tengah ajar mak cik2 jiran kat taman tu mengaji.. bila terpandangkan mak, serta merta kaki aku terasa longlai.. mungkin mak perasankan air muka aku sedikit lain.. mengucap panjang mak bila aku bagitau aiman ada jantung berlubang..

selepas makan tengahari tu, aku dan suami bergegas ke hospital melaka.. masa tu, jauh di sudut hati memang mengharapkan doktor klinik desa tu tersilap.. tapi, selepas bermacam ujian dilakukan, ianya positif.. memang jantung aiman berlubang.. tapi, syukur kerana lubang tu teramat kecil.. cuma 5 mm sahaja.. walaupun pada mulanya, doktor di hospital melaka memberikan ukuran yang terlebih besar.. kira2 7 mm.. bila kes ini dirujukkan ke IJN, barulah dapat ukuran yang sebenar2 nya.. cuma 5 mm sahaja.. dan lubang itu kekal seperti tu sehingga sekarang.. tidak membesar dan tidak juga mengecil..

masa temujanji aiman di hospital melaka bulan 3 yang lalu, doktor tu ada jugak cakap pasal pembedahan.. katanya, kalau boleh biarlah aiman dibedah tahun ni.. tak boleh biarkan jer lubang tu.. sebenarnya lubang tu terletak berdekatan dengan injap.. jadi, doktor takut kalau2 injap tu membengkak.. ini akan memberi kesan yang buruk pada aiman.. memang masa aiman masih bayi dulu, jantung belah kiri lebih besar dari belah kanan.. ini kerana jantung kirinya terpaksa bekerja lebih kuat dari sebelah kanan.. tapi sekarang, bentuk jantungnya dah kembali normal..

aiman juga aktif seperti kanak2 yang lain.. antara soalan kegemaran doktor2 ni setiap kali ada temujanji adalah - bila dia menyusu, badan dia jadi biru tak?? dan aku cuma menggeleng2 jer.. memang aiman tidak seperti yang lain2 tu.. ada tu setiap kali menangis, habis satu badan biru.. tak pernah pulak aku tengok aiman bertukar biru macam tu.. mintak dijauhkan la.. bagi yang tidak mengetahui pasal penyakit aiman, pasti akan menyangka aiman sihat macam kanak2 yang normal..

niat aku bercerita ni bukanlah untuk meraih simpati.. aku cuma nak berkongsi kisah dengan teman2 jer.. nanti kalau tiba masanya aiman kena buat pembedahan, masa tu barulah aku mintak derma dari orang ramai.. huhu..