Khamis, Jun 04, 2009
petang semalam, masa baru balik dari kerja, aku ternampak kereta bekas suami aku depan rumah bekas mak mertua aku.. berapa banyak punya bekas daaa... wahh, seronoknya.. jangan salah faham yer.. bukan aku seronok sebab bekas suami aku tu balik kampung.. huhu.. aku seronok sebab pastinya anak2 aku pun ada sekali..
betul cakap aku.. tak sampai 10 minit kemudian, si abang datang memberi salam.. huuu, dah banyak perubahan pada si abang ni.. dah tinggi sikit dari dulu.. muka pun dah agak panjang.. baru 6 bulan tak jumpa.. dah nampak lain sangat dah.. lama aku tenung muka dia.. huhu..
lepas 10 minit asyik bersembang dengan abang, aku suruh dia pergi panggil adik2 nya pulak.. mulanya dia takut.. takut kena marah ngan ayahnya.. kataku, kalau abang cakap kuat2 memang la ayah marah bila dia dengar.. cuba pergi bisikkan kat telinga si angah ngan adik.. tak de la sesiapa pun yang tahu..
anak dara aku, dah semakin tembam badannya.. si adik tak dapat datang sebab terpaksa jaga adik angkatnya.. ibu tirinya pulak tengah tidur.. huh, dasar pemalas.. selalu si adik tu jadi mangsa.. anak ketiga aku tu jenis tak banyak cakap.. mungkin dia tak suka kena leter selalu sebab tu dia ikut jer arahan ibu tirinya tu..
kata angah, mungkin hari ahad ni mereka akan balik semula ke bentong.. malam ni pulak dah nak balik ke umbai.. kampung si ibu tiri.. aku yakin kalau aku suruh mereka tinggal dengan aku, mesti ayah mereka takkan izinkan.. mesti punya.. terhad sungguh masa aku dengan mereka.. tak pe.. bersabar la hati.. satu ketika nanti, aku pasti akan merebut mereka semula.. yakin boleh!!
9 jejak bertapak:
Nur
kadang2 kerinduan juga membuat kita
bersemangat untuk memiliki....
agar terlerai rindu...
moga impian menjadi kenyataan.
sakura, harap2 macam tu la..
oit..
dik ingat dorang leh habiskan cuti 2 minggu kat umah kak..
cmner ar rasanyer menatap anak yg dh lama xjumpa..
yakin boleh kak!
mesti segala resah kerinduan pada anak2 dah terlerai kan..
adusss..! kita benar2 tersentap bila baca perenggan paling atas tu..
kuatkan semangat yerr..! kita sebagai wanita kena KENTAL beb!
yup! aku pasti kau BOLEHH..!!
LOL, huhu.. akak pun ingat dapat pinjam diorang lama2 sikit.. tapi si abang ada tuisyen minggu depan.. dapat lepaskan rindu tu pun dah cukup baik, dik..
nita, ngeee.. akak memang 'kental' nita.. \m/
Hmm...nape x-hubby u tak kasi anak2 dok lama2 ngan u....bila bercerai, yang terpisah cuma kasih suami isteri, naper nak libatkan anak2.ish..ish..ish...ni yang I tak faham dengan lelaki ni...
mawar merah, tu la yang jadi masalah tu.. tak boleh langsung di bawak berbincang..
Kenapa akak tak blh dptkan anak2 akak tu?Patutnya masa2 cuti skolah ni hantarla diorg duduk dgn akak. Apapun saya tak tahu cerita sbnr..yg penting pertalian anak dan ibu tu takkan putus. Esok2 anak akak mati nama akak juga yg akan disebut dlm talkin bkn nama ayah. kasih ibu membawa ke syurga.
emy, huhu.. panjang ceritanya, dik..
Catat Ulasan