Gara-gara Takut.....
3 tahun yang lalu
hidup umpama roda, ada ketika kita di atas, dan ada ketikanya kita akan berada di bawah..
hidupnya seorang aku
umpama seekor ayam
kais pagi makan pagi
kais petang makan petang
semakin sempit seorang aku
dulu kaisnya berdua
kini tinggal aku seorang
gara-gara seorang kaya
aku yang susah
menjadi semakin susah
gara-gara seorang kaya
aku dan suamiku
menjadi yatim piatu
gara-gara seorang kaya
anakku turut menjadi mangsa
bekalan susunya cukup untuk sehari cuma
pilunya hati seorang aku
9 jejak bertapak:
Nampaknya nasib kita serupa, ekk. Rasa nak terbang bawa hati yang pedih...
kak tie.. hati saya ni bukan setakat pedih jer.. rasanya dah hancur berderai2..
Puan : kadangnya kita merasakan betapa tidak adilnya dunia : macam menhukum @ nak bagi tahu sesuatu.....
Saya macam semakin tahu dan faham kut....
Nurdaniella...walaupun perit, kita perlu kuat KERANA
Orang-orang di sekeliling kita mahukannya.(Jinggo yg berikan saya ayat ini dan ianya ternyata dapat melegakan perasaan)
Anda masih diperlukan disini, oleh anak anda, saudara anda, rakan-rakan anda, dan tidak keterlaluan jika saya katakan majikan anda juga.
Perkara yg berlaku, tetap berlaku. Saya tak mahu sentuh... ianya boleh dijadikan pengajaran atau apa2 pun, sbb smua org tahu tu...
Cuma, saya nak nyatakan di sini, anda masih boleh meneruskan kehidupan anda dengan seronok jika kena pada cara dan tempatnya. Bergantung pada kesesuaian khidupan kita.
Selamat berjuang untuk masa depan anak2 dan anda sndiri.
Kita yg perlu mencari sebuah kehidupan yang bahagia. Dia tak akan datang dgn sndiri.
Jangan biarkan perkara ini melenyapkan terus kebahagiaan anda.
Saya masih di sini sebagai kawan, teman, rakan dan saudara.....
Salam sayang dari saya....
cikgu jinggo, saat ini apa yang saya rasakan hanyalah kesedihan.. sedih kerana diperlakukan sedemikian rupa oleh saudara kandung sendiri..
arryani, terima kasih atas kekuatan yang yani pinjamkan pada saya.. saya akan bahagiakan diri saya dan anak2 serta suami dengan cara kehidupan kami sendiri..
Kak..
Terus Tabah, Kak..
Pasti ada sinar di sebalik malapnya cahaya..
lotsoflove, terima kasih atas kekuatan yang dipinjamkan pada akak.. moga akak akan terus tabah..
Ya..
kak pasti tabah.
LOL percaya..
LOL, akak harap pun begitu..
Catat Ulasan