Rabu, Jun 03, 2009

aiman danial..

ramai yang tertanya2 kenapa aku perlu ke IJN.. sebenarnya, aiman mengidap jantung berlubang ataupun nama lainnya PMVSD.. jangan tanya apa maksudnya.. aku pun tak berapa faham.. yang aku tau, kat jantung aiman ni ada lubang.. dan lokasi lubang tu pulak adalah antara dua bilik yang terdapat kat jantung kita ni..

aiman disahkan mengidap jantung berlubang ni masa usia dia baru sebulan.. masa tu, aku bawak dia check up kat klinik desa.. walaupun aiman adalah anak ke empat aku, tapi memang aku tak nampak perbezaan antara dia dengan anak2 aku yang lain.. cuma bibirnya agak gelap.. macam bibir perokok tegar tu.. birat..

selepas doktor tu check aiman menggunakan steteskop tu, dia tanya aku..

'awak tak perasan ke, dada anak awak ni agak kencang bila bernafas??'..

aku akui memang dada aiman agak berombak setiap kali nafasnya di tarik..

'tapi, kenapa doktor??'

'bibir anak awak ni pun birat'.. doktor ni, saja jer nak buat aku tertanya2..

'kenapa dengan anak saya??'.. aku dah mula cuak dah..

'anak awak ni kena jantung berlubang, tau'.. serta merta mata air mata aku bertakung..

'eh, awak banyakkan sabar yer.. saya ni manusia biasa jer.. kadang2 saya pun buat silap jugak.. ni saya bagi awak surat.. awak bawak anak awak ni gi hospital besar yer'.. menggelabah doktor tu bila tengok muka aku yang dah nak menangis ni.. tu la, bagitau la elok2 sikit..

masuk dalam kereta, air mata aku tumpah bila bagitau kat suami aku.. balik dari klinik desa, mak tengah ajar mak cik2 jiran kat taman tu mengaji.. bila terpandangkan mak, serta merta kaki aku terasa longlai.. mungkin mak perasankan air muka aku sedikit lain.. mengucap panjang mak bila aku bagitau aiman ada jantung berlubang..

selepas makan tengahari tu, aku dan suami bergegas ke hospital melaka.. masa tu, jauh di sudut hati memang mengharapkan doktor klinik desa tu tersilap.. tapi, selepas bermacam ujian dilakukan, ianya positif.. memang jantung aiman berlubang.. tapi, syukur kerana lubang tu teramat kecil.. cuma 5 mm sahaja.. walaupun pada mulanya, doktor di hospital melaka memberikan ukuran yang terlebih besar.. kira2 7 mm.. bila kes ini dirujukkan ke IJN, barulah dapat ukuran yang sebenar2 nya.. cuma 5 mm sahaja.. dan lubang itu kekal seperti tu sehingga sekarang.. tidak membesar dan tidak juga mengecil..

masa temujanji aiman di hospital melaka bulan 3 yang lalu, doktor tu ada jugak cakap pasal pembedahan.. katanya, kalau boleh biarlah aiman dibedah tahun ni.. tak boleh biarkan jer lubang tu.. sebenarnya lubang tu terletak berdekatan dengan injap.. jadi, doktor takut kalau2 injap tu membengkak.. ini akan memberi kesan yang buruk pada aiman.. memang masa aiman masih bayi dulu, jantung belah kiri lebih besar dari belah kanan.. ini kerana jantung kirinya terpaksa bekerja lebih kuat dari sebelah kanan.. tapi sekarang, bentuk jantungnya dah kembali normal..

aiman juga aktif seperti kanak2 yang lain.. antara soalan kegemaran doktor2 ni setiap kali ada temujanji adalah - bila dia menyusu, badan dia jadi biru tak?? dan aku cuma menggeleng2 jer.. memang aiman tidak seperti yang lain2 tu.. ada tu setiap kali menangis, habis satu badan biru.. tak pernah pulak aku tengok aiman bertukar biru macam tu.. mintak dijauhkan la.. bagi yang tidak mengetahui pasal penyakit aiman, pasti akan menyangka aiman sihat macam kanak2 yang normal..

niat aku bercerita ni bukanlah untuk meraih simpati.. aku cuma nak berkongsi kisah dengan teman2 jer.. nanti kalau tiba masanya aiman kena buat pembedahan, masa tu barulah aku mintak derma dari orang ramai.. huhu..

12 jejak bertapak:

nita berkata...

no manners tol doktor tu kanss.. hmmm.. kalo kita tahu anak kita sakit apa, tak payah laa bawak gi jumpa doktor!

tersayat ati baca kisah ni.. apa laa yang mampu saya tolong.. huhu! berat mata membaca, berat lagi hati awak menanggungnya kan..

tapi sebagai kawan, apa2 yang akan awak lakukan, insyaallah kita akan sesama membantu..

♥ Che NamNam ♥ berkata...

hermmmm...kawan haku pon ader ank sakit jantung belubang gak..ader 2 lubang lagikk..biler nangis jerk jadik biru tapi Alhamdulillah selapas buat pembedahan sekarangg diyer dahh sihat sepenuhnyer..siap dapat adikk lagikkk sebagai hadiah..

Harap dak Aiman pon kembali sembuhh sepenuhnyer nanti..Kiter samer2 berdoa..rasernyer elok percepatkan pembedahan tu...InsyaAllah ramai yg akan bantu nanti selagi terdaya..Moga TUhan Permudahkan segala urusan akak sekeluarga..

TQ yer kak..sudi jengah blog haku dan sudi doakan kesihatan dak Danial..eh samer lak namer anak kiter..hiksss..

nurdaniella berkata...

nita, tu la pasal.. terima kasih yer.. huhu.. masa memula dulu, memang rasa macam tak leh terima jer.. tapi, bila dah gi IJN, rupanya ada yang lebih teruk dari aiman.. pastu baru dapat terima takdir nih..

shi3la, sama2 yer shi3la.. harap2 danial cepat sembuh sepenuhnya.. hehe..

Tanpa Nama berkata...

Rasanya ramai gak yg kena jantung berlubang ni. Cuma tahapnye aje ada peringkat2kan?.. Dan bahaya atau tidaknya peringkat itu.

Harap Aiman OK.. saya doakan dari jauh..

sakurasa 2 berkata...

Nur
didoakan danial cepat sembuh sepenuhnya..

chekdenoor berkata...

Nur,

Akak ada adek ipar yang jantungnyer berlubang tapi ...dia ak jalani pembedahan......sekarang dah berumur 30an..dah berkeluarga dengan 4 anak ...... cuma dia selalu demam.......

Actually ...jika ada kemampuan...masukjerlah dalam list pembedahan...... kalau boleh...dibedah...baiklah tapi kalau tak pun...jangan susah hati..... ajal maut ALLAH yang tentukan.

Kuatkan hati ...dan selalu ingat...ALLAH memberi dugaan setakat yang kita boleh tanggung.

Sabar ya sayangggggg

Dearie Pearls berkata...

aduh..
xleh nak express perasaan bila baca kisah nie.
even dik xder pengalaman g ader baby.. -sengih- tapi dik ble merasai kerisauan berganda yang kak alami.
semoga aiman senantiasa sihat ok..

dan kepada akak, terus tabah menghadapi setiap cabaran.

**persamaan kak and sis shiela is akak and dier punya anak bernama DANIAL..
ader sorang blogger nama anak dier Aiman..
bila di gabungin menjadi AIMAN DANIAL..

hehe..

-adik akak yg bz body-

Darling Pya berkata...

Ya Allah kak..ye ke?
pdn le akak ke IJN...
tak terluah dgn kata2 lps acu baca entry akak nie..

acu hanya mampu berdoa dr kejauhan semuga semua nye selamat..Amin..

nurdaniella berkata...

arryani, betul tu.. kalau gi kat IJN tu, memang ramai dah kanak2 yang jadi pesakit mereka.. terima kasih..

sakura, terima kasih yer..

kak noor, kalau doktor dah suruh bedah nanti, memang saya akan ikut, kak.. biarlah aiman sihat sepenuhnya.. teringin tengok badan dia tembam.. huhu..

LOL, huhu.. terima kasih yer dik.. nama aiman tu popular sebab kan ada iklan, aiman tak kisah.. masa tu akak tengah pregnant.. suka sangat dengar iklan tu.. huhu..

acu sayang.. itulah kebenarannya.. akak buat n3 ni khas untuk acu.. ngeeeee..

Dearie Pearls berkata...

aiman tak kisah..

nurdaniella berkata...

dik, akak laaaagi tak kisah..

ifaheizal berkata...

salam..
anak kakak ni sama kes cam anak saya yg no 2. adam..br 7 bulan..saya faham sgt perasaan kakak..sekarang dok check up je kt penang..anak kakak cmne sekarang?