Jumaat, Januari 02, 2009

sedih di tahun baru..

hari ni baru masuk hari ke 2 di tahun 2009.. tahun baru ni ku sambut dengan kesedihan.. sedih kerana di himpit masalah yang datang bertimpa2.. bukan setakat sudah jatuh di timpa tangga, malah rasanya seperti kena gelek dengan steamroll lagi..
rasanya tiada sesiapa pun dalam dunia ni akan tahan jika setiap hari di beri tekanan.. mujurlah daya tahan badanku agak kuat.. kalau tak, mungkin dah jauh aku larikan diri.. tapi, sampai bila nak lari daripada masalah?? itu bukan jalan penyelesaian bagi masalah aku ni..

aku perlukan sokongan dan dokongan agar aku terus kuat untuk mengharungi tahun 2009 ni.. semoga tahun ini, ada sinar bahagia menanti aku.. dan ku harap kesedihan ini tidak berpanjangan sehingga ke ujung tahun..

14 jejak bertapak:

Unknown berkata...

Puan...membaca N3 puan macam2 ada sesuatu yg mahu dikatakan.Kerana itulah kita..fitrahnya kita ni macam2. Minta2 untuk hari2 seterusnya puan diberkatiNya dan permudahkan dalam segala apa yg dilakukan.....ada apa2 yg boleh kita kongsikan !

achik berkata...

Tuhan hadiahkan pelangi lepas DIA turunkan hujan lebat dengan petir yg menakutkan..

mungkin dugaan ni utk menguatkan akak lagi.. jaga diri..

naz ilyn berkata...

Salam...

Dia menguji kerana kasihNya
sebagai insani tabah menghadapi
segalanya tak pernah lekang dari hidup ini
jalanan berliku harus diharungi
biar terjatuh tertiarap tersungkur
luka tercalar berdarah harus gagahi
jangan lupa pada yang mengasihi
sentiasa ingat pada yang mengingati
agar yang sulit dapat diharungi
yang sempit dapat dilongari
moga yang mendatang lebih menyinari

p/s: kuatkan semangat bersedia menghadapi... moga makin tabah

erisya nor berkata...

kak erisya pernah rasa camtuh dulu....mungkin lebih teruk sebab iman tak sekuat mana...rasa dah penat nak hadapi dugaan bertimpa2....hampir putus asa dengan rahmat Allah...dah pasang niat nak berhijrah ke nagara lain tapi tetiba2 ada kekuatan dalam diri yang bangkit melawan..syukur kini keadaan dah berubah dan kak erisya semakin bahagia.sebab tuh bila baca blog ni...rasa macam segala keperitan silam datang semula ..untuk mengingatkan bahawa Allah dah banyak membantu kak erisya sekeluarga!

p/s: perjalanan hidup kita hampir sama....tapi syukur Allah telah pusing hati kak erisya dan suami agar kami masih sama berpayung di bawah rahmat-Nya :) kak erisya doakan nurdaniella dan suami juga boleh menang dalam kemelut ini! insyaAllah!

nurdaniella berkata...

cikgu jinggo, kalau ikutkan hati, memang nak luahkan segala yang terbuku dalam hati.. tapi, takut nanti orang kata membuka pekung di dada pula..

nurdaniella berkata...

achik, memang akak amat mengharapkan kehadiran sang pelangi, agar dapat menjadikan hidup akak ni lebih berwarna-warni..

nurdaniella berkata...

naz ilyn, terima kasih di atas nasihat tu.. sebagai insan biasa, akak redha dengan segala ujian yang mendatang, cuma terkadang perasaan tu tewas juga dengan kelemahan hati..

nurdaniella berkata...

erisya nor, rasanya akak lebih tua dari erisya.. mudah2an akak dan suami dapat mengharungi semua dugaan ni..

Tanpa Nama berkata...

Saya pun sama gak...

Tapi tu yang boleh mematangkan kita.

Anda masih ada teman untuk mengadu.
Dan yang paling penting adulah padaNYA..

nurdaniella berkata...

terima kasih arryani..

Dearie Pearls berkata...

Kak..
tahun lepas, pelbagai masalah menimpa hidup. saya sentiasa berlari, mengelak dan menjauhi masalah yang menerjah..
masalah tak selesai. ke mana sy pegi, masalah tetap mengejar kerana masalah bersama ngn LOL..

selepas mencari kekuatan, kukuatkan hati menghadapi segalanya. kekadang jatuh kak, tapi terus bangkit. kini, sinar mungkin semakin memancar dan aku bersedia menghulurkan tangan kepada yang meminta jika aku termampu.. Hidup mesti diteruskan walau apapun yang menimpa..
kita tak sentiasa kuat tapi carilah kekuatan itu..
salam kak.

nurdaniella berkata...

LOL, tak bermakna hidup jika tidak di timpa ujian dan masalah.. hidup mesti diteruskan.. kekuatan akak ada pada anak2.. especially aiman..

Dearie Pearls berkata...

sayang aiman.. muahhh.. hehe

nurdaniella berkata...

hehe.. sayang LOL jugak..