Selasa, Januari 13, 2009
baru jap tadi aku dapat call dari alliance bank.. pasal apa? pasal duit kereta la.. dah nak masuk 3 bulan tak bayar.. aik.. mana pergi duit RM500 yang aku bagi tu?? aku siap pinjam lagi dengan bos aku.. semata2 nak bayar duit kereta tu..
mungkin sepatutnya aku terus bank in kan aja duit tu dalam alliance bank.. tak payah bank in dalam akaun adik.. bengong jugak aku ni.. jangan nanti ini jadi isu baru dalam hidup aku dah..
aku dah malas la nak pikir.. lagipun, kereta tu atas nama adik.. biarlah dia tanggung sendiri.. dia pun dah ambil semula kereta tu, jadi tu bukan lagi masalah aku.. bak kata budak hijau, ada aku kisah??
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)
9 jejak bertapak:
Biarkan aje akak..janji akak dh bayar. Itu masalah diorg la.
fazemy, tu la pasal.. lantak depa la..
salam...
kekadang kalau pasal duit ni susah nak cakap apa lagi adik beradik... nanti dikata berkira lar pulak
Ada aku kisah??
huhu..
Kita kena jadi kejam..
hakhak..
Tu bukan prob akak lagi dah..
so, xyah kisah ar..
huhu..
salam...
sorry lar sy terlepas pandang tentang n3 cerita cerita... sy ada masuk tapi dah tengah malam tengok n3 panjang sangat tak dapat nak baca.. sekarang baru dapat baca.
sejujurnya sy amat bersempati.. sememangnya bukan mudah untuk memperkukuhkan ekonomi rumahtangga suami sebagai ketua keluarga harus kuat semangat dan berusaha keras untuk melaksanakan tanggungjawab.. sempati sy dengan awk yang terpaksa menanggung keluarga.
dulu sy pun susah rasanya lagi susah dari awk.. pernah juga suami pinjam dengan cetty dulu takde ahlong sy memang tak berkerja... tapi suami bangkit semula bina penghidupan baru.
apa kerje pun dia buat asalkan dapat bayar hutang dan belanja rumah... kereta kami pun pernah kena tarik rumah sewa tak dapat bayar... sedih kalau ingat..makan apa yang ada jer.. nasib baik anak kecil lagi.
ketika itu semua ahli keluarga tak suka kami... kalau kami balik mereka kata kami nak pinjam duit. suami balik dari kerja buat kerja lain selagi hari tak gelap selagi tular tak balik.
tapi sekarang alhamdulillah tak berapa senang tapi bolehlh kalau berbanding dulu.
semua manusia di dunia ini akan melalui jalanan yang berliku tapi dengan cara yang berbeza-beza... terima sebagai ujian berlapang dada buat azam baru berbincang dengan suami tentang masa depan dan saling sokong menyokong.. bukan msanya untuk menunding jari marilah muhasabah diri.
p/s: segala di dunia kesenangan mahupun kesusahan adalh dari Dia dan hanya Dia yang mampu mengubahnya kita sebagai hamba wajib berusaha... mengadu dan meminta hanya padaNya jangan lupa pada DIA..insyaAllah Dia mendengar isi hati kita asalkan kita ingat pada DIA.. wasalam.
me tak dapek nak tolong one uoolsss..
hmmm....susah juga kan? takut kete kena tarik camner lak? sia2 jer bayar bulan2!
erisya pernah kena gitu. sewa rumah melalui abg ipar sebab suami kesiankannya. kami bayar lebih dari sewa sebenar....lebihnya habuan abang ipar. suami kata biarlah...kesian kat kakak dia. tapi yang sedihnya....dia tak beri langsung duit sewa kat tuan rumah! suatu pagi tgh2 bersiap nak kerja dapat phone call dari tuan rumah (org cina) dia nak sita rumah kami! suruh kami pindah pagi tu jugak! Terus erisya ambil telefon dari tangan suami dan explain ngan tuan rumah tuh. syukur tuan rumah faham dan percaya. dia kata lain kali masuk akaun dia jer... (kurang RM100 dari yang kami bayar selama ini!). dua bulan kemudian erisya berkeras ajak suami pindah walau tuan rumah minta kami stay lagi. erisya keciwa kerana dikhianati oleh sedara sendiri...dah tuh...bila suami telefon kakaknya lepas kes kena halau tuh...kami pula yang dipersalahkan...beullah kata orang...biar lurus alang jangan lurus bendul sebab kalau lurus bendul kena pijak!
p/s: nanti amik awrd kat blog ya :)
Hmm...masalah orang ekk...memang susah kalau mereka sendiri pandang remeh...jangan orang lain yang terkait sama, sudah laa...
LOL, lepas ni memang akak nak jadi kejam sikit.. huhu..
naz ilynn, rasanya kalau bukan pasal anak, mungkin akak tak sekuat ni.. mungkin juga sebab dah semakin matang, jadi dapat terima dengan fikiran terbuka.. rasanya kalau dapat ujian sebegini sepuluh tahun lepas, mungkin dah berperang besar dengan suami.. harap2 lepas ni, suami akan lebih terbuka.. berbincang dalam setiap perkara.. jangan sampai pisang berbuah dua kali..
en_me, tolong baca jer pun tak pe..
erisya, kalau kena tarik kereta tu, memang rasa ralat sikit.. lebih baik kalau dia bagi jer kami pakai kereta tu..
kak tie, tu la yang kami suami isteri takutkan.. jangan nanti bila kereta tu dah kena tarik, kami pula yang dipersalahkan.. bertambah buruk la kami di mata famili..
Catat Ulasan