Selasa, Jun 09, 2009
hari ahad lepas, anak2 aku dah balik ke bentong semula.. sekejap jer mereka balik kampung.. selama 4 hari mereka di kampung ni, cuma 3 kali jer aku dapat bertemu mereka..
hari sabtu lepas, famili aku ada buat perjumpaan tertutup.. hehe.. ada sesuatu yang kena dirahsiakan.. jadi, along dan angah serta isteri masing2 pun ada la.. kebetulan masa diorang nak balik, anak sulung aku, si faiz pun sampai.. bukan main lagi si faiz peluk pak ngah nyer.. huhu.. aku tengok abang2 dan kakak2 ipar aku teruja bila nampak faiz.. maklumlah dah 6 bulan tak bertemu.. kalau diorang rasa seronok, apatah lagi aku..
aku suruh faiz panggil adik2 nyer yang lain.. biar mereka pun dapat berjumpa bapa2 dan emak2 sedara mereka.. bila semuanya dah berkumpul, ada pulak sesi bergambar.. huhu.. dah macam hari raya la pulak.. memang rasa kelakar tapi mengenangkan susah nak berjumpa dengan diorang tu, abang2 aku tak melepaskan peluang la nak bergambar.. masing2 nak tunjukkan pada anak masing2 la tu..
bila semuanya dah balik, aku suruh faiz mintak izin ngan ayahnya untuk bermalam dengan aku.. kebetulan emak ikut angah aku balik.. tapi, aku dah agak apa jawapan yang akan aku terima.. memang reject.. pastu aku buat pulak rancangan nak bawak diorang gi jalan2 hari ahad nanti.. kali ni aku suruh farahin pulak yang jadi posmen.. pun direjectkan jugak.. apalah punya bapak ni, kann.. tak pe.. selagi boleh sabar, aku sabar jer.. nanti tiba saat dan ketikanya, aku akan pulangkan paku buah keras kat dia.. masa tu nanti, baru dia tau langit tu tinggi ke rendah.. huhu.. dendam membara nih..
6 jejak bertapak:
Sabarlah kak. Janji anak2 akak tu smua tak pernah lupakan akak. Klw saya jd akak dh lama saya ambik bdk2 tu. byk songeh dia konker sorg2..padahal kita yg mengndungkan bdk2 tu.
Lawa la akak nye blog skrg ni..yg ni terbaek.
emy, tu la pasal.. akak kena fight kat mahkamah jugak.. kalau amek macam tu jer, susah akak nanti.. famili dia kuat percaya bomoh2 nih.. nanti tak pasal2 akak terbaring jer.. huhu..
p/s; terima kasih yer.. dah serik nak tukar2 lain lagi dah..
hmm..tak boleh le nak menidakkan tanggungjawab dan kasih-sayang seorg ibu.. tak adil namanya tu..
usahalah semampu yg boleh...
huh...
sakitnyer jiwa..
LOL xjadik mummy lagi dah terasa sakitnya...
bapa o bapa..
jangan pisahkan mak dan anak2nya..
PENTING:
BLOG NI FUYOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!
LAWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!
Kak Arryani Sila sokong LOL..
Hehe..
putu, tu la.. susah kalau pentingkan diri sendiri nih..
LOL, dah la tu dik.. dah lebar sangat dah senyum akak nih..
Catat Ulasan