Rabu, Januari 07, 2009

moga ada sinar untukku..

alhamdulillah, sekarang ni aku rasa tenang sikit.. bukan sebab masalah aku dah selesai tapi sebab aku tau, aku masih punya ramai teman.. teman yang akan terus memberi sokongan walaupun di saat aku disisihkan oleh famili aku sendiri..

aku berhak untuk bahagia.. ya, kata2 dari arryani [yang dipinjamnya dari cikgu jinggo] banyak memberi semangat pada aku.. aku harus tabah dan kuat demi anak2 ku.. aku tidak seharusnya terus bersedih dan berduka..

semua orang ada masalah masing2.. aku masih berpegang pada prinsipku.. Allah tidak akan menduga hambaNya dengan ujian yang tidak boleh ditanggung oleh hambaNya itu.. Allah tahu yang aku dan suamiku mampu untuk menangani masalah ini.. sebab itu kami diuji..

moga selepas ini, hidupku lebih berwarna warni dan lebih manis..

aku nak ucapkan terima kasih pada erisya nor, arryani, cikgu jinggo, azlin hashim, azza_irah, kak tie, lotsoflove, achik, acu sayang, naz ilynn dan semua yang memberiku semangat untuk terus hidup..

7 jejak bertapak:

anntaj berkata...

kakak...sabar yer..
hidup ini kdg2 buat saya fikir, bila kita diuji, kita sebenarnya disayangi.
walaupun ujian itu tersangat pahit.bagi saya, bila kita kenangkan semula, ianya boleh buat kita semakin matang.
saya juga telah diuji sehingga saya kenal apa itu org tua2 kata:
-tidur tak lena
-mandi tak basah
-makan tak selera
saya baru alami benda sebegini, dan dalam masa 3 hari saya jadi hilang berat badan dan muka saya cengkung...
jadi, siapalah kita untuk terus memikirkan masalah dan ujian, lebih baik kita fikirkan tentang masa depan dan juga fikikan kesihatan kita.
saya bersyukur kerana tuhan menguji saya dgn cara begitu kerana saya masih boleh berdiri menunaikan solat dan ingat tuhan.
kalau kita diuji dengan kesakitan, bagaimana?

saya sayang nurdaniella biarpun kita belum bersua..

selamat tahun baru..
fikirkan bahagia
:)

nurdaniella berkata...

terima kasih anntaj.. akak juga bersyukur kerana diuji sebegini.. andainya diuji dengan kesakitan, pastinya hidup akan jadi lebih sukar..

erisya nor berkata...

cantik bintang tuh...dulu2 bila tension , suka buat bintang tuh dan hadiah pada teman2 tersayang

nurdaniella berkata...

akak pon.. suka buat bintang2 tu, pastu simpan dalam botol.. tapi, sekarang ni tak tau ke mana hilangnya botol2 bintang tu..

Dearie Pearls berkata...

"aku harus tabah dan kuat demi anak2 ku.. aku tidak seharusnya terus bersedih dan berduka.."

Terus tabah kak.. sinar pasti ada.
percayalah..

nurdaniella berkata...

LOL, akak pasti akan terus tabah demi anak2.. thanks..

Dearie Pearls berkata...

yeah..
I believe in u kak.