Isnin, Januari 19, 2009

kisah semalam..

semalam dalam berita minggu, baca tentang palestin lagi.. aku terlupa pulak tajuknya.. dituliskan, dalam tempoh 22 hari palestin di serang, mangsa yang terkorban adalah seramai 1,199 orang.. kanak2 yang turut menjadi mangsa adalah seramai 410 orang.. yang tercedera adalah seramai 5,300 orang..

zionis setuju untuk menurut arahan gencatan senjata yang dikeluarkan oleh PBB.. tapi, masih ada serangan yang dilancarkan walaupun selepas gencatan senjata.. boleh percaya ke diorang ni??

malam tadi dalam buletin utama, ada disiarkan tentang permohonan maaf dari seorang pemimpin israel [aku tak nak ingat nama dia].. minta maaf sebab dah serang palestin.. minta maaf sebab dah bunuh ramai penduduk gaza.. minta maaf sebab dah bunuh kanak2 yang tak berdosa.. senang2 jer ucapkan kata maaf.. dia ingat dengan minta maaf macam tu, dia takkan dikenakan tindakan apa2 ker?? ishh.. murah betul nilai maaf tu kat mata dia..

malam tadi jugak berlangsungnya anugerah juara lagu kat tv3.. tapi, entah kenapa, mata aku mengantuk betul malam tadi.. seingat aku, yang terakhir aku tengok ialah masa zahid ngan heliza menyanyi.. lepas tu, sedar2 aiman menangis mintak susu pukul 3 pagi tadi..

11 jejak bertapak:

Tanpa Nama berkata...

Sekadar mengingatkan. Amalkan doa ini.

Dari Surah Al-Baqarah ayat 286, bermaksud;

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau babani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".

Dearie Pearls berkata...

Meet Uncle Hussien menang.
Juara keseluruhan..

Dearie Pearls berkata...

aKU Semakin lelah mendengar kisah di Palestin..
hati ini berduka..
mengapa perang ini berterusan..?
Hentikan! Hentikan!

Aku, Kau & The Geng berkata...

kt pakat ramai boikot barang2 israel n amerika nih. jgn biarkan ia berluasa

naz ilyn berkata...

salam...

pemohonan maaf tu saje jer nak meredakan kemarahan umat Islam sedunia yang sedang pakat ramai-ramai nak boikot barangan mereka...

p/s: meet uncle hussin menang... tetiba jer nama pak hussin popular

nurdaniella berkata...

rantong, sama2 la kita berdoa..

LOL, mujurlah faizal tahir pun menang jugak.. puas hati..

aku, kau & amp; The Geng, yerr, kita boikot selama-lamanya.. biarkan mereka pulak menderita..

naz, tu la pasal.. diorang ingat mintak maaf tu boleh redakan perasaan marah semua umat Islam kat dunia ni agaknya.. dapat jugak pak hussin tumpang glamour.. hehe..

erisya nor berkata...

hmm...sedih tgk nasib palestine...memang dah hilang kemanusiaan si zionis tuh...betul2 nak hapuskan warga palestin...sebab tu nak bunuh sumer kanak2 dan wanita juga :(

fazemy berkata...

saya pun trtido masa tgk AJL tu. tahu2 faizal tahir tgh ambik hadiah. hu. doakan slalu keamanan rakyat palestin.

nurdaniella berkata...

erisya, memang zionis nak hapuskan orang2 palestin.. senang diorang nak conquer tanah palestin tu.. memang hampeh diorang ni..

fazemy, sama la kita.. kalau orang tv3 tau ni, mesti tertonggeng2 diorang nangis..

fahana_ann berkata...

maaf mulut jek tak sampai hati langsung tu pun...menyampah aje dengar perkataan maaf dari diaorang..buat syarat jek diaorang tuh..huhuhu..geram betol

nurdaniella berkata...

fahana, betul betul betul.. maaf hanya di bibir..