Rabu, Januari 07, 2009

alah bisa tegal biasa..

sekarang ni, aku pergi kerja naik bas.. mujurlah suamiku masuk kerja pukul 3 lebih.. jadi, dalam pukul 2 lebih, dia akan datang ke ofisku dengan aiman.. naik bas jugak.. kemudian, balik kerja nanti, aku balik dengan aiman.. naik bas jugak la.. mujurlah aiman tak kisah.. dan aku juga tak kisah sebab aku tau, lama kelamaan ini akan menjadi kebiasaan pada aku dan juga aiman..

pagi tadi, masa dalam perjalanan ke ofis, aku lalu depan salah sebuah bank yang ada kat sini.. aku terserempak dengan sebuah kereta yang kosong tapi enjinnya dibiarkan hidup.. pemiliknya sedang mengeluarkan duit di atm.. ishh.. dahlah sekarang ni, orang suka mengambil kesempatan untuk mendapatkan duit cara mudah.. berani betul tuan punya kereta ni membiarkan keretanya macam tu je.. jangan dah terhantuk nanti, baru nak terngadah.. macam aku ni.. dah terkena baru nak beringat..

apapun, aku akan cipta kebahagiaan dalam dunia aku sendiri.. aku juga berhak untuk merasa bahagia biarpun hidup aku papa..

9 jejak bertapak:

naz ilyn berkata...

salam...

biar papa di dunia jangan papa di sana... memang kita wajib berusaha mencari kesenangan di dunia disamping bekalan di akhirat... tapi kalau setakat itu rezeki kita... seharusnya kita bersyukur dengan apa yang sesungguhnya ada insan lain di dunia ini yang lebih susah dari kita... kekadang orang yang ada kesenangan sering alpa dengan apa yang ada.

p/s: Ya Allah kau cukupkanlah ketidak cukupan yang engkau berikan... amin.

erisya nor berkata...

betul tuh kak..yang penting ketenangan....biarpun tiada wang, tanpa sokongan famili..kita masih boleh survive! yang penting bila kita tenang...terpancar di wajah...suami pun tenang juga dan lapang fikiran untuk selesaikan masalah bersama :)...kalau tak, kita buka mulut jer dia dah gaduh..fening!

Unknown berkata...

salam nurdaniella,

Kebahagiaan bukan terletak pada harta tetapi pada hati dan dada yang lapang. Berapa ramai yang bermeterial tetapi miskin kebahagiaan.

Syukur dan redho' adalah kunci segalanya.

en_me berkata...

me teringat dulu dulu, adik ipar tinggal motor masih hidup kat luar kedai.. bila kuar dr kedai, motor tewww pun lesap.. sib baik anak kecik dier tak kena sambar jugakkks.. cuai sungguhhhh kannns.. uhuhu

nurdaniella berkata...

naz ilynn, baru malam tadi tengok rancangan 'bersamamu'.. betapa masih ada yang lebih susah dari akak.. syukur dengan apa yang akak ada..

erisya, harapnya begitulah.. moga akak dan suami akan tenang menghadapi segala ujianNya biarpun tanpa sokongan dari famili.. lebih2 lagi tanpa emak..

uncle, terima kasih atas lawatan ke blog ni.. saya pun harap begitu.. biarpun miskin tapi jiwa tenang.. insya Allah..

en_me.. tu la pasal.. kalau kena sambar la kereta tu, memang nyesal tak sudah.. kannss..

Dearie Pearls berkata...

kak kaya KASIH..

nurdaniella berkata...

LOL, kaya kasih?? kalaulah kasih sayang boleh dijualbeli, mungkin akak dah jadi jutawan dah.. hehe..

Dearie Pearls berkata...

Simpan KASIH tu kak. jgn jual. x tnilai harga tue.. hekhek.

Nak tumpang jd jutawan ble? huhu

nurdaniella berkata...

LOL, kalaulah akak jadi jutawan, pasti akak akan bantu LOL.. sebab akak pasti akan mengingati insan2 yang banyak memberi sokongan pada akak..