Jumaat, Januari 09, 2009

tunggu dan lihat..

aku tertarik dengan dua tajuk berita dalam akhbar harian metro hari ni..

sedia undur ~ siti rela henti menyanyi demi suami.. aku dulu memang minat gila dengan siti.. tapi sejak kahwin dengan datuk seri k ni, minat tu menurun sikit.. taklah jatuh merudum.. cuma makin lama jadi makin tawar hati la pulak.. sebab musababnya biarlah aku jer yang tau.. bak kata siti, biarlah rahsia.. pasal siti nak berhenti menyanyi ni, aku rasa ralat jugak la.. dia ada bakat dan sayang jika bakatnya tu dibiarkan terpendam.. apapun, keputusan terletak di tangan siti.. tapi, korang rasa, lepas siti berhenti nyanyi nanti, peminat akan lupakan dia ker?? aku tak rasa macam tu.. peminat tetap akan ambil tahu jugak apa perkembangan diri siti.. dah nama pun 'peminat', kan..

lagi satu tajuk, genap setahun sharlinie hilang.. agak2 apalah yang sebenarnya terjadi pada sharlinie.. hidup lagi ke atau dah jauh perjalanannya?? mungkin dia menjadi mangsa sindiket culik kanak2 dan jual ke luar negara?? itu semua cuma satu andaian.. hanya Allah yang maha mengetahui.. kita cuma mampu berdoa agar sharlinie dipulangkan semula ke pangkuan keluarganya..

7 jejak bertapak:

Dearie Pearls berkata...

Salam kak..
mmm.. aku pun teringin nak ulas tntg Siti nyer kes ni tapi kak dah huraikan.. thank you.. huhu..

Secara warasnya.. napa plak perlu nak berhenti menyanyi? Dah namanya gosip, Fitnah.. Hadapi je ar..
Kalau xbetul napa nak amik pusing. Yang penting kita tahu kebenaran..
Datuk K pun seharusnya bersifat profesional. Tetiba plak nak suh siti berhenti dr nynyi..

Aku tak nampak logicnya Siti Perlu Berhenti Menyanyi..

Kisah Sharlinie..
Hanya Tuhan yang tahu..

en_me berkata...

minat menurun sebab bengang datok siti kawen dengan laki oghang kannns.. naper dah jutawan tp tak kawen dengan oghang bujang kannnns.. ammvoiiii

nurdaniella berkata...

LOL, tu la pasal.. datuk K tu macam tak professional jer.. dah kawin ngan artis, kena la terima gossip2 tu.. dah nama pun gossip, belum tentu betulnya.. kenapa nak melenting, kann..

en_me, betul betul betul.. dah la kawin dengan laki orang, buaya darat pulak tu.. puas hati membujang jer, kannss..

Dearie Pearls berkata...

hakhak..
akak aku mrh..
huhu.. sokong kak..
tp berita hr ni, Datuk K xder ar suh SIti berenti nynyi.
pe ar Dtk K..
kalau siti berenti nynyi, dia nak wt per?

nurdaniella berkata...

LOL, akak rasa kan datuk K tu gila glamour kot.. saja jer nak keluar paper.. naper ari tu masa siti cakap nak berhenti nyanyi, dia tak nafikan?? macam suka jer keluar paper hari2..

fazemy berkata...

Kesian siti..dpt suami mcm tu. Haha. apapun tak kesahla gosip tu benar ke tak kan..saya tetap tak suka datuk k. klw psl org pandang sinis kat dia tu..bkn sbb gosip dia belikan kete kat rozita che wan ke apa..sbb dia ceraikan bini dia lepas dh kaya raya. pastu kawin pompuan muda..hangin ngn laki cam kertu tu. ahaks.

Yang sharlini tu pun..hemm..pembunuh tu masih berlegar2 disekitar kita.

nurdaniella berkata...

fazemy, sama la kita.. akak pun tak suka datuk k tu.. sharlini dah mati ker?? naper lak fazemy kata 'pembunuh tu masih berlegar2 di sekitar kita'??