Rabu, Januari 28, 2009
kalau ada yang bertanya tentang seronok tak bercuti, pasti aku akan gelengkan kepala.. kenapa?? huhu.. aku rasa sedih sangat.. tapi aku serba salah pulak.. nak cerita ke tak?? kalau aku tak cerita, takut makan dalam pulak.. lagipun, aku bukannya ada tempat lain nak mengadu selain pada Allah yang maha mengetahui tu.. nak cerita ke tak?? pada aku, blog ni la satu2nya tempat untuk aku meluahkan perasaan selain pada Dia.. aku tak de teman yang sesuai untuk aku luahkan masalah aku ni.. masing2 semua ada masalah sendiri.. takkan aku nak bebankan lagi dengan masalah aku.. nak cerita ke tak?? aku cerita la yer..
ahad lepas, angah datang ke rumah ngan anak bini dia la.. pastu aku hidangkan la meehoon sup hasil air tangan mak.. dalam pada aku menghidang tu, mak bukak cerita pasal suamiku pergi temuduga guard kat infineon.. dulu angah pun kerja kat infineon tu.. tapi bahagian production la.. pastu ni la dialog antara aku dan dia..
dia :: pergilah mintak kat zapcity [sekolah memandu].. diorang nak pakai driver van..
aku :: mana dia ada lesen..
dia :: eh, kata dah ada lesen??
aku :: mana ada.. nak beli susu anak pun tak lepas, mana nak ambik duit nak buat lesen..
dia :: kalau tak de lesen, apasal sibuk2 nak pakai kereta??
aku :: kalau ada kereta, alang [aku, la] la yang bawak..
dia :: ada ke duit nak isi minyak? pakai kereta, nak kena isi minyak..
aku :: tak mampu, naik la bas jer..
tiba2, tak semena2, dia boleh cakap, "nak pelempang ker??"
aku terus jadi terpinga2.. sebab aku rasa aku jawab dalam tonasi yang biasa.. bukannya nak melawan cakap dia.. bila dia cakap macam tu, terus aku terdiam.. terus aku tak layan apa yang dia cakap lagi..
patut ker, aku dalam usia hampir 36 tahun 4 bulan ni, diajukan soalan macam tu?? walaupun dia abang aku tapi aku bukannya adik dia yang baru berusia 16 tahun.. dulu boleh, la.. sekarang ni, aku dah ada anak 4 dah.. patut ker??
14 jejak bertapak:
sian kak daniel...
acu simpati dgn nasib akak
welcome back kak..
patut ke tak patut?
mm.. biar jer ar dorang kak.
acu, terima kasih sebab simpati pada akak.. huhu..
LOL, akak pun dah malas la nak layan.. akak nak cipta dunia akak sendiri.. doakan akak bahagia dalam dunia akak nanti..
stiap kali saya baca posting akak ni mesti air mata nk bergenang. sedih hatini. tp saya tahu akak lg sedih. sbb akak yg hadapi smua kesulitan tu.
psl angah akak brsikap mcm tu..mgkin psl kes kereta tu tak hbs lg dia marahkan akak. akak byk2la bersabar.
saya doakan smoaga kehidupan akak akn berubah. byk2kan berdoa agar Allah murahkan rezeki akak. Supaya mereka akn hormat akak.
Inilah lumrah dunia. Bila kita susah..smua org pandai lekeh je kat kita. Cuba klw skrg ni akak seorg artis popular..seorg jutawan..adakah layanan angah akak mcm tu kat akak?!!Sabarlah kak..hidup ini sentiasa ada dugaannya. Biarkan mereka kak. janji akak , suami dan aiman bahagia:-)
Kak..
doa adik sentiasa bersama akak..
kerana akak baik, maka baiklah nasib akak..
cuma mungkin kita akan melalui sedikit kesulitan namun percayalah..
kesulitan itu boleh kita atasi..
nantikan saat kita bersorak gembira.
Salam hidup bahagia kak..
Akak BOLEH!!
Sabarlah dek...
Kak tie ni pula dalam dilema.....selalu stress kerana seseorang...entahlah... masalah tu ada...cuma kekadang kita boleh kawal, dan ada masanya macam nak meletup..hu hu..
Selalu pujuk hati sendiri... tak tahulah berapa lama nak bertahan ni...
sabar itu separuh daripada iman...
kak nurdaniella...mungkin angah tu baran kot....terasa mcm disindir...buat dek jer...diam lebih baik. anggap je dia pun tgh tension.
hanya kita jer yang boleh ubati kesedihan hati sendiri...bukan adik-beradik, bukan mak ayah, juga bukan kengkawan.kekuatan dalaman jer yang boleh buat kita tabah.
fazemy, betul cakap emy tu.. kalau akak ni kaya, mungkin bukan ini layanan yang akan akak terima.. akak dah faham adat manusia ni.. kalau kita susah, bukan orang luar tapi famili sendiri yang akan pandang serong pada kita dulu..
LOL, terima kasih dik.. akak dapat kekuatan dari teman2 di alam maya ni..
kak tie, saya pun tak tau sampai bila boleh bersabar ni..
sukabebel, terima kasih..
erisya, angah tu bukan setakat baran tapi juga suka mengungkit.. di mata dia, kita tak boleh buat silap.. sekali tersilap, sampai mati akan diungkit..
itulah manusia..marah kalau bertempat takpe..tapi kalau jnis tak bertempat masalahnya..jenis pulak yang panas baran..nasihat pun salah..dibiarkan pun salah..jadi kena kuatkan diri menghadapi masalah dalam hidup..walaupun adik beradik..kalau taknak bantupun..jgn menyusahkan..taknak komen pjg sgt..nanti salah tafsir lak..bab kata amir dlm rajalawak..i'm sorry..wallahualam..hanya Allah swt yg maha mengetahui..
kak nurdaniella....wahh kalau camtuh ....memang susah nak bersabar kan....erisya pun tak suka org yang suka ungkit ni...sikit punya hal dok ungkit sampai tujuh keturunan ! Allah pun dah pesan jgn sakiti hati orang yang kita bantu...org yang ungkit tuh bukan apa...nak jasanya dibalas oleh kita...walhal balasan Allah lebih besar jika dia ikhlas membantu, tak gitu?
mungkin sebab tuh erisya tak minta bantuan sesiapa baik keluarga, sedara-mara atau kengkawan...tapi Allah hantar seseorang membantu kita bila kita hanya mengadu kepada-Nya
p/s: macam kata tuan Jinggo tuh...diam lebih baik :) terutama
ngan org panas baran ....cakappun buat perabih air liur je hehehe
pikirsendirilah, betul tu.. dah la tak nak menolong, datang nak marah2, nak ngungkit2 je keje nya..
erisya, memang akak dah malas nak cakap dengan dia.. baik akak diam.. kalau bukak mulut, kita balik yang kena smash.. huhu..
yeah..
diam lebey baek..
cara mujarab..
LOL, betul tu..
Catat Ulasan