Rabu, Januari 14, 2009

semangatku datang semula..

petang semalam, lepas waktu kerja, aku dan suamiku pergi merayau, mencari rumah untuk di sewa..

memang berat hati nak tinggalkan emak tapi apa nak buat.. terpaksa la jugak sebab aku tengok mak dah tak layan suamiku macam dulu.. bila bertembung, emak akan memalingkan mukanya ke arah lain.. siapa yang akan selesa duduk serumah jika di layan begitu, kan.. aku kasihan jugak pada suamiku.. dia dah tak punya emak.. sebelum timbul semua masalah ni, suamiku melayan emak macam mak sendiri.. bila emak kena sakit gout, dia yang kelam kabut bawak emak ke klinik.. siapa sangka begini akhirnya.. memang dia bersalah, tapi dia cuma manusia biasa..

kami sampai ke rumah kira2 jam 9 malam sebab pak cik yang bawak kami merayau2 tu, siap hantar kami ke melaka sentral.. so, kitorang sambung la merayau kat situ pulak.. dah lama tak pergi melaka sentral tu..

sampai jer kat rumah, mak tanya kami pergi ke mana.. spontan aku jawab, jalan2 cari makan.. hehe.. lepas solat isyak, mak tanya lagi, alang nak pindah ker?? glupp.. terus sebak dada aku ni.. camana pulak mak boleh tau ni?? aku jawab la, kena la pindah sebab mak dah tak boleh pandang muka rosli tu.. airmata dah bergenang2 ni.. tersentak mak bila aku jawab macam tu.. bila mak cakap macam tu?? mak tanya aku balik.. aku cakap la si kaya tu yang bagitau macam tu kat suami aku.. si kaya tu yang bagitau, semua adik beradik aku marah sangat2 kat suamiku.. emak pun dah tak boleh pandang langsung muka suamiku ni..

bila emak cakap yang mak tak pernah cakap macam tu, aku rasa lega yang teramat.. semangat yang hilang dulu, datang kembali.. kata emak, masalah tu antara kami suami isteri dengan adik dan si kaya.. emak tak terlibat apa2 dan jangan babitkan emak.. emak dah bagi kata putus.. aku rasa sakit hati sangat dengan si kaya.. apa motif dia yang sebenarnya?? sengaja nak pecah belahkan famili aku ker??

4 jejak bertapak:

LotsOfLove-Pearls berkata...

si kaya tu, adik nyer lover ke?
curious..
so, jadik pindah ker kak?

nurdaniella berkata...

LOL, mungkin tak jadi kot.. sebab kesian pulak kat mak.. nanti sapa nak jaga mak..

erisya nor berkata...

betul tuh kak...kalau boleh jgn pindah...marah mak pun sekejap jer....ADAKALANYA nya menantu lebih baik dari anak lelaki....maklum, anak lelaki lebih sayangkan isteri :)

nurdaniella berkata...

erisya, betul betul betul.. nak2 pulak suami akak dah tak de emak.. akak pun tak sampai hati sebenarnya nak tinggalkan mak.. ari tu, masa si kaya tu cakap yang mak marah bebenar dengan suami, rasa serba salah.. tapi, bila mak bagitau yang mak tak pernah cakap macam tu, barulah rasa lega.. lega selega2nya.. entah apa la motif si kaya tu..