Jumaat, Januari 23, 2009
Oleh Rashidi Karimam@hmetro.com.my
KANGAR: Hanya kerana terlalu sayangkan isteri, seorang lelaki berjawatan tinggi dengan pendapatan lebih RM10,000 sebulan sering menjadi mangsa buli isterinya, termasuk dicederakan.
Paling menyedihkan, dia hanya diberikan wang saku RM20 setiap hari kerana wang gaji bulanannya dikawal isterinya.Lebih malang, wanita itu turut mengambil kesempatan bermain kayu tiga apabila menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.Bagaimanapun, lelaki itu yang terlalu sayangkan isterinya hanya berdiam diri walaupun dia sepatutnya menjadi ketua keluarga.
Kisah pasangan suami isteri itu terbongkar apabila si suami cuba mencari jalan penyelesaian dengan melaporkan perbuatan isterinya kepada Jabatan Pembangunan Wanita Perlis, baru-baru ini.Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita negeri, Affendi Rajini Khan, berkata pihaknya terkejut apabila menerima laporan daripada seorang lelaki berjawatan tinggi berusia lewat 30-an itu yang tidak tahan diperlakukan seperti hamba.Beliau berkata, lelaki berkenaan menemuinya untuk mendapat khidmat nasihat akibat perbuatan isterinya.
“Mangsa mengadu wanita itu berang baru-baru ini apabila ditegur ketika berselisih faham dengannya.“Wanita itu bertindak kejam dengan membaling tudung periuk tepat mengenai dahinya hingga luka serta meninggalkan parut,” katanya ketika ditemui, semalam.Menurutnya, lelaki itu turut mendakwa isterinya mempunyai teman lelaki yang pernah datang ke rumah. Affendi berkata, suami wanita itu enggan bertindak balas terhadap isterinya kerana dia seorang yang penyayang.
“Dia memberi alasan terlalu sayang dengan tiga anak mereka hingga menyebabkannya mengikut segala arahan isteri,” katanya.Selepas mendapat bimbingan dan kaunseling daripada jabatan, kata Affendi, lelaki itu memperoleh keyakinan diri dan mampu membina semula keluarganya seperti dituntut Islam dan lazimnya dalam sesebuah keluarga.
Ditanya kaedah digunakan bagi memulihkan keyakinan suami, beliau berkata, antara lain, lelaki terbabit diarah menunjukkan sikap sebagai seorang suami yang bertanggungjawab bagi mengelak dikategorikan sebagai dayus.Beliau berkata, pihaknya terkejut apabila lelaki itu menyatakan isterinya menyalahkan dia kerana gagal bertindak tegas ke atas perlakuan buruk isteri selama ini.“Kami mendapati sikap terlampau sayang dan takut menegur menyebabkan si isteri naik tocang lalu bertindak di luar batasan untuk menguji kesetiaan suami,” katanya.
Affendi berkata, jabatannya banyak menerima aduan berkaitan poligami, perceraian serta cabul dan rogol selain permohonan bantuan kewangan.“Kami terima banyak aduan setiap bulan. Namun, kami cuma mampu memberi kaunseling dan bimbingan kepada mereka,” katanya.Sepanjang tahun lalu, jabatannya dapat menarik lebih 5,000 penduduk untuk menyertai pelbagai program anjurannya termasuk kempen memerangi HIV/Aids, wanita dan kesihatan, dialog dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komunikasi rumah tangga.
p/s: kalaulah aku dapat suami macam ni.. takkan ku persiakan.. gaji sebulan RM10,000.. kayo mak cik..
12 jejak bertapak:
Mbak cne laki tue..
kawen ngn aku.. huhu..
aku pasti dia bahagia denganku..
haha..
**kejam siot pempuan..
LOL, huhu.. ragam manusia.. bila lelaki baik, perempuan pulak kejam.. bila perempuan baik, lelaki lagi kejam..
tersindir plak Norman Kak..
huhu..
Kalau LOL baik, future husband??
huhu.. I am Lots Of Love..
LOL, biarkan dia terasa.. doakanlah LOL dapat yang terbaik.. sebenarnya, lelaki baik untuk perempuan yang baik..
Hehe..
Doakan LOL ye kak..
hehe..
kalau pempuan baik utk lelaki baik ok ar..
Bahagia jer.. cam Vanida and Shidee
Tapi cmna ek kalau pempuan kureng utk lelaki kureng?
adeish.. perang siot..
Cam kes majikan rogol amah and isterinya yang pukul amah tu jugak..
**ayak, bling bling..
Happy Holiday Kak..
Cuti I cnt online. so, senyap 4 days.. hehe..
ni bukan kes sayang tapi kes bodoh namanya...
kalu stail gini baik jgn kawen..
mgkin kena ilmu isteri buat..
tapi kalu kena ilmu takkan dia pergi mengadu..
so kira dayus a ni..
kalu org nasihat yang baik tu kena pakai..
apepun wallahualam...
tambah skit gi..
gaji rm10,000 pun kalu gini gayanya akupun taknak..
nak kebahagiaan memang perlukan duit tapi kalu jenis gini duit banyak tak jadi juga..
duit skit ke banyak bukan penentu senang atau cukupnya..tapi keberkatan duit itu yang menjadi penentu kepada cukup atau tidak duit...harta itu zahirnya hak kita tapi batinnya hak Allah swt..rezeki kita ialah apa yang masuk ke dalam mulut kita..
ooppss...tlebih la suda..
hehehe..mau nak persiakan..10 ribu..huh..best betul..ni mata adae duit jo..huhu...sayanganya tersalah sayang...
LOL, selamat bercuti.. tak balik kampung ker?? jodoh maut di tangan Tuhan.. mungkin ada sebabnya kalau dapat suami jahat.. mungkin cuma kita yang boleh ubah dia..
pikirsendirilah, betul tu.. duit melambak2 pun tak de gunanya.. mesti ada ciri2 pemimpin yang bijak, barulah boleh bentuk isteri dan anak2.. tapi, kalau diri sendiri pun tak boleh di bentuk, tak dapek nak nolong..
fahana, ye la, kan.. kalau akak dapat la suami cam ni.. dari pagi sampai malam, asyik senyum jer.. penuh la almari ngan baju.. hohoho.. utang pun langsai.. boleh bukak stokis leno.. syoknyer..
jangan kena hantar ke tanjung sudah lah..hehehe
hmm...sayang tak bertempat namanya....eee tak sanggup dapat suami camni boleh dibuat apa saja!
fahana, hehe.. insya Allah, waras lagi tu..
erisya, ye la, kan.. sebab tu tajuknya cinta yang membutakan mata hati..
Catat Ulasan