Rabu, Julai 15, 2009

satu insiden yang menyakitkan..

malam tadi, sewaktu sedang leka melayan aiman bermain dengan kereta remote controlnyer, tiba2 berlaku satu insiden yang menyakitkan.. bukan sakit hati.. tapi menyakitkan mata..

masa tu aiman leka bermain jentera bombanya selepas dia menyerahkan remote control kereta nyer pada aku.. dan waktu itu, aku cuba untuk tunduk manakala aiman pula sedang cuba bangun sambil mengangkat jentera bombanya.. saat itu la insiden ni berlaku.. tangga jentera bombanya telah mencucuk mata kiri aku.. huhu..

memang kuat terasa hentakan tu kat mata aku.. sampaikan lidah aku kelu tak terkata apa2.. aku cuma mampu tunduk sambil menekap mata kiri aku tu.. dan aiman pula, bila dia tengok aku dah macam tu, dia tepuk2 tangan aku sambil cakap, ibu, sori 'eh, tak sengaja..

takkan aku nak marah dia, kann.. memang dia tak sengaja.. dan pagi tadi, pedih mata tu tak hilang lagi.. buat pertama kalinya, aku bersiap2 dalam bilik yang gelap.. tak boleh nak bukak lampu.. nanti berair2 bijik mata aku nih.. dan syukur jugak sebab pagi ni, mentari seolah2 menyorokkan dirinya.. jadi, tidaklah mata aku pedih sangat.. pedih sikit2 jer.. sempat la aku singgah kat klinik desa tu, mintakkan ubat titik mata..

sampai saat ni, mata aku masih pedih lagi.. mungkin petang ni aku nak pergi klinik kejap.. jadi pada teman2, mintak maaf yer sebab tak dapat nak rayau2 kat blog korang.. aku cuma pergi ke blog arryani jer.. sebab rumah dia gelap.. macam rumah aku jugak.. hehe..

9 jejak bertapak:

chekdenoor berkata...

Alahai....kemalangan memang boleh berlaku dimana sahaja....harap mata nur cepat puleh ok......

nurdaniella berkata...

salam kak chekdee.. huhu.. harap2 pun macam tu la.. risau jugak nih..

Darling Pya berkata...

erk...sakit nye kak
terasa ngilu je baca entry akak nie...hopefully akak cpt sembuh ya..

nita berkata...

ish!
syukur tak parah..
sian ko..
yerlaaa..
tak sengaja tuhh..

take care yerr..

Tanpa Nama berkata...

Oooo...kesiannya....

Mesti pening2 tu. Tie pun pernah tercucuk mata.. memang sakit.

Kak tie ni asyik terlupa je nak intai blog Nur. Sebab ia tak diupdatekan dlm bloglist laa...

Nak buat macam mana, ek ?

nurdaniella berkata...

acu, memang sakit dik.. masa baru kena tu, keluar jugak air mata.. tu yang aiman tak tentu arah mintak maaf tu..

sis nita, huhu.. terima kasih..

kak tie, saya pun dah tak tau nak buat macam mana dah.. puas godek2 nak bagi link tu naik..

Dearie Pearls berkata...

Haha..
xder komen dr adik coz lepas baca n3 ni adik trus keluar opis and call kak.
terlupa plak tinggalkan komen.
Ngeeee...

fazemy berkata...

Patut akak buat tajuk nih "tangga jentera bombanya telah mencucuk mata kiri aku"...hehe.

Ni namanya accident dgn kete bomba. Seb baik dah sembuh.

nurdaniella berkata...

LOL, huhu.. patut ar..

fazemy, kalau buat tajuk macam tu, mesti lagi gempak, kann.. hehe.. syukur la dah sembuh..