Isnin, Januari 12, 2009

cerita ceriti..

aku tau ramai teman yang tertanya-tanya cerita sebenar tentang masalah yang melanda aku.. sebenarnya, aku pun tak tau nak cerita macam mana.. tak tau dari mana nak dimulakan..tapi, segala-galanya berpunca dari kereta yang kami suami isteri gunakan..

kereta itu kami beli sekitar tahun 2006, dalam bulan 3.. mulanya aku mintak tolong adik untuk jadi guarantor suamiku.. tapi, bila cina kedai tu tengok basic gaji adik yang tinggi, terus dia cadangkan agar kami gunakan nama adik.. dia takut kalau2 loan susah nak diluluskan kalau guna nama suami.. masa tu, adik tak kisah pun.. aku pun janji akan tukar nama tu bila kami ada duit..

pada 10/01/2008, kami terlibat dalam satu insiden.. kereta kami di langgar dari belakang sewaktu berhenti di lampu isyarat.. geram betul dengan pemandu lori tu.. bolehkan dia tak nampak lampu merah.. lori yang di pandunya menghentak sebuah lori kecil di belakang kami dan kami di hentak pula oleh lori kecil tersebut.. mujurlah aiman yang waktu itu sedang berdiri di seat belakang tercampak di atas kerusi juga.. kalau tercampak ke bawah, entah macam mana la keadaannya.. habis londeh bumper belakang tu.. lampu signal kiri pun pecah.. pak cik pemandu lori tu mengaku kesilapannya dan mengajak kami yang terbabit dalam insiden tersebut ke balai polis untuk membuat laporan dan seterusnya boleh claim pihak insurans.. di sini masalah kami bermula.. suami tidak dapat ikut ke balai polis untuk membuat laporan gara2 roadtax kereta yang dah mati.. waktu itu, memang aku dah mula bengang sebab dia tak hidupkan roadtax.. kalau tak, boleh jugak claim ngan insurans untuk repair kereta tu.. tapi, nak buat macam mana.. memang dia tak de budget masa tu.. ~ini kesilapan pertama suamiku..~

kemudian, masalah ke dua pula timbul.. masa emak dimasukkan ke hospital pada kali pertama, iaitu pada bulan 11 yang lepas, angah ada memberitahuku.. katanya, suamiku ada membuat pinjaman peribadi di sebuah syarikat pinjaman wang.. jumlah duit yang dipinjam adalah sebanyak RM4,000... aku terkedu sebab memang suamiku tidak pernah bercerita tentang ni.. bila aku tanyakan tentang hal ni, dia menafikannya.. mati2 dia kata dia tak buat pinjaman tu.. aku yang malas nak bertekak, mendiamkan diri bila dengar penafian dia tu..

bila emak masuk ke hospital buat kali ke dua, barulah ku tahu cerita sebenar.. rupanya memang benar suamiku ada membuat pinjaman duit tu.. dan dia memberi nama along sebagai rujukan.. oleh kerana dah 3 bulan dia menganggur dan tidak membuat bayaran, pekerja syarikat pinjaman wang tu menelefon along dan menceritakan semuanya.. bila ku desak suamiku, barulah dia memberitahu sebab2nya padaku.. rupanya, pada bulan 4, 2007, dia ada terlanggar sebuah kereta majlis perbandaran melaka dan terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM 4 ribu.. sebab tu la dia membuat pinjaman wang tu.. aku memang sakit hati sebab dia tak nak berbincang denganku dan merahsiakan perkara tersebut.. tapi, bila difikirkan semula, semua tu dah terjadi dan kalau aku bertengkar dengan dia sekalipun, masalah ni takkan selesai.. cuma aku harap perkara ni akan jadi pengajaran yang bernilai buat dirinya.. ~ini kesilapan ke dua suamiku..~

ok, sekarang aku nak cerita pulak pasal orang luar yang telah memburukkan lagi keadaan.. adik aku nak buat loan baru, nak beli kereta lain.. jadi, oleh kerana suamiku dah 3 bulan menganggur, duit kereta dah tersangkut 2 bulan.. tapi, aku dah settlekan masa aku dapat gaji ujung bulan 12 yang lalu.. mulanya aku nak bayar RM600 sebab kereta tu sebulan kena bayar RM300.. tapi, pak we adik mintak aku bayar RM500 sahaja.. yang lebihnya, dia akan tolong settlekan, katanya la.. pak we adik ni orang loaded.. bisnes puluhan ribu punya.. ok, bab duit kereta dah selesai.. maknanya, loan adik tu takkan ada apa2 masalah..

tetiba, isu roadtax pulak muncul.. pak we adik suruh suamiku settlekan roadtax pulak.. eh, mana pulak kami nak cari duit untuk settlekan roadtax ni.. menurut pak we adik, kereta tu dah hampir 2 tahun tak de roadtax jadi kalau nak hidupkan roadtax, kena hantar ke puspakom semula.. dan untuk hantar ke puspakom, kena repair kereta tu.. ye la, takkan nak masuk puspakom dengan bumper yang gebeh tu.. aduhai, mana la nak carik duit sebanyak tu dalam waktu terdekat ni.. dah la suamiku cuma kerja kat kedai makan dengan gaji RM25 jer sehari.. kalut aku jadinya.. tak cukup tertekan dengan masalah duit, emak dan juga adik beradik aku yang lain mula pandang serong pada kami suami isteri.. emak sejak keluar dari hospital, duduk dengan angah.. jadi, apa2 perkembangan yang berlaku kat rumah angah, aku tak tau sangat..

pada 03/01/2009 yang lepas, angah suruh aku datang ke rumahnya.. mulanya berat jugak hati aku nak ke sana.. maklumlah, berada di tengah kelompok orang2 yang memandang serong pada kita bukanlah satu situasi yang menyenangkan.. tapi, bila angah dah mendesak, aku gagahkan jugak la diri.. rupanya, itulah hari di mana penderitaanku bermula.. hari di mana kereta kami di ambil untuk selamanya..

dan semenjak itu, aku pergi kerja dengan bas.. suamiku akan menghantar aiman padaku sekitar jam 3 petang.. dan aku pulang kerja pukul 5 dengan aiman.. yang jadi mangsa sebenarnya adalah aiman.. dan suamiku pula, dipulaukan oleh abang2 dan adikku.. termasuk la ipar duaiku sekali.. termasuk jugak la emak.. dan juga pak we adik yang belum ada apa2 ikatan dengan keluarga aku ni.. pak we adik juga ada memberitahu suamiku.. katanya, emak dah tak mau lagi pandang muka suamiku.. maknanya, kami suami isteri kenalah keluar dari rumah emakku itu..

14 jejak bertapak:

en_me berkata...

hurmmm..

SURUPU berkata...

Bersabarlah dan berubahlah

Dearie Pearls berkata...

owh..
mmm.. masalah bertimpa-timpa..
berat jugak masalah kak nie. satu demi satu 'menyerang'.. mujur akak kuat..

kekadang terfikir napa kita yg sedarah sedaging ble bertindak cam tu.. xder tolak ansur..

kuatkan semangat akak.. yg berlaku tu memang dah xleh nak buat per.. pelbagai kesilapan yg disedari setelah sstu berlaku.. dah terantuk baru tengadah..

life must go on kak..

cian aiman.. sabar ek aiman..

nurdaniella berkata...

en_me, huhu..

phain, terima kasih.. saya akan berusaha untuk mengubah apa yang telah terjadi..

LOL, itu la cerita sebenarnya.. sekarang ni akak berusaha untuk tidak lagi menyusahkan aiman..

fazemy berkata...

Hemm..apapun sblom ckp saya nk mntk maaf dulu klw ada apa2 yg akak trasa. Dari cerita akak ni..tdk saya nafikan saya simpati dgn akak sekeluarga. Tp dr pengamatan saya, kesilapan mmg berpunca dari suami akak. Kenapa dia boleh menganggur smpai 3 bulan? Sdgkan dia ketua keluarga. patutnya dialah yg bertanggungjwb ats sgalanya. Bkn akak yg nk kena bg makan kat dia. Saya rasa kluarga akak pun tak silap. Diorg bkn buang akak sekeluarga. cuma nk bg pengajaran. Hidup tak seharusnya terlalu bergantung pada org lain. Hdp kena pandai berdikari. Mmgla time kita susah smua org lari. Tp bg saya..kluarga akak nk byk tlg sgt. Smpai bila diorg nk bg muka. Klw dh 2 tahun tak byr roadtax..itu kes berat sgt dh tu. Klw betul tak mampu pakai kereta tu pulangkanlah balik pd adik akak. Sepatutnyalah. Psl duit ni kan..mmgla..adik bradik pun blh jadi gaduh.

Apapun saya doakan hidup akak akn tenang kembali. Cuba bermula skali lagi. Unt kali ni apa kata akak beli dulu sebijik motor. Second hand pun takpe. Unt kemudahan nk angkat aiman..nak pergi kerja.

Dgn RM25 sehari gaji suami akak tu..dh cukup byk kak. Akak pun kerja kan. ANak sorg je. Akak patut pandai jaga kewangan rumahtagga. Jgn serahkan smua pada suami. Itu yg jd kes dia hutang ribu2 tu. Dlm hal akak ni..akak yg kena bertindak. Pulihkan dulu kewangan keluarga akak. Stabilkan dulu. InsyaAllah..kluarga akak akn trima kembali. Diorg bkn nk menghindari..cuma nk mengajar sedikit. Percayalah.

Hidup kita ni tak selamanya di atas..kdg2 kita di bawah..kdg2 kita berada di tgh. yg penting tanamkan dlm hati buktikan pada kluarga akak kembali..yg korg suami isteri boleh berjaya tanpa pertolongn mereka semua. InsyaAllah. Saya doakan.

Maaf klw akak terasa. Sekadar teguran. I link ur blog. Kita jd kawan erh:-)

nurdaniella berkata...

fazemy, terima kasih bebanyak atas nasihat tu.. memang akak akui, ini semua berpunca dari kesilapan suami akak.. memang 100% salah dia.. pasal dia menganggur selama 3 bulan tu, bukan dia tak berusaha untuk bekerja tapi, entah kenapa, rezeki dia mahal sangat.. puas pergi intebiu, tapi tak juga dapat kerja.. pasal akak bergantung pada keluarga tu, akak tak rasa macam tu.. papehal pun, selepas ni akak dan suami akan berdikari tanpa meminta2 pada sesiapa pun.. akak harap suami akak akan jadikan ini sebagai satu pengajaran untuk dirinya.. ok, kita jadi kawan yer..

fazemy berkata...

hehe. mekasih. Smoga esok akan buat akak lebih bahagia. Rezeki Aiman orang kata. Btw betulke umur akak ni 36tahun? Aiman 2 tahun? Curious..

nurdaniella berkata...

fazemy, actually aiman anak akak yang ke empat.. yang sulung dah nak masuk 15.. second - 13.. third - 12.. tapi yang 3 ni pada ex-husband.. yang ada pada akak cuma aiman sahaja..

fazemy berkata...

Oic..ok tabahlah. mesti byk dugaan dlm hidup yg akak tempuhi kan. ceritalah slalu kat sini. boleh kami ambil sebagai panduan dan pedoman hidup.

nurdaniella berkata...

fazemy, memang dah banyak dugaan yang akak tempuhi.. jangan bosan membacanya, sudah la yer..

Dearie Pearls berkata...

hmmmm..
baru aku faham.. huhu..
xsempat lg nak bc entri lama..

Kan akak aku tabah..

Terus maju jaya kak..

Proud of ya..

fazemy berkata...

InsyaAllah tak boring..lagi suka ada. Hidup kita ni tak slalunya indah kan..

erisya nor berkata...

hmm..memang berat kan kak? misalnya dulu eirsya pun pernah susah sebab suami berhenti kerja tanpa berbincang dulu. nak meniaga. bayangkanlah...masa tuh gajinya lebih tinggi dari erisya! masa tuh semua ipar duai pulaukan kami sebab takut kami minta bantuan kot. padahal masa kami senang mereka lah yang banyak minta bantuan erisya ....pernah tangkap ikan sendiri kat laut belakang rumah sebab tak de duit...ikan yang dah di masak tu kami beri sikit pada jiran sebelah (muslim chinese) ...tak sangka lepas tu tiap hari jiran suruh masak ikan tuh dan beri bayaran.....rupanya dia suka makan !tu lah..rezeki yang tak disangka2.

syukur sekarang kami dah ok....walau tak sesenang dulu ..ipar duai pun rajinlah bertanya khabar dan duit... nak pinjam! pengalaman dulu buat eirsya berhati2 ..bukan dendam tapi biarlah erisya membantu insan yang lebih memerlukan!

nurdaniella berkata...

LOL, terima kasih yer.. akak jadi tabah sebab ramai yang bagi sokongan kat sini.. walau tak pernah bersua muka tapi terasa hubungan kita ni ikhlas.. tanpa ada sebarang alasan dan kepentingan.. dan LOL adalah salah seorang yang banyak memberi semangat..

fazemy, kalau macam tu, boleh la akak cerita lagi kisah hidup akak lepas ni..

erisya, bila kita di timpa masalah, baru kita tau yang mana satu yang ikhlas pada kita.. kawan ketawa melambak2, yang nak menangis sama, seorang pun tak de..