Jumaat, Julai 10, 2009
malam tadi, aku tengok cerita ghost adventures ni.. di tayangkan di ntv7 jam 8.30 malam.. ianya berkisar tentang sekumpulan lelaki yang cuba memburu hantu2 yang mendiami sesuatu tempat.. ala, kalau kat malaysia ni, macam rancangan seekers tu..
bezanya, seekers akan meletakkan sukarelawan2 untuk duduk dalam rumah yang dikatakan berhantu tu.. dan selalunya, hasil yang diperolehi tidaklah memberangsangkan.. tapi, rancangan ghost adventures ni, memang real la.. berdiri bulu roma.. nasib baik ada peneman.. kalau aku sorang2, confirm aku tukar channel..
dalam episod malam tadi, diorang nih pergi kat gudang terbiar.. gudang ni ada ruang bawah tanah.. dulunya, ada kumpulan yang sesat ni dah buatkan ruang bawah tanah tu sebagai tempat pemujaan syaitan.. biasa ar diorang yang sesat ni, pasti akan melakukan upacara korban, kann.. ramai jugak la jadi mangsa potong kepala diorang nih.. pastu ada pulak yang jadikan tempat tu sebagai tempat untuk bunuh diri.. lagi la 'power' dia nyer hantu, kann..
krew ghost adventures ni datang kat situ sebab ada pihak jadikan gudang tu kelab malam.. tapi, makin lama, makin ramai pengunjung kelab malam tu yang kena ganggu ngan hantu2 tu.. tu yang diorang berminat nak merasa sendiri gangguan2 tu..
masa aku tengok cerita ni, aiman mulanya leka main kereta remote control dia.. tetiba aku tengok dia dah menyorok kat belakang aku.. cheh, tak leh harap hero kecik aku nih..
yang buatkan aku suspen tu bukan sebab diorang dapat rakam gambar hantu tapi sebab pengacara dia tu, memang dia saja provoke hantu2 tu.. dia cabar la 'diorang' tu keluar kacau dia.. tetiba jer dia rasa belakang badan dia macam rasa perit tau.. bila member dia tengok, korang nak tau apa yang ada kat belakang dia?? huhu, suspen jer, kann.. ngeeee.. rupa2nya kan, belakang badan dia dah kena cakar.. time tu aku rasa semua bulu roma aku dah tegak dah.. memang real la dia nyer seram tu.. panjang jugak la kesan cakar tu.. pelik kann.. baju dia tak terjejas apa2 pun.. memang hantu2 kat situ ganas2 arr.. confirm minggu depan aku tunggu lagi rancangan nih..
8 jejak bertapak:
Saya mmg pntang kalo rgk citer hntu2 nih...Rasa memulas usus perut!!..Penakut la katakan..
sila nantikan kesinambungannya....
citer hantu aku suka...
cuma biar berteman ar..
dan yg teman tu jangan pulak penakut semacam...
kang p tanda berdua plak..
hahha..
salam nur,
kesah nehh aderr iras2 citerr pemburu hantu tak..
ke cam citerr seekers ke..?
arryani, huhu.. tak tentu arah rasa, kann.. tapi akak minat la.. dari tengok cerita2 hantu yang direka2 tu..
LOL, waahhhh, boleh la join nih..
sis nita, cerita ni ala2 pemburu hantu tu tapi alat2 diorang lagi canggih.. memang real la..
uiiii citer hantu sesajerk jerk ponn ko nie kak...serammmm hakuuu...ngeeeeeeee...
salam shi3la.. haha.. dasar penakut..
Cite2 camni bukan leh caye sgt. lg2 org putih. hantu dia blh buat real je. klw dlm filem2 dia lah. so takmustahil dlm rancangn sebegini. Sejak member uncle seekers tu bgtau paper yg diorg menipu je unt buat penggambaran entiti dulu tu..saya tak tgk seekers dh. hiks.
emy, huhu.. akak pun tak minat tengok seekers tu sebab kawan akak kata hantu2 tu memang diorang 'seru'..
Catat Ulasan