Rabu, Disember 31, 2008

selamat tahun baru..

ada lagi lebih kurang 10 jam sebelum 2008 ini ku tinggalkan.. rasanya tahun ni banyak yang pahit dari manis.. tapi itu semua dugaan.. yang menjadikan hidup lebih bermakna dan kita menjadi semakin berpengalaman.. sesungguhnya pengalaman itu mendewasakan kita..

semua orang pastinya mengharapkan kedatangan tahun baru ini membawa bersama sinar harapan dan kebahagiaan.. mungkin juga ada yang mengharapkan hidup mereka bertambah senang, seperti aku.. tak perlu menjadi kaya, sederhana sahaja sudah mencukupi.. bukankah dalam apa jua situasi, kesederhanaan itu lebih baik..

azamku di tahun baru ini, aku berjaya membuka perniagaan yang aku idamkan.. aku nak jadi businesswoman.. lepas tu, aku akan merebut semula anak2 pertamaku.. dan aku dan familiku bahagia bersama sehingga ke ujung nyawa.. Aamiiiiin..

Selasa, Disember 30, 2008

aku tak jadi pergi ke kursus Etiqa Takaful tu.. mana mungkin dapat menumpukan perhatian nanti, kalau hatiku berkecamuk memikirkan emak yang ada kat ICU tu.. mungkin ini semua ada hikmahNya.. namun aku redha..

mungkin ada peluang untukku di lain kali.. seandainya aku dapat peluang lagi, akan ku rebut takkan ku lepaskan.. dan mungkin juga, Allah menurunkan rezeki buatku dari pintu yang lain.. siapa tahu..

kisah emakku VII

jumaat lepas, kira2 pukul 4.30 petang, aku sms along, bertanyakan keadaan emak.. tiada jawapan.. risau aku.. aku sms pulak kakak iparku [isteri along].. pun tiada jawapan.. dalam fikiran mula terbayangkan perkara2 negatif.. airmata dah mula bertakung.. hati rasa betul2 tak sedap.. aku telefon angah, tak berangkat.. telefon isteri angah, pun tak di angkat.. telefon pulak anak buahku [anak angah], masuk voicemail.. hati bertambah2 kacau.. aku telefon pulak hospital.. wad 1-3.. nurse tu kata emak dah dipindahkan ke wad ICU.. airmata yang bertakung tadi dah tumpah.. mengalir laju selaju2nya..
ya Allah, janganlah jadi apa2 pada mak.. lutut rasa lemah sangat.. macam tak berdaya rasanya nak turun tangga ofis ni.. mujurlah suami dalam perjalanan untuk mengambilku.. terasa lambat benar dia sampai..

selepas aku menghantar suamiku ke tempat kerjanya, aku ke hospital.. dalam hati, hanya Allah aje yang tahu.. terasa perjalanan terlalu lama.. sampai hospital, aku bergegas ke ICU.. mujur angah menelefonku di saat aku sedang tercangak2 mencari di mana letaknya ICU.. airmataku tumpah lagi bila terpandangkan angah dan kak iparku..

di saat aku menatap wajah emak dalam ICU, aku cuba tahan sebak di dada.. aku tau mak tau aku datang.. mak bukak mata bila dengar suara aku.. mungkin kerana ubat bius tu masih ada sisa2 nya lagi.. aku selimutkan mak bila terasa tangannya yang sejuk..

sabtu petang, jam 5, emak di tolak masuk ke wad biasa kerana mak dah sedar.. alhamdulillah kerana emak semakin pulih.. menurut doktor, ketumbuhan itu tergolong dalam kumpulan kanser dan menurutnya lagi, bukan hanya satu itu saja yang telah di buang tapi ada 7 ketulan2 kecil di sekitar tekak dan hidung.. banyak tu, dah macam adik beradik ultraman la pulak.. kata doktor lagi, yang 7 tu, 'anak2' nya sahaja.. maknanya ibu kanser tu masih ada lagi dalam badan mak dan doktor pun tak tau mana puncanya..

hari ini, emak dibenarkan pulang.. gembira rasanya hati.. syukur alhamdulillah..

buat teman2 yang prihatin, jutaan terima kasih kerana bersama2 bersedih dan bersama2 mendoakan keselamatan emak.. moga persahabatan kita di alam maya ini akan berkekalan hingga ke akhirnya.. terima kasih sekali lagi..

Jumaat, Disember 26, 2008

sekarang dah pukul 3.15 petang.. dah enam jam mak masuk bilik bedah tu.. tak siap2 lagi.. perasaan aku semakin berkecamuk.. jauh di sudut hati, aku harapkan emak akan selamat..

di saat aku tengah risau ni, perasaanku menjadi semakin kacau.. sepatutnya esok aku akan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Etiqa Takaful.. ni untuk part time job yang aku cadang nak buat tu.. suamiku dah menunjukkan aura negatifnya.. di saat macam ni la, dia menunjukkan kuasa vetonya.. membuatkan dadaku rasa macam nak pecah..

aku dah siap sediakan apa yang sepatutnya aku bawak esok.. gambar berukuran pasport pun aku dah siap ambil pagi tadi.. tiba2 dia bangkitkan soal siapa nak jaga anak sebab emak masih tak keluar lagi dari bilik bedah.. nasib baik dia bukan kat depan mata.. kalau tak, dah kena tubing dah.. [pinjam perkataan kegemaran angah, 'tubing'].. lepas tu, dia cakap lagi, nanti dia masuk kerja lambat sebab aku kursus kat tanjung bidara.. jauuuhhh sangat.. eeiii... mendidih2 rasanya darah aku dah ni.. macam la dia masuk kerja ada punch card.. kerja kedai makan jer.. dek kerana terlalu geram, aku tak balas pun sms dia.. takut nanti tertulis perkataan yang akan menyakitkan hati.. dosa tau..

di saat orang semua risaukan keadaan emak, tak ku sangka suamiku masih mementingkan dirinya.. aku tak rasa kursus yang akan aku hadiri esok tu tak berfaedah.. aku dah bersemangat nak buat part time job tu.. sebab aku bersungguh2 nak menambah pendapatan.. lagi satu, aku yakin aku boleh.. apalah salahnya dia mengalah sikit.. bukannya tetiap minggu aku berkursus..

berkecamuk jadinya hati aku ni...

kisah emakku VI

pagi tadi, kira2 jam 9, emak telah di tolak masuk ke bilik bedah.. sampai saat ini, emak belum keluar2 lagi.. dalam hati aku rasa sedikit risau.. nak buat kerja pun rasa tak tentu arah..

aku harap emak selamat.. aku doakan emak tak apa2.. aku harapkan juga selepas ini, emak tiada apa2 komplikasi.. moga selepas ini, emak akan segera sembuh.. hati bertambah risau.. airmata dah bergenang.. janganlah jatuh, malu kalau orang nampak..

kalau boleh, rasa macam nak terbang sampai kat hospital.. takut pulak nanti gempar satu melaka.. ada superwoman pakai baju kurung.. lega sikit hati sebab dah buat lawak..

kalau bukan sebab aku nak dapat warning letter sebab cuti 'sakit' jumaat lepas, memang aku dah ambil cuti hari ni.. tak pe la.. pujuk hati.. balik kerja nanti boleh ke sana..

aku doakan emak akan ok... Aamiiiiiiiiiin..

Rabu, Disember 24, 2008

kisah emakku V

hari isnin lepas, emak kena pergi hospital lagi.. mengikut perancangan awal, doktor akan mengambil sample dari dalam tekak mak ari ni.. tapi, selepas berjumpa doktor pada hari isnin tu, mereka sepakat nak memotong terus ketumbuhan itu pada hari jumaat ni..

masuk hari ni, dah 3 hari la mak kat spital.. aku dapat melawat emak pada waktu petang je la.. niat hati nak temankan emak malam2, tapi tak dapat pulak.. suamiku sekarang membantu rakannya berniaga kedai makan.. waktu operasinya pulak dari pukul 4.30 petang sampai pukul 2 pagi.. takkan aku nak bawak aiman tidur kat spital sekali.. terpaksalah mak memberanikan dirinya.. huhu.. mujurlah, hari ahad tu, along dah bawak mak buat air penawar.. untuk hilangkan gemuruh.. sebenarnya, memang along yang bawak tapi aku dan angah pun ikut sekali la.. dah macam rombongan che kiah la pulak.. moga2 dengan adanya air penawar tu, mak akan rasa tenang sikit..

terkadang, orang2 yang sebegini, mereka kurang keyakinan pada diri sendiri.. bila ada sesuatu yang mereka percaya boleh membuatkan mereka tenang, barulah mereka yakin.. walaupun hanya sebotol air..

apa2 pun, aku doakan emak akan selamat.. Amiiin...

Selasa, Disember 23, 2008

dalam masa 4 hari..

4 hari aku tak online.. rindu betul rasanya.. walaupun pc ni hak milik ofis tapi nilah satu-satunya penghubung aku dan alam maya ni.. huhu.. barulah aku tau betapa berharganya pc ni..

hari jumaat lepas aku cuti.. bukannya saja2 tapi belakang aku sakit.. tersalah urat, sakitnya Tuhan jer yang tahu.. rasa macam kena stroke kecik pulak.. baring sakit, nak angkat tangan sakit.. seksa rasanya, tapi mujurlah kena belakang belah kiri.. kalau kena belah kanan, nak makan pun tak boleh agaknya..

sebenarnya, dari pagi selasa lagi aku dah terasa sakit.. mungkin malam tu, aku tidur mati agaknya.. mengiring sebelah kiri jer, tak bergerak2.. tapi, aku tahankan aje sakit tu.. tak sangka pulak pagi jumaat tu bertambah teruk.. mujurlah mak cik tukang urut tu ada kat rumah.. lega sikit lepas kena urut tu.. bila makan panadol extend tu, bertambah2 lega la rasanya..

semalam pulak, bila aku masuk kerja, aku 'on'kan pc tapi tak leh masuk window.. bila bos datang, aku bagitau la pc rosak.. panggil cina yang supply komputer ni.. dia datang amek cpu, buat reinstall balik sebab dah kena virus katanya.. huh.. baru satu hari aku cuti, dah kena virus pulak.. hari tu masa kena virus trojan, boleh jugak masuk window.. tak de terjejas sangat, walaupun pening jugak kepala aku nak cari antivirus free.. kali ni, langsung tak leh masuk lagi dah.. mujurlah bos tak marah.. lagipun bukan salah aku.. anak dia punya kerja.. nasib baik anak bos.. kalau tak, dah kena seligi dah dengan aku.. hehe.. nasib baik jugak, petang semalam dah siap cpu tu di 'polish'...

sebab tu la, baru hari ni aku dapat masuk blog balik.. huhu.. rindunya...

Rabu, Disember 17, 2008

tak pasal2, air mataku gugur pagi2 ni.. ni semua gara2 baca n3 kat blog azza la ni.. kalau nak tau, masuk la blog dia.. http://sedetikhati.blogspot.com/ .. sedih tau..
entah kenapa, aku ni sensitif betul bila ada yang bersangkut paut ngan 'emak' ni.. tak kisah la, tengok drama ke, baca buku cerita ke.. air mata memang mudah menitis.. mungkin sebab aku anak perempuan yang sulung dan aku sendiri dah merasai pengalaman menjadi seorang ibu, jadi aku lebih memahami perasaan seorang 'emak'.. dan itu yang membuatkan aku lebih rapat ngan mak.. lagipun, aku duduk ngan emak..

dan mungkin juga sebab aku dah kehilangan ayah sejak umur aku 10 tahun lagi.. dah 26 tahun la aku hidup tanpa ayah.. terkadang tu, rindu jugak ngan ayah.. aku ingat lagi, masa tu aku duduk kat asrama anak yatim kat sungai udang.. korang ingat tak cerita 'sayang anakku sayang'?? lakonan aziz m.osman ngan adiknya, zul.. cerita tu memang sedih giler.. bila sampai scene yang ayah dia meninggal sebab kena hempap pokok tu, semua budak2 yang tengok tu menangis.. tapi, tak leh lawan aku nyer tangisan.. sampai mengugu-ngugu aku nangis.. punyalah sedih.. padahal masa tu aku baru 12/13 tahun.. bengkakla mata esoknya..


dan sekarang, air mata aku gugur lagi.. sedih, sayu..

Isnin, Disember 15, 2008

hari sabtu lepas, satu2 nya hamster adikku yang tinggal telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.. mulanya, aku perasan yang dia dok terlompat2 masa aku tolong emak memasak.. memang biasanya dia macam tu.. kalau ada orang kat dapur, dia akan menunjukkan kecergasannya.. tapi, aku betul2 tak sangka itu adalah tanda2 yang dia akan pergi.. [ceh, syahdu la pulak]

aku tak tau apa sebab kematiannya.. nak kata mati kelaparan, ada makanan dalam bekasnya tu.. nak kata mati kehausan, air pun banyak lagi.. tak tau la kenapa.. jadi, bila adik balik hari ahad lepas dan tanya kenapa hamsternya mati, aku cuma jawab, ajal dia dah sampai.. huhu..

agaknya, dia kesunyian kot.. dulu, adik beli sepasang [menurut cina yang jual tu la.. rerupanya dua2 jantan].. adik aku siap namakan jack dan jill.. konon2 la 'sepasang'.. nak dijadikan cerita, selang beberapa bulan lepas tu, adik beli lagi seekor tapi spesies besar sikit.. esoknya, si jack mati, sebab kena gigit dengan hamster yang besar tu.. haa, menyesal dia..

selang 2 hari lepas tu, hamster yang besar tu pulak mati.. kali ni, kena gigit ngan si jill pulak.. ni kira pembalasan la ni sebab gigit member dia.. tu pasal la si jill tu keseorangan sampai ke hujung nyawa.. emak kata dia mati beragan.. tau tak mati beragan tu apa?? pernah tengok cicak mati kering kat dinding?? tu la mati beragan..

part time job..

entah kenapa, dua tiga hari ni, perasaan malas mengetuk pintu hati.. malas betul nak buat n3 baru.. tapi, hari ni ku gagahkan jua.. nak cerita pasal tawaran yang aku dapat dari etiqa takaful.. tak tau la dari mana diorang dapat nama aku.. tak pasal2 jer dapat tawaran jadi agen insuran..

memula tu rasa tak berminat gak tapi, aku pernah bercerita dengan lin pasal nak buat kerja part time.. mungkin ini jawapannya.. mungkin Allah dah tunjukkan jalan untuk aku.. boleh jugak aku menambah pendapatan.. masa aku baru dapat surat tu, aku mintak pendapat suami, dia izinkan.. macam tak percaya jer, sebab biasanya dia ni ada aura negatif sikit.. suka memadamkan semangat aku.. bila aku cerita dengan emak pulak, terus mak cakap, tak payah la.. hisshhh.. emak punya aura negatif lagi power..

mungkin sebab tu, aku susah nak memajukan diri aku ni.. bila ada semangat sikit, terus dimatikan oleh aura negatif samada dari suami ataupun emak.. tapi, kali ni, aku tetap jugak nak mencuba.. mana la tau, walaupun aku tak leh kaya dengan cara ni tapi sekurang2 nya aku 'senang'.. aku pasti cuba..

Rabu, Disember 10, 2008

hehe.. tiru nabil la pulak tajuk aku kali ni.. bukannya apa, aku saja jer nak bagi sedikit pedoman buat gadis2 di luar sana yang sedang mencari jejaka pilihan.. zaman sekarang ni kena hati2 dalam memilih pasangan.. kita kawin ni kalau boleh biarlah sampai ke ujung nyawa.. jangan tersalah pilih.. nanti jadi macam ni, ku sangkakan intan, rupanya kaca botol long chan.. so, ni ada la sedikit panduan untuk engkorang....

lelaki2 yang tak patut dijadikan pasangan..

~ lelaki yang mata keranjang > aku cukup pantang kalau dapat pak we cam ni.. kita ada kat sebelah pun, dia masih nak pandang pompuan lain.. kalau pandang jer, tak pe.. ni siap kenyit2 mata, pastu sampai berpusing batang leher menoleh awek lain.. kalau kawin ngan lelaki cam ni, besar la harapan dapat 'madu'..

~ lelaki mata duitan > jangan ingat pompuan jer ada mata duitan.. lelaki zaman sekarang ni pun dah berlambak2 jenis ni tau.. tiap kali keluar dating, pasti kita yang kena belanja.. pastu, minyak kereta pun kita yang keluar duit.. kalau kawin ngan lelaki ni, mesti jadi begini.. duit kau duit aku, duit aku duit aku la.. hua hua hua..

~ lelaki cakap besar > ni lagi satu yang aku cukup tak gemar.. cakap berdegar2.. semua dia boleh buat.. semua dia ada.. tapi habuk pun tarak.. makan hati berulam jantung la kalau dapat lelaki cam ni..

~ lelaki alim2 kucing > lelaki jenis ni pandai berpura2.. kalau depan kawan2 kita ke atau depan famili kita ke, pijak semut pun tak mati.. cakap pun slow jer.. berhemah la konon.. dah kawin barulah tau, bila marah, kaki tangan semua berjalan.. lebam2 la badan.. haru biru la hidup..

~ lelaki kayu > hehe.. ni jenis yang tak romantik langsung.. macam tak de perasaan jer.. bila kita merajuk, dia boleh buat tak reti jer.. last2, kita la yang pujuk diri kita sendiri.. kalau hidup dengan orang macam ni, boleh mati perasaan cinta kita pada dia.. ye la, perasaan ni kan harus sentiasa di pupuk, di belai.. kalau dah dia tak de perasaan, macam mana dia nak pupuk, belai perasaan kita?? lama2 layulah 'pokok' cinta kita tu..

untuk pengetahuan engkorang, ni semua adalah pendapat aku jer.. tak de kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mati.. so, kalau ada yang tersinggung tu, aku mintak maaf la bebanyak yer.. dari ujung kuku kaki sampai ujung rambut..

Selasa, Disember 09, 2008

meriahnya tahun ini..

semalam semua umat Islam di dunia ni menyambut hari raya aidil adha.. kasihan juga aku pada rakyat kelantan dan terengganu yang terlibat dengan banjir.. biasanya hari raya korban ni di sambut meriah oleh orang2 utara dan pantai timur.. pasti ada yang bersedih di saat ini..

dan aku juga rasakan tahun ini adalah yang paling meriah bagi aku sekeluarga.. memula, angah sekeluarga tiba kat rumah.. lepas makan ketupat segera dengan rendang ayam serta lemang, kami borak2.. sebaik angah membuka mulut nak mintak diri untuk ke rumah mertuanya pula, along pulak sampai.. tak jadi angah nak balik.. duduk berborak lagi.. pastu, menyusul pulak pak busu dan juga anak2 nya.. waah.. dah padat dah rumah aku [sebenarnya, itu rumah emak, aku menumpang jer]...

seronok rasanya bila dah berkumpul ramai2 macam ni.. bukannya senang nak kumpulkan saudara-mara.. aku ingat nanti bila aku dah senang sikit, aku nak buat hari keluarga.. cari satu tempat, macam kat tepi pantai ker.. pastu sewa chalet [ala, cari la yang murah2 punya].. mesti diorang nak join punya.. sapa tak nak kalau dapat bercuti.. free lagi.. tapi, mampu ke aku.. ramai tu sepupu sepapat aku.. kalau nak buat free, mau habis duit aku..

macam-macam hal..

hari sabtu lepas, negara digegarkan dengan berita tanah runtuh di bukit antarabangsa.. 14 buah banglo mewah tertimbus pada pukul 4 pagi.. walaupun ada segelintir rakyat melaka sibuk menantikan ketibaan datuk srk tapi aku menghabiskan masa di depan tv.. menantikan berita terkini tentang runtuhan tanah tu..

pada aku la, yang menjadi punca pada tragedi ini adalah sikap manusia itu sendiri.. selepas tragedi highland towers dulu, ada satu akta dikeluarkan tentang projek di atas dan di cerun2 bukit ni.. tapi, oleh kerana tiada ketelusan pada sesetengah pegawai, masih ada lagi projek yang dijalankan.. aku yakin dalam hal ini, ada aktiviti rasuah yang berlaku.. kalau tidak, masakan perkara ini ada yang terlepas pandang.. dan aku yakin, bukan calang2 orang yang dirasuah bagi meluluskan projek perumahan ini.. bagi aku, pemaju hanya memikirkan keuntungan, soal keselamatan dan nyawa pembeli tiada langsung dititikberatkan..

aku rasa sepatutnya, setiap projek perumahan yang hendak diluluskan, mestilah mendapat perakuan dari IKRAM.. biar IKRAM buat penilaian terlebih dahulu tentang keadaan tanah di tempat projek.. bila dah ok, barulah luluskan.. ni tidak, bila dah kena suap, tapak projek pun tak ditinjau terlebih dulu.. terus je luluskan.. bila dah jadi macam ni, baru nak buat penilaian.. dah tak de maknanya..

kalau aku jadi PM, aku akan siasat siapa yang meluluskan projek tu.. pastu aku akan arahkan pihak pemaju cari tapak lain dan ganti balik 14 buah banglo yang ranap tu.. kalau tanah kat situ runtuh lagi dan ada lagi rumah yang tertimbus, pihak pemaju kena ganti jugak rumah yang tertimbus tu..

itu kalau aku la yang jadi PM..

Khamis, Disember 04, 2008

mahalnya rezeki dia..

masuk bulan ni, dah dekat 4 bulan suamiku tak bekerja.. tanam anggur jer la.. dah banyak tempat dia pergi interview tapi jawapannya semua sama.. tunggu panggilan.. tunggu punya tunggu, hampeh.. langsung tak de jawapan..

baru2 ni, dia ada dapat tawaran dari seorang kenalan.. abang tu rekomenkan suamiku kerja kat syarikat tempat dia bekerja.. apalagi, berbunga sedikit hatiku sebab yakin dia akan di terima bekerja di situ.. esok paginya, dengan semangat yang membara, suamiku pergilah ke syarikat tersebut.. mereka bersetuju untuk mengambil suamiku bekerja dan diarahkan untuk memulakan tugas pada 1hb Disember.. lega betul hati aku ni.. ye la, mana la cukup dengan gajiku yang seciput tu.. zaman sekarang ni zaman duit..

tapi, kerianganku tidak berpanjangan.. esoknya, suamiku dapat panggilan dari syarikat tersebut.. mereka mengatakan yang boss mereka dah masukkan orang lain untuk mengisi jawatan yang sepatutnya diberikan pada suamiku.. aduuuh... pedihnya hati.. tapi bak kata orang2 tua, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. kalau aku kecewa, suamiku pasti berkali2 ganda kecewanya..

tak pe la, kalau dah memang bukan rezeki kita, dah sampai ke mulut pun boleh terlepas.. mungkin ada hikmahNya di sebalik semua ni.. bersabarlah hati...

Rabu, Disember 03, 2008

perihal aiman..

aiman sekarang ni dah hampir 2 tahun setengah.. ni tengah sibuk nak belajar bercakap.. dah boleh la bina ayat dari dua patah perkataan.. kalau kita tanya apa2, dia dah faham dan dah boleh la jawab.. sama ada kita faham atau tak jer.. kengkadang tu, dia macam bengang jer bila kita tak faham apa yang dia cakapkan.. dia akan ulang perkataan tu sampailah kita faham.. kengkadang tu, aku buat2 la macam faham dan angguk2 kepala..

aku bersyukur kerana dia membesar seperti kanak2 yang lain.. tak nampak macam dia ada penyakit.. dia aktif, terkadang mengalahkan anak2 yang normal.. bila bermain, tak mudah penat.. kengkadang aku yang keletihan bila dia ajak main kejar2.. aku harapkan dia akan sihat macam orang lain.. dan semoga usianya lebih panjang dari aku..

Selasa, Disember 02, 2008

perihal strawberi



aku tak tau kenapa, tapi aku suka betul tengok gambar buah strawberi ni.. warna merahnya membuatkan aku teruja dan bersemangat.. bukankah merah itu lambang keberanian.. tak caya?? cuba tengok ni..isshhh... mesti best kalau dapat makan.. lebih2 lagi kalau dah bersalut coklat.. macam ni..

walaupun aku meminati warna biru tapi rasa macam tak semenggah jer bila strawberi ni warna biru..

Isnin, Disember 01, 2008




aku dapat sesuatu dari lin.. cenderahati dari lin, sebagai tanda persahabatan yang terjalin di alam maya ini.. aku akan jadikannya satu realiti.. satu hari nanti..


petang semalam, kira2 hampir pukul 7, ada tetamu datang ke rumah.. waktu itu, aku di dapur.. nak masak nasi.. terdengar emak memanggil aku memberitahu ada orang datang mencari aku.. dalam suasana yang hampir gelap dan di tambah dengan kerabunan mataku, aku tak dapat mengecam siapa tapi hatiku dah berdebar..

bila dah bertemu, aku hampir2 menitiskan airmata [walaupun sebenarnya airmata itu dah bertakung].. dia adalah seorang teman yang sudah hampir 6 tahun tidak ku temui walaupun jarak yang terpisah antara kami cuma 30 kilometer sahaja.. terlerai sudah rinduku padanya walaupun pertemuan itu cuma seketika.. aku ajak dia masuk tapi dia nak cepat..

aku bertemu dengannya pada tahun 2000 dan kami menjadi rapat mungkin kerana kami sebaya dan mungkin juga waktu itu, situasi kami serupa.. menjadi ibu tunggal walaupun aku waktu itu masih di dalam proses perceraian.. banyak yang kami lalui bersama dan banyak juga rahsia yang kami kongsikan bersama.. antara kami tidak ada soal kau, kau dan aku, aku.. kami juga tidak pernah berkira.. susah dan senang bersama.. yang paling aku tak boleh lupakan waktu balik dari kerja, pukul 7 malam.. kebetulan sebelum itu, hujan turun selebat-lebatnya.. dan banjir kilat telah menyebabkan laluan untuk keluar ke jalan besar sesak.. bayangkan semua pekerja shift pagi di kilang yang ada kat situ balik pada waktu yang sama.. memang jammed giler.. dan kebetulan, aku tumpang kereta dia.. kebetulan juga, minyak keretanya dah tinggal nyawa2 ikan.. punyalah risau hati kitorang masa tu, sampaikan nak bukak radio pun takut.. masa tu sama2 bodoh.. ingatkan radio pun pakai minyak.. hehehe... dalam risau2 tu pun, boleh mengekek2 lagi ketawa...

tapi, itu semua dah jadi kenangan sekarang ni.. aku berharap sangat, suatu hari nanti, aku dapat bertemu semula dengan dia dan seluruh ahli keluarganya..

Rabu, November 26, 2008

rawatan untuk wajah

aku sebenarnya tengah bosan giler ni.. selalunya aku chatting ngan lin kat ym tapi ari ni dia cuti la pulak, so aku belek2 la suratkhabar.. belek punya belek, aku terbaca la artikel pasal buat rawatan muka kat rumah.. home made la ni.. aku nak kongsi ngan korang sume yer.. sumber2 ni aku dapat dari berita harian..

untuk menghaluskan kulit muka

~ ambil sebiji tomato dan kisar.. kemudian lumurkan pada muka dan biarkan selama 20 minit.. lepas tu, bilas ngan air suam [aku tak tau naper kena guna air suam]..
~kalau tak nak guna tomato, asam jawa pun boleh gak.. caranya, bancuh asam jawa ngan sedikit air.. pastu, campurkan sedikit tepung ubi [tepung gandum tak digalakkan] dan kacau hingga sebati.. lepas tu, tepekkan kat muka dan biarkan selama 15 minit.. pastu, cuci la..

untuk menegangkan kulit muka

~ ambil sedikit tepung ubi [naper suka pakai tepung ubi 'ek??] dan timun [timun ni kena blender dulu] dan gaulkan bersama sedikit air.. jangan terlalu cair pulak yer.. pastu, cam biasa, tepekkan kat muka.. biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci..
~ kalau tak nak guna cara kat atas, boleh gak guna manjakani tapi ada leceh sikit la.. rebus segenggam manjakani dalam periuk tanah sehingga airnya pekat, pastu kena tunggu air rebusan tu jadi suam2 kuku la.. kalau tengah panas menggelegak tu korang sapu kat muka, aku rasa bukannya tegang jer, terus putih kot.. pastu, korang sapu air rebusan tu kat muka, pastu bila rasa dah kering, cucilah muka..

untuk menghilangkan jerawat

~ campurkan sedikit air asam jawa dengan bedak sejuk.. pastu pakailah bedak sejuk tu macam biasa..
~ ataupun tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan dengan bedak sejuk tu.. tapi, ni kena tepek kat kawasan berjerawat sahaja..
~ ataupun, ramaskan daun senduduk sehingga keluar airnya dan campurkan air tu dengan bedak sejuk..

untuk mengelakkan muka cepat berkedut

~ ambil sebatang lobak merah dan parutkan ia.. lepas tu, campurkan lobak yang dah kena parut tu dengan sesudu tepung jagung [akhirnya, ada jugak tepung lain] dan sebijik kuning telur, diulang kuning telur sahaja.. kacau hingga sebati [ceh, macam nak buat kek pulak] dan tepekkan pada muka..

untuk menghilangkan parut pada muka

~ ambil beberapa helai daun senduduk [aku tak tau macamana rupanya daun ni], ramas2kan sehingga keluar air dan gosok2kan daun tu pada muka..

untuk melicinkan muka

~ parutkan tomato ataupun epal [yang cukup masaknya], kemudian gosok perlahan2 kat muka.. biarkan selama 20 minit, pastu cuci..
~ boleh juga gunakan susu segar [ala-ala cleopatra].. ambil susu segar, gosokkan perlahan2 kat muka dan biarkan ianya kering.. pastu bilas ngan air suam..

haa, sekianlah sahaja.. kalau nak dapatkan result yang lebih baik, kena la amalkan selalu.. cara2 ni memang sesuai untuk orang2 yang tak makan sayur macam aku ni..

Selasa, November 25, 2008

kisah emakku IV

hari ahad lepas, aku berjaya membawa emak balik ke rumah setelah 5 hari di hospital.. selama 5 hari itu, tekanan darah emak asyik turun naik, turun naik.. jadi, aku rasa lebih baik emak di rumah sebab aku rasa lagi lama emak kat hospital, lagi tak tentu arah jadinya tekanan darah emak tu.. emak aku memang penakut sikit.. tak macam aku.. hehe..

bila aku tanya, emak takut ke duduk kat hospital tu?? emak pasti akan jawab, apa nak ditakutkan.. cuma malam2 emak tak dapat nak tidur.. rupa2nya, angah aku cakap, nurse2 kat wad yang emak duduk tu, terlebih ramah.. rajin bercerita kisah2 hantu.. patutlah emak tak dapat tidur.. isshhh... tak patut betul budak2 ni..

semalam, aku dapat panggilan dari hospital.. emak akan masuk wad semula pada 10hb 12 ni.. lepas raya haji.. ok la tu.. aku harap masa tu nanti, apa yang tak settle ni dapat diselesaikan..

aku sebenarnya dah lama kena tag dari lin ni, tapi memandangkan minggu lepas adalah minggu yang sibuk bagi aku, jadi baru sekarang la aku berpeluang nak menjawabnya..

7 ciri wanita/lelaki idaman anda

lelaki idaman?? dah ada dah pun tapi aku jawab jugakla..
~ tau menghormati aku sebagai wanita
~ bertanggungjawab
~ menghormati emak
~ berbudi bahasa
~ lebih tinggi dari aku
~ berusaha untuk hidup yang lebih baik
~ berkongsi segala-galanya dengan aku

7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup

~ Sudirman Hj Arshad - aku doakan arwah aman di sana
~ Siti Nurhaliza - comel tapi sejak kawin ni, dah ilang kecomelannya
~ Fara Fauzana - aku cemburukan kejayaan dia ni
~ Aznil Hj Nawawi - lelaki awet muda
~ seorang lelaki di zaman remaja aku.. namanya biarlah rahsia
~ Rosyam Nor - inilah satu2nya idola yang aku dapat jumpa setakat ni
~ suami aku.. hehe..

7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati

~ berdebar2
~ seram sejuk
~ gembira
~ takut
~ tak sabar2
~ tak tentu arah
~ tetiba jer perut memulas2

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda

hmmm....
~ bentong - nak carik anak2 aku
~ pulau perhentian - dah lama aku teringin nak ke sana
~ mekah al mukarramah - nak solat taubat depan kaabah
~ masjid nabawi - nak ziarah makam rasul dan nak tengok taman raudhah
~ mauritius - cantik kan pantai dia..
~ pulau sipadan
~ pulau pangkor - ada sesuatu kat sana yang menggamit aku

7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda

~ anak perempuan - kalau ada rezeki..
~ jam tangan berjenama - ni pun kalau ada rezeki jugak la..
~ kereta VIOS - ni kalau dapat, aku yang pakai..
~ rumah baru - aku duduk sekali.. atas nama aku..
~ apa lagi 'ek.. soklan ni sesuai untuk lelaki la..
~ bedroom set yang baru..
~ sebenarnya aku yang nakkan benda2 kat atas tu.. hehe..

7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda

isshhh.. kalau suara sedap macam siti tak pe la.. sure hujan kalau aku nyanyi.. tapi, kalau dia nak dengar aku akan nyanyi lagu ni..
~ diari hatimu - siti
~ kasihnya laila - jinbara [kitorang sama2 minat lagu ni]
~ seiring dan sejalan - broery ngan sharifah aini [ni aku ajak dia nyanyi sekali]
~ langit petang - sudirman [aku minat lagu ni]
~ cukup la 'ek.. kang ribut topan lak..

7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini

ala, ini yang aku lemah ni.. mana aku nak carik 7 orang?? aku bukannya ada followers pun.. sapa2 yang baca blog aku ni dan kalau rajin, buat la yer.. aku tak paksa..

dah langsai pun utang aku ni.. harap2 lin puas hati yer..

mereka rindukan aku...

malam tadi, sukar benar rasanya nak melelapkan mata.. setiap kali kelopak mataku rapat, aku terbayangkan wajah si abang.. aku pasti di saat itu, dia juga sedang teringatkan aku.. biasanya kalau secara tiba2 kita teringatkan seseorang, maknanya orang itu juga sedang mengingati kita..

minggu ni dah masuk minggu ke dua cuti persekolahan.. pastinya mereka sedang bosan giler duduk dengan ibu tiri mereka.. aku sudah menelefon bekas suamiku pada sabtu pertama cuti bermula.. katanya dia tak dapat balik sebab budget tak cukup.. aku harap minggu ni mereka akan pulang ke kampung.. biarlah mereka bersamaku kerana bekas suamiku sekarang sedang berkursus.. jadi, mereka memang 100% bersama ibu tiri mereka sahaja.. entah bagaimanalah layanan yang diterima agaknya..

kalaulah aku ada duit, dah pasti mereka ada bersama denganku sekarang..

Khamis, November 20, 2008

kisah sedih jiranku

aku nak kongsi cerita sedih ni ngan korang2 sume.. jiran aku ni umur dia cuma tua setahun jer dari aku.. nama dia gayah.. 3 minggu yang lepas, suami dia dimasukkan ke hospital kerana ususnya pecah.. berpunca dari pemakanan dia la.. suka sangat makan yang ekstravaganza pedasnya.. patutlah sebelum tu dia selalu kena sakit perut.. lepas kena operate, dia masuk ICU sebab koma sekejap.. bila dah ok, dipindahkan ke wad biasa, kena paru2 berair pulak.. nak memburukkan keadaan lagi, jahitan kena operate tu pulak terbukak.. ntah macamana diorang jahit ntah..

lama jugaklah dia masuk hospital.. isnin lepas baru dibenarkan balik.. selasa pagi, dia pergi cuci luka jahitan tu kat klinik desa.. sampai kat rumah, dia kena strok pulak.. naik ambulan pergi hospital balik.. malam tadi, lepas aku balik tengok mak kat hospital, ada jiran aku bagitau, dia dah meninggal petang semalam.. masa tu aku ada kat hospital.. tapi aku tak tau dia masuk wad mana..

yang lebih menyedihkan aku lagi, gayah ni baru jer 2 bulan bersalin.. anak ke 4.. Allah maha berkuasa.. mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.. dan Allah tak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tak boleh di tanggung..

kisah emakku III

semalam petang, lepas balik kerja [aku lari balik pukul 4.30], aku terus ke hospital.. ehh, aku singgah minum dulu, kesian kat husband aku yang kelaparan.. tengah2 sedap makan, hujan turun mencurah2.. lebat betul.. sepanjang perjalanan ke hospital pun, hujan masih lagi lebat.. sampai di hospital, aku lihat emak masih belum di operate lagi.. darah tinggi mak naik sampai 200 lebih.. aku tau mak takut..

doktor terpaksa tangguhkan operation mak sampai hari jumaat.. sebabnya, mereka buat operasi hari rabu dan jumaat sahaja.. tapi mak tak dibenarkan keluar dari wad.. tak boleh balik rumah la tu.. ishhh.. naik risau la pulak aku tengok mak ni.. auntie cina sebelah katil mak kata, nurse dah tolak dah mak masuk OT, tapi kena tolak balik ke wad sebab darah naik.. kalau tak, mak dah boleh balik dah..

ishhh.. risaunyer..

Isnin, November 17, 2008

kisah emakku II

esok emak akan dimasukkan ke wad.. pembedahan kecil itu akan dilakukan pada hari rabu... aku rasa aku nak ambil cuti esok untuk menemani emak.. aku tau jauh di sudut hati emak ada perasaan takut sebenarnya.. puas aku meyakinkan emak, mereka cuma hendak mengambil sampel sahaja dan itu tidaklah menyakitkan.. kata doktor, selepas sampel diambil, mungkin dalam masa dua minggu lagi, setelah kajian di buat, mereka akan membuat pembedahan sekali lagi.. kali ini untuk membuang terus ketulan itu..

apa-apapun, aku harap segala-galanya akan berjalan dengan lancar... dan buat emak, alang tau emak kuat..

entah kenapa, benda-benda macam ni mengingatkan aku pada arwah adikku..

Khamis, November 13, 2008

kisah emakku..

hari selasa lepas, aku mengikut emak ke hospital melaka untuk menjalani pemeriksaan doktor.. emak bukannya sakit cuma ada benjolan di bawah rahang mulut emak.. seingat aku, benjolan itu memang telah lama ada.. sebelum aku berkahwin buat kali pertama lagi.. cuma dulu, benjolan itu kecil sahaja.. tapi 3, 4 bulan kebelakangan ini, benjolan itu membesar secara mendadak sehinggakan ramai yang perasankannya semasa hari raya yang lepas.. mungkin kerana itu, emak tergerak hati untuk menjalani pemeriksaan di hospital..

selasa lepas, selepas berjumpa doktor, emak terpaksa berjumpa dengan pakar bius.. di sana, emak terpaksa di ambil darah dan menjalani x-ray sekali lagi.. aku pelik kerana sebelum ini, semasa emak mendaftar di ENT, emak telah pun menjalani semua itu.. jaraknya pun cuma seminggu sahaja.. kenapa pihak hospital tidak menyimpan data secara online?? mungkin itu akan memudahkan semua pihak.. pesakit dan juga pihak hospital sendiri.. aku lihat di semua bilik ada komputer.. gunakanlah sebaik-baiknya..

hari ini, emak terpaksa pergi ke hospital semula untuk menjalani city scan pula.. dan hari ini juga doktor akan memberi keputusan bila emak akan di operate.. samada esok ataupun hari rabu depan.. bukannya operate untuk membuang benjolan itu, tapi cuma untuk mengambil sample dari dalam mulut, tekak dan dalam hidung untuk di buat kajian.. mereka sendiri belum tahu apa yang terkandung di dalam benjolan itu... apa-apapun aku doakan emak akan selamat...

Isnin, November 10, 2008

akhirnya aku berjaya juga masuk ke blogku ini... isnin lepas, selepas waktu makan, bila masuk semula ke ofis, aku lihat komputer dah dijangkiti virus trojan... ni mesti kerja anak bosku yang suka main komputer setiap kali aku keluar.. geramnya aku.. nasib baiklah anak bos... betapa tensionnya aku bila setiap kali cuba untuk melayari internet, pasti dihalang oleh virus... aku cuba untuk download beberapa antivirus tapi semuanya perlukan bayaran.. aku tak de kad kredit lagipun ini bukannya komputer aku... buat rugi duit jer.. nak bagitau ngan bos, aku takut..

tapi, mujurlah pagi ini aku terjumpa antivirus yang menawarkan percubaan untuk 3 bulan.. terus aku download dan alhamdulillah, berjaya juga ku usir virus2 yang mengacau bilaukan komputer ini.... dan dapat juga aku melepaskan rinduku pada blogku ini... dapat jugaklah aku merayau ke blog orang lain.. hehehe...

Rabu, Oktober 29, 2008

hari isnin yang lepas adalah hari cuti umum untuk perayaan deepavali.. so, aku ambil peluang ini untuk pergi berekreasi bersama-sama dengan familiku.. sebenarnya, adikku ada membawa beberapa orang temannya ke rumah.. puaslah mereka merayau satu Melaka untuk 2 hari lepas.. jadi, hari ini mereka akan pulang semula ke Kuala Lumpur.. mulanya adik nak membawa mereka ke Pengkalan Balak untuk menikmati panorama di tepi laut tapi angah memberitahu yang dua, tiga hari lepas, metro ada melaporkan tentang ada pihak yang cuba sabotaj kesucian pantai tu dengan menaburkan daging dan tulang-belulang babi di sekitar pantai tu.. huh, langsung kami semua sepakat untuk pergi ke Hutan Lipur Ulu Bendul.. aku tak nak komen tentang siapa yang sabotaj tu, sudah terang lagi bersuluh, dah tentulah itu semua bukan kerja orang melayu..

maka, pada jam hampir 12 tengahari, kami semua bertolaklah ke Ulu Bendul.. sebenarnya, ini kali pertama aku hendak pergi ke Ulu Bendul, jadi aku tak tau berapa jauhnya tempat tu.. angah menunggu kami di Padang Sebang, rumah mak mertuanya.. masuk waktu zohor, kami singgah di masjid Kg Sri Repah.. kami tiba di Hutan Lipur Ulu Bendul kira2 pukul 3.30.. fullamak, punyalah jauh tu.. mungkin kalau tak berhenti tadi, kira2 3 jam perjalanan.. jalannya pula seperti ular di palu.. kalau mat-mat motor jumpa jalan ni, memang seronoklah...

tiba sahaja kami di Hutan Lipur tu, terus cari 'port' untuk isi perut dulu.. lapar tu.. makan ramai-ramai ni memang menyelerakan.. dapat pulak makan tepi sungai.. fuhh.. best, memang best.. lepas makan, cari pulak 'port' nak mandi.. mulanya aku risau jugak, kalau-kalau aiman takut nak masuk dalam sungai tu nanti, tapi lepas siap salin baju untuk mandi, dia punya seronok.. aku pun tumpang seronok tengok aiman mandi dalam sungai tu..

sungai ni memang cantik tapi airnya tidaklah berapa dalam.. mungkin kerana itu, yang mandi pun ramai budak-budak jer.. so, aku pun seganlah nak berendam lama2.. bila aiman dah menggigil kesejukan, terus jer aku keluar.. hehe.. ada la alasan untuk berhenti mandi..

kami bertolak balik dari Hutan Lipur Ulu Bendul ni, kira2 jam 5 lebih kurang la.. Hutan Lipur ni tak jauh dari Bukit Putus.. jalan kat sini memang mencabar.. terkenal kerana banyak berlaku kemalangan kat sini.. nama pun 'bukit', jadi kalau terbabas, masuk gaunglah jawabnya... angah mengajak kami pergi 'meninjau' jalan Bukit Putus ni.. sebagai kenangan sebelum jalan tu di tutup, katanya.. kami pun ikut la sebab sebelum ni pun cuma dengar orang bercerita jer.. kali ni, kami nak merasa sendiri pengalaman jalan di Bukit Putus.. masa nak menuruni bukit ni, memang mencabar sebab kereta2 semuanya perlahan, lebih2 lagi semasa di selekoh.. kami u-turn bila dah tiba di kaki bukit.. nak mendaki pulak ni.. malang bagi kami bila terpaksa mengikut belakang bas.. tak boleh la nak tekan minyak.. apapun, pengalaman ni memang menyeronokkan.. sayanglah tak ada kamera.. kalau tak, pasti aku dapat merakamkan keindahan panorama di Bukit Putus dan juga di Hutan Lipur Ulu Bendul ni.. kampung-kampung di sekitar Gunung Angsi ini juga menarik.. menyejukkan mata memandang.. kalau waktu pagi, pasti dingin sehingga ke tulang.. bayangkan, dalam perjalanan pulang tu, jam pukul 6.45 petang, kabus dah mula keluar dari celah-celah pokok di bukit2 tu.. bestnya...

Rabu, Oktober 22, 2008

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.

Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.

Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

semua manusia di dunia ini ada anugerahnya yang tersendiri... ada yang mempunyai suara merdu, ada yang dianugerahkan bakat berlakon dan bermacam-macam anugerah yang lain.. aku?? aku bersyukur kerana ada sedikit kebolehan untuk menulis.. jadi, bolehlah aku meluahkan apa yang terbuku di dalam hati dan sambil-sambil tu, aku juga boleh bercerita tentang apa yang terjadi dalam hidupku...

tapi, bukanlah niatku untuk meraih simpati daripada sesiapa.. tujuanku berblogging adalah untuk berkongsi pengalaman hidupku dengan mereka yang sudi membaca blogku ini.. terpulang pada penerimaan setiap individu.. mungkin nanti ada yang suka, mungkin juga ada yang mencemuh.. aku terima setiap pandangan dan komen dengan hati yang terbuka..

sekurang-kurangnya, aku boleh memperbaiki kelemahan yang ada pada diri agar lebih tabah dan kuat untuk terus menghadapi dugaan dan cabaran yang tentunya tidak akan putus-putus menghampiri diri ini.. dan buat anda yang sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ini, jutaan terima kasih diucapkan.. semoga apa yang terjadi pada diri ini, boleh dijadikan iktibar dan menjadi panduan dalam mengharungi hidup ini..

Isnin, Oktober 13, 2008

aku insan yang lemah.. masih banyak kekurangan pada diri ini.. mungkin itulah sebabnya Allah sentiasa memberi ujianNya padaku... tapi aku redha ya Allah.. aku mengerti, bukan senang untuk menjadi senang dan bukannya susah untuk menjadi susah..

aku percaya, di sebalik segala kesulitan yang aku hadapi ini, pasti ada penawar di penghujungnya nanti.. aku cuma perlu bersabar dan terus berusaha.. jangan sesekali semangatku patah.. aku harus menjadi kuat walaupun sebenarnya aku tetap insan yang lemah..

Isnin, Oktober 06, 2008

hepi besday to me..

hari ini genap usiaku 36 tahun.. bolehlah dikatakan dah matang.. dalam usia yang sebegini, masih banyak lagi yang perlu aku lakukan.. azamku, ingin membahagiakan keluargaku..

aku nak menjadi seorang yang 'berwang'.. kenapa?? zaman sekarang zaman duit.. ada duit semua boleh jadi.. aku nak bagi mak merasa hidup mewah.. aku juga nak anak-anakku semua hidup bersama denganku.. berkumpul di bawah satu bumbung.. bukankah itu semua memerlukan duit??

aku minat berniaga dan aku sasarkan pada usia 40 nanti, aku sudah pun memiliki sebuah perniagaan sendiri.. dan aku menjadi bos pada diriku sendiri.. hehehe.. besar sungguh angan-anganku.. tapi, akanku pastikan angan-angan menjadi suatu kenyataan..

Isnin, September 29, 2008

selamat hari raya

lagi dua hari saja lagi, hari raya akan menjelang tiba.. dan Ramadhan akan berlalu pergi.. aku berdoa agar dipanjangkan umur untuk menyambut Ramadhan di tahun2 yang mendatang..

bercakap tentang raya yang bakal tiba ni, entah kenapa aku begitu bersemangat untuk menyambutnya tahun ini.. mungkin kerana rezekiku agak murah kali ini.. baju kurung untukku ada 3 pasang.. rasanya sejak aku berkahwin sehingga sekarang, kali inilah aku dapat membeli lebih dari sepasang.. mungkin kerana itu aku seperti teruja untuk beraya..

dan aku berharap, dapat bertemu dengan anak-anakku di pagi raya nanti.. Aamiiin...

Khamis, September 25, 2008

pejam celik pejam celik dah 3 tahun aku menjadi isteri kepada suamiku.. hari ini juga adalah hari lahir anak sulungku, faiz.. dah 14 tahun dah dia.. confuse?? hehe.. faiz tu anak dari perkahwinanku yang pertama dan ulangtahun ke 3 tu untuk perkahwinanku yang ke dua.. rasanya aku memang sengaja memilih tarikh yang sama kot.. aku pun dah lupa..

malam tadi, si faiz ada menelefonku.. katanya raya nanti, belum tau sama ada dia akan balik kampung atau tidak.. hai, bilalah aku akan dapat duit ni.. tak sabar rasanya nak ambil anak-anakku semua..

terkadang, bila memikirkan masalah yang tak pernah usai ni, badanku jadi letih seletih-letihnya.. rasa macam nak menangis pun ada.. tapi, aku percaya pada ketentuan Ilahi.. setiap yang terjadi pasti ada hikmahNya.. yang penting, aku harus sentiasa bersabar..

Isnin, September 08, 2008

pagi itu, kira2 jam 8.35 pagi, aku sampai ofis dan ketika itu hujan sedang turun dengan lebatnya... sedang aku memanjat anak tangga yang boleh tahan jugaklah tingginya tu, aku terdengar bunyi air hujan menimpa ruang dalam ofis.. hairan jugak aku, takkan bocor pulak? selalunya bila hujan, tak pernah pulak bocor.. hatiku cuak juga bila membuka mangga pintu gril..

bila aku masuk sahaja ke ofis, aku lihat siling dengan bumbungnya sekali dah koyak.. aku masih belum syak apa2 lagi waktu itu.. bila aku nak buka kunci pintu bilikku, aku lihat ada kesan umpil dan keadaan di dalam bilikku agak bercelaru sikit dengan pintu laci dan kabinet terbuka.. apa dah jadi nih?? bilaku lihat bilik2 lain, semuanya berselerak dan semua pintu bilik ada kesan umpil.. sah! ini mesti kes pecah masuk.. bilaku lihat semula bumbung yang pecah tu, barulah aku perasan rupanya itu jalan masuk yang pencuri gunakan..

dalam keadaan panik berserta hujan yang masih mencurah2 turun, aku cuba meminta tolong dengan jiran2 sebelah tapi semua kedai masih bertutup.. memang biasanya mereka beroperasi pukul 10 nanti.. aku ajer yang paling cepat tiba.. aku cuba meminta bantuan dari pak guard bank yang selang 3 buah kedai dari pejabatku tapi mereka meeting pulak.. kalaulah telefon ofis tak kena potong, taklah perlu aku bersusah-payah macam ni.. aku dah send sms pada bosku.. tiada balasan.. confirm tido lagi.. bila aku send sms pada sorang lagi bosku, terus dia call aku..

lega hatiku... aku ceritakan apa yang berlaku dan dia menyuruhku agar jangan mengusik apa2 pun untuk menjadi bukti pada pihak polis nanti..

sementara menunggu bosku tiba, aku mengemas ofisku yang 'banjir' itu... mujurlah hujan sudah semakin reda.. sakit jugaklah pinggang aku mengemop lantai..

pukul 11, aku dibawa ke balai polis untuk membuat report.. selepas itu, kami terpaksa pergi ke IPD Melaka Tengah pula untuk bertemu dengan pegawai penyiasat.. mulanya aku menyangkakan cuma sebuah laptop sahaja yang hilang, tapi bila aku balik ke ofis, bosku kata duit yang di simpan di dalam lacinya turut hilang.. bukan sikit pulak tu.. RM85,176.00.. fullamak, raya sakan la pencuri tu.. pegawai penyiasat yang tiba tak lama selepas itu, turut dimaklumkan tentang kehilangan 'wang besar' itu.. akibatnya, petang itu, sekali lagi aku terpaksa pergi ke balai untuk pertambahan report.. fuhh, letih sungguh rasanya..

aku harapkan pencuri itu dapat diberkas kerana bukan sahaja ofisku yang diceroboh tapi dua kedai lain turut mereka masuki.. entah berapalah 'keuntungan' yang mereka perolehi agaknya..
[lupa lak nak bagitau, kejadian ni berlaku pada jumaat lepas-05/09/08]

Rabu, September 03, 2008

Alhamdulillah, aku masih lagi bernafas hingga saat ini untuk bersama-sama menunaikan kewajipan yang satu ini- berpuasa... hari ini adalah hari ke tiga semua umat Muhammad menahan segala lapar dan dahaga... bukan sahaja lapar dan dahaga dari makan dan minum tapi juga dari segala perkara-perkara yang akan mengurangkan pahala puasa...

harapanku agar anak-anakku dapat berpuasa penuh seperti juga tahun-tahun yang lepas.. dan juga suamiku yang akan memikul berkotak-kotak air.. harap-harap dia dapat bertahan...

sudah tiga malam jugalah aku pergi ke surau untuk berterawih dan Aiman turut ku bawa.. mujurlah dia tidak berapa nakal dan tidak mengganggu orang lain bersembahyang... tapi aku kecewa sedikit kerana malam ke dua aku terpaksa balik sebabnya si Aiman dah terberak dan aku pula tidak membawa pampers lain.. biasanya aku akan membawa bekalan pampers tapi sebelah petangnya dia sudah pun 'membuang' dan aku sangka dia tidak akan membuang lagi... selepas Aiman dibersihkan. dia meminta susu dariku.. laparlah tu...

malam itu, baru sahaja aku melelapkan mata, suamiku mengejutkanku kerana Aiman muntah.. patutlah dia asyik terberak saja hari itu, rupa-rupanya perutnya meragam... mujurlah selepas muntah tu, dia tidak meragam lagi..

Jumaat, Ogos 29, 2008

ya, syukur Alhamdulillah kerana akhirnya suamiku memperolehi kerja... dia sudah pun memulakan tugasnya pada Isnin lepas [25/08]... kalau nak dibandingkan dengan tugasnya yang lama, kerja baru ini lebih menjimatkan duit sebab dia tidak perlu bergerak dari satu shopping ke shopping yang lain dengan kereta sendiri... maksudku, sebagai merchandiser [kerja lama], dia terpaksa pergi ke 3 shopping dalam sehari dengan transport sendiri.. maknanya dalam sehari kena sediakan RM20 untuk duit minyak [tak termasuk makan]... tugas baru pula, dia tetap juga menjadi merchandiser tapi transport disediakan oleh pihak syarikat dan dia juga ada partner..

mungkin inilah hikmah yang ingin diberikan olehNya... aku bersyukur padaMu, ya Allah...

Rabu, Ogos 20, 2008

aku diuji lagi...

entah kenapa, dugaan seolah-olah begitu sukar meninggalkanku.. ada sahaja dugaan yang mendatang dalam hidup aku ni.. bukan niatku untuk mengeluh pada Tuhan tapi aku perlu meluahkan perasaanku ini.. kalau ku simpan dalam hati, mungkin lebih buruk akibatnya.. aku sedar, Tuhan takkan menguji kita seandainya kita tidak mampu untuk mengatasi masalah itu.. aku tau aku kuat untuk menghadapinya.. tapi aku perlu juga bercerita agar beban di hati terasa lebih ringan...

dalam keadaan ekonomi yang agak perit sekarang ni, dengan harga minyak yang entah bila Pak Lah nak turunkan semula ni, suamiku kehilangan kerjanya.. aku pening, dengan hari raya yang tidak berapa lama lagi ni, macam mana la agaknya nanti.. mana cukup dengan gajiku yang seciput ni.. aku kasihan jugak dengan suamiku.. pasti dia merasa lebih tertekan.. bukan dia sengaja tak mau bekerja tapi bukan senang nak cari kerja baru sekarang ni.. dah banyak tempat dia pergi intebiu tapi semuanya belum ada panggilan lagi.. sekarang ni, dia jadi suri rumah sementara waktu..

aku berharap sangat dia akan dipanggil bekerja secepat mungkin tapi nak buat macam mana.. belum ada rezeki lagi... aku harap kesabaran akan sentiasa bersama kami.. dan semoga Allah akan terus memberkati hidup kami..

Selasa, Julai 15, 2008

pengorbanan emak...

ayah meninggal dunia pada 13hb Ogos, 1982, waktu itu aku di dalam darjah 4... masa tu aku baru 10 tahun.. abangku yang sulung 15 tahun, cuma beberapa bulan sahaja nak menghadapi peperiksaan SRP.. abang keduaku 14 tahun, adik ke 4 ku sudah 3 tahun dan yang bungsu baru 3 hari.... masa itu emak masih dalam pantang lagi.. bayangkanlah betapa tertekannya perasaan emak semasa itu.. biasanya orang perempuan ni, kalau masa berpantang tu memang perasaan agak sensitif.. bertambah2 sengsara la emak masa tu.. kalau tak tabahkan hati, boleh kena gila meroyan... tapi kata mak, masa tu anak2 jadi penguat semangat... sekarang ni, bila aku dah melalui pengalaman jadi ibu, baru aku dapat bayangkan bagaimana sedih dan pilunya emak masa tu.. sudahlah hilang tempat untuk bergantung, perginya pula di saat emak benar2 memerlukannya.. betapa hebatnya dugaan yang emak terima..

setelah ayah pergi, ada juga saudara-mara yang membuka mulut meminta agar emak menyerahkan adik bungsuku pada mereka.. mungkin mereka ingin meringankan beban emak, tapi emak kata dia tidak akan sekali2 memisahkan anak-anaknya.. biar susah, biar senang, kami tetap akan bersama... habis sahaja berpantang, emak mengikut seorang jiranku, mak cik Biah, bekerja di sebuah kantin di stesen keretapi Sentul... arwah datuk dan nenek datang dari kampung membantu menjaga kami... mungkin menyukarkan datuk dan nenek berulang alik dari Melaka ke Sentul, mereka memujuk emak pulang sahaja ke kampung.. termakan pujukan datuk dan nenek, kami sekeluarga pun berpindah pulang ke kampung pada penghujung tahun 1983..

mujur ayah ada membeli sebuah rumah di kampung... seolahnya ayah tahu ini semua akan berlaku... di kampung, emak mulanya bekerja di kedai bapa saudaraku [di warisi dari datuk].. agak lama jugalah emak bekerja di situ sehinggalah emak tidak sanggup lagi menerima layanan yang buruk dari emak saudaraku.. selepas itu, emak dapat pula bekerja di kantin kilang biskut Julie's.. waktu itu Rosyam Nor belum lagi jadi duta Julie's, kalau tidak, dapat juga aku bertemu dengan hero Malaya itu... hehehe... aku bersyukur kerana Allah mempermudahkan pencarian rezeki untuk emak.. setahun selepas itu, emak pula dapat kontrak untuk berniaga di kantin Julie's itu, maknanya emak jadi tokey la pulak... waktu itu, kehidupan kami sekeluarga boleh dikatakan sudah agak senang.. hampir 5 tahun jugalah emak berniaga di situ...

emak juga berjaya membesarkan kami dengan sempurna.. abang sulungku berjaya memperolehi 8A di dalam SRP, walaupun ketika itu suasana sedih masih menyelubungi kami sekeluarga.. dan Along melanjutkan pelajaran ke UM selepas memperolehi pangkat 1 dalam SPMnya.. Angah pula, dapat 11A di dalam SRP dan menyambung pelajaran di Politeknik Ungku Omar setelah mendapat pangkat 1 juga di dalam SPVM... aku pula, setelah berpindah ke Melaka, aku menyambung darjah 6 di sekolah kebangsaan Tangga Batu kerana aku memasuki asrama anak-anak yatim di Paya Rumput, Sungai Udang.. situasi memang berbeza kerana sebelum ini aku belajar di sekolah Convent Sentul Pasar... bahasa Inggerisku seolah2 terbantut bersama-sama dengan rakan-rakan di luar bandar ini... aku menyambung sekolah menengahku di Sekolah Menengah Agama Al-Ahmadi, Paya Rumput sebelum dihantar ke Maahad Ehya Al-Karim di Tanjung Bidara selepas SRP.. selepas memperolehi pangkat 2 di dalam SPM, aku tidak menyambung pelajaranku kerana tidak mendapat pelepasan dari emak untuk keluar dari Melaka... waktu itu, minda orang2 kita belum berapa terbuka lagi.. anak perempuan tidak digalakkan belajar tinggi2.. memang terasa hampa yang teramat sangat kerana aku ingin mengikut jejak abang2ku.. tapi tak boleh disalahkan emak juga, kerana aku lulusan sekolah agama.. dulu, peluang untuk pelajar sekolah agama tidak meluas seperti sekarang.. dulu, kami tidak banyak pilihan.. peluang pekerjaan untuk kami biasanya menjadi ustaz ataupun ustazah.. aku pula tidak meminati bidang perguruan ini.. tapi, aku jadi guru sandaran sekejap.. untuk menimba pengalaman..

semasa aku sudah habis sekolah, emak masih lagi berniaga di kantin Julie's itu.. sebelum aku bekerja, aku membantu emak di kantin.. tapi, kalau berniaga makanan ni, kepenatan memang tidak boleh cerita... disebabkan itulah, aku keluar mencari kerja lain..setelah hampir setahun aku menjadi guru sandaran, aku mencuba bekerja di kilang pula.. rezekiku ada di kilang TEAC, Batu Berendam.. waktu itu, TEAC baru beroperasi selama 6 bulan.. kiranya aku antara yang terawallah di situ..

emak pula berniaga di kantin itu sehingga penghujung tahun 1992, kerana abang2ku akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun, 1993.. mulanya pengurus kilang enggan melepaskan emak pergi kerana sebelum emak, tiada yang serasi berniaga di situ.. kira emak memecahkan rekod peniaga paling lamalah di situ.. tapi, mungkin emak sudah kepenatan dan ingin berehat dari kesibukan mencari rezeki.. aku juga tidak mahu emak bekerja lagi kerana gajiku di TEAC sudah agak besar [waktu itu 500-600 sudah dikira besar] dan aku boleh menampung emak dan adik-adik.. Angah juga ada memberi emak duit..

ketentuan Tuhan tiada siapa yang tahu.. selepas Along dan Angah melangsungkan perkahwinan pada 06hb Jun, 1993, aku pula bertemu jodoh.. itupun bukan pilihan aku.. emak yang terlebih risau, takut aku jadi anak dara tua padahal waktu itu aku baru sahaja 21 tahun.. betapa berbezanya dulu dan sekarang... kalaulah aku membantah kata emak waktu itu, pasti nasibku berbeza sekarang ini... tapi, siapa yang dapat menolak Qada' dan Qadar??? selepas aku berkahwin, aku terpaksa mengikut suamiku ke Pasir Gudang dan aku terpaksalah melepaskan kerja di TEAC... sedih aku masa tu....

bila aku dah berhenti kerja, emak terpaksa mencari kerja semula.. kali ini, emak bekerja di kantin kilang Likom di Cheng pula.. mungkin emak seronok bekerja di situ kerana kebanyakan pekerja di kantin itu terdiri dari rakan2 emak di perumahan ini... pada tahun 2000, emak dapat pergi menunaikan haji.. waktu itu, aku dah kembali menginap di sini, menyewa di perumahan ini juga... dan waktu itu juga, rumahtanggaku sudah di dalam krisis..

pulang dari Mekah, emak tidak lagi bekerja.. kami ingin emak berehat di rumah...

Jumaat, Julai 11, 2008

kalaulah aku.....

adik-beradikku semuanya ada 5 orang tapi, itu sebelum adik ke 4 ku meninggal dunia pada tanggal 02hb Oktober, 2003... kini, tinggallah kami berempat, 2 lelaki dan 2 perempuan.. semuanya sudah berumahtangga kecuali adikku yang bungsu.. dia kini menetap di Kerinchi.. sebelum ini, dia bekerja di sebuah syarikat IT yang memang terkemuka di Bukit Damansara.. gajinya pun memang amat lumayan [kalau aku di tempatnya la].. entah di mana silapnya, kebosanan mula merantai jiwa dan dia merasa pekerjaannya itu mengongkong dirinya.. aku pun tak tau apa yang ingin dicarinya dalam hidup ini.. aku percaya ribuan orang di luar sana yang mengimpikan pekerjaan sepertinya itu.. tak payah kata orang kat luar sana, aku pun kalau boleh nak bekerja macam itu.. cuma aku tiada kelayakan..

dia mula berjinak-jinak menceburi dunia insurans.. mulanya dia berkecimpung secara part-time.. mungkin kerana terlalu teruja dengan dunia barunya itu, dia mengambil keputusan berhenti dari syarikat IT itu.. puas juga aku nasihatkan agar dia berfikir sepanjang-panjangnya dan sedalam-dalamnya namun tidak diendahkan.. aku sarankan agar dia menjual insurans secara part-time dahulu sehingga income yang diperolehi melebihi gajinya sekarang, selepas itu terpulanglah padanya untuk berhenti kerja.. dia tidak dapat menerima sarananku kerana katanya dia sudah terlalu bosan dan dia boleh jadi gila jika dia terus bekerja di situ...

sebulan selepas dia bekerja secara 'bebas', kesempitan hidup mula menghimpit diri.. sekarang dia sedang 'berjuang' untuk terus hidup di dalam dunia di mana ringgit semakin mengecil nilainya.. di saat kita semua sedang kalut menghadapi kesan akibat kenaikan harga minyak dan juga barang harian, adikku yang seorang ini boleh mengambil suatu keputusan yang aku rasa teramat bodoh [maaflah ya]... kalaulah aku di tempatnya.....

Khamis, Julai 10, 2008

sekarang ni tengah hangat pasal kes liwat terbaru datuk seri anwar ibrahim.. susah untuk aku percaya.. walaupun aku bukanlah penyokong DSAI tapi sebagai manusia biasa, aku rasa DSAI bukanlah insan yang sebegitu.. aku sedih bila melihat dunia politik sudah menjadi semakin kotor.. kerana kuasa dan kedudukan, manusia sanggup melakukan apa sahaja.. orang melayu memang mudah lupa.. tidak kira dari parti mana pun, kalau sudah dapat kuasa, pasti akan lupa diri.. aku kasihankan Pak Lah.. pastinya dia yang akan dipersalahkan jika ada yang tidak berpuashati dengan apa yang berlaku..

aku berharap kebenaran akan terserlah dan yang bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal.. kalau terlepas hukuman di dunia ini, di akhirat kelak tiada yang dapat melepaskan diri.. takkan nak sogok Allah dengan wang ringgit???

bos aku dah jarang mahu duduk berbual-bual denganku sekarang ni.. semuanya gara-gara isteri-isterinya.. 2 minggu yang lalu, isteri mudanya terhegeh-hegeh datang ke pejabat, konon2 nak menjenguk suaminya la.. kira-kira 10 minit kemudian, telefon pejabat pun berdering.. bilaku angkat, kedengaranlah suara isteri pertama bosku, bertanyakan sama ada 'madu'nya ada di pejabat tak? aku yang lurus bendul ni pun jawablah iya..kerana satu perkataan itu, aku dimarahi bosku [ yang terlebih dulu telah di'basuh' oleh isteri pertamanya ]... terkedu aku bila bosku kata jangan masuk campur hal peribadinya.. aku pun tak ingin nak ambil tahu kisah rumahtangganya, tapi bila orang bertanya, aku pun jawablah..

takkanlah dia yang bermadu, aku pulak yang kena menipu.. hishh, kusut fikiranku.. buat kerja pun dah tak ada semangat.. aku betul2 tak selesa bekerja dalam keadaan begini.. bosku seolah2 sudah hilang kepercayaannya pada aku.. apa harusku buat??

Jumaat, Jun 20, 2008

hai, semenjak dua menjak ni, aku jarang masuk ke blog ni.. selalu terleka bila masuk ke facebook.. jahitan cross-stitch tu pun dah slow jer perkembangannya.. hari rabu lepas birthday aiman yang ke 2.. malam isnin sebelum tu [16/08], aku dah belanja familiku makan KFC.. jadi hari rabu tu aku cuma beli kek sahajalah untuk aiman.. sehari sebelum birthday aiman tu, dia kena cirit birit pulak.. mak kata, oleh kerana terlalu kerap buang air besar, punggungnya jadi kemerah2an.. mungkin pedih agaknya, jadi bila terkena air, meraung2 dia menangis.. kesian aku melihatnya..

apapun, aku dah bawa dia ke klinik dan aku harapkan aiman segera sembuh.. dan aku doakan aiman panjang umur dan murah rezeki.. semoga aiman akan menjadi anak yang soleh.. Amin..

Jumaat, Jun 06, 2008

sesekali teringin jugak nak bercakap masalah negara ni.. hari rabu lepas, bersamaan dengan 04 Jun '08, Pak Lah umumkan harga minyak naik.. dengan segeranya aku mengajak suamiku pergi mengisi minyak, sementara masih harga lama ni.. sampai di Sungai Petai, dari jauh dah terlihat deretan kereta yang beratur di Petronas, siap dengan kereta peronda polis yang mengawal kesesakan.. suamiku terus memandu ke arah Alor Gajah kerana tidak mahu turut beratur di situ.. 'mesti kat sana pun jammed jugak ni', kataku.. sampai di Tebat, keretaku dah tersangkut di hadapan JKR, langsung tak bergerak lagi.. 'huh, lagi teruk dari tadi', keluh suamiku.. masih lagi berusaha untuk ke pekan Alor Gajah untuk mengisi minyak di Petronas, suamiku berpatah balik untuk melalui highway ke Alor Gajah..

keluar sahaja dari simpang di masjid As-Syakirin, deretan kereta sudah pun hampir sampai di hadapan pintu pagar masjid.. terus suamiku ikut beratur.. dari pukul 9.15 malam, keretaku beratur hampir satu jam setengah untuk sampai ke Petronas yang jaraknya tak sampai satu kilometer.. satu pengalaman yang tidak pernah aku rasai.. aku kasihankan aiman yang terpaksa kehausan susu.. 5 minit sebelum sempat tiba di Petronas, aiman dah pun tertidur..

bukan tujuan aku untuk berpolitik di sini tapi kalau mendengarkan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim [DSAI], dia kata Petronas dapat untung berpuluh2 billion Ringgit.. bak kata DSAI, apa salahnya kalau Petronas kurangkan keuntungan mereka untuk kebaikan semua rakyat.. tak payah la ekspot lagi minyak tu, gunakanlah semua untuk rakyat.. tak boleh ker?

Isnin, Mei 26, 2008

kerinduanku terlerai

hai, musim cuti sekolah dah bermula.. dua minggu lalu, aku ada menghantar sms pada bekas suamiku untuk 'meminjam' anak2ku untuk tempoh seminggu daripada dua minggu bercuti ini, tapi tidak mendapat apa2 balasan pun.. sabtu lepas, aku terlihat kereta bekas suamiku itu di hadapan rumah emaknya.. wah, hatiku riang kerana menyangkakan aku berjaya 'meminjam' anak2ku.. tanpa berlengah aku mendail nombor BS [ bekas suami ] untuk bertanyakan hal itu.. "mana boleh pinjam2", itu jawapannya bila aku mengajukan permintaanku.. hampanya rasa hati hanya Tuhan yang tahu.. sebak benar dadaku.. mereka anak2ku, aku juga ada hak ke atas mereka.. sepatutnya aku tidak perlu meminta izin darinya.. sepatutnya dia sendiri tahu untuk menghantar anak2ku pada aku..

kenapa aku tak melawan kata2nya? sebenarnya aku tak suka untuk berbalah dengan BS kerana aku khuatir selepas ini, aku langsung tidak berpeluang untuk bertemu dengan anak2ku.. lagi pula, aku benar2 terkedu dengan kata2 itu.. mataku terasa panas.. mujurlah tidak lama selepas itu, Faris datang ke rumahku.. itupun selepas ku panggil setelah terlihat dia bermain bola bersama bapa saudaranya.. Faris ni agak penakut sedikit, takut benar dimarahi ayahnya jika ketahuan dia datang ke rumahku.. selepas 15 minit, dia tergesa2 nak pulang ke rumah neneknya.. aku berpesan agar menyuruh kakak dan abangnya datang berjumpaku..

petang itu, pukul 5.30, selepas habis aku menonton cerita 'mohabbatein', anak2ku pun terpacul di depan rumahku.. selepas berbual dan minum2, Farah menyuruhku menelefon ayahnya untuk meminta izin agar membenarkan mereka tidur bersama aku pada malam itu.. mereka akan pulang ke Bentong pada hari ahad esoknya.. aku teragak2 juga untuk berbuat demikian, takut permintaanku di tolak lagi.. aku tak mahu merasa hampa untuk kedua kalinya.. tapi aku tidak sampai hati mengecewakan permintaan Farah, lalu aku mendail lagi nombor BS.. bila aku menyuarakan permintaanku yang ini, seperti ada harapan untukku.. dia minta tempoh untuk berfikir dan akan menghubungiku semula.. keriangan berbunga di hatiku..

menjelang 8 malam, aku mula resah bila BS masih tidak menghubungiku.. menurut anak2ku, ayah mereka bercadang untuk pulang ke kampung ibu tiri mereka malam ini.. jangan2 mereka dah bertolak, kata hatiku.. aku mendail nombor BS, mulanya ada deringan tapi dimatikan.. bila aku mencuba lagi selepas itu, yang kedengaran cuma peti suara menyambut helloku.. aduh, ni mesti dia dah matikan handphone ni, getus hatiku.. aku cuba lagi mendail untuk 4, 5 kali lagi tapi tetap juga sama.. keresahan hati tak dapat di tahan2 lagi, lantas aku mengajak suamiku pergi ke rumah bekas ayah mertuaku yang jaraknya cuma selang 5 buah rumah sahaja..

mulanya aku teragak2 juga nak beri salam, lebih2 lagi bila terlihat bekas adik2 iparku juga ada.. ku kuatkan semangat dan meluncur salam dari mulutku.. salam bersambut dan aku di jemput masuk tapi aku menolak dengan baik.. biarlah aku berjumpa BS di luar sahaja.. kalau aku masuk, pasti aku jadi gementar yang teramat.. "biarlah anak2 tidur denganku, nak pinjam seminggu tak boleh", kataku bila melihat BS teragak2 untuk memberi keizinan padaku.. "nantilah abang fikir, nanti abang call", itu juga jawapan yang aku terima.. sakitnya hatiku, susah sangat ke nak buat keputusan? aku melangkah pulang ke rumah.. mujur suamiku amat memahami perasaanku.. airmata yang hampir menitis tadi, seolah2 masuk semula..

setengah jam selepas itu, ketika aku sedang melayan perasaan walaupun mata terpaku di kaca televisyen, telefonku berdering.. "abang izinkan anak2 tidur dengan awak", seronoknya bila aku mendengar BS menuturkan kata2 itu.. memang gembira sungguh aku bila Farah dan Faris tiba sejurus selepas itu.. "eh, mana Faiz?", tanyaku bila melihat mereka cuma berdua sahaja.. "abang tak nak ikut", sambut Faris.. rupa2nya dia nak menonton konsert AF akhir malam itu.. maklumlah rumahku tiada Astro.. tak pelah, mungkin setelah konsert tu habis, datanglah dia, kataku memujuk hati sendiri.. tapi, hampa, sampai mataku terlelap, Faiz tak muncul jua..

Jumaat, Mei 09, 2008

aku memang minat betul mendengar hotfm ni.. tapi untuk seminggu dua ni, air mataku sering tumpah bila mendengar radio kegemaranku itu.. memula sekali aku nak ucap takziah buat faizal ismail dan famili di atas pemergian adam haikal iman.. sabarlah, Allah hanya meminjamkan adam buat seketika sahaja.. pasti ada sebab dan hikmah di sebaliknya.. minggu ini pula, aku sedih sebab si leya bukak topik pasal ibu sempena hari ibu pada hujung minggu ni.. bukannya aku tak suka tapi hati ini mudah benar tersentuh bila mendengar cerita2 yang sedih daripada pendengar2 yang dapat menembusi talian hotfm..

nasib baik la di ofis ni aku hanya sendirian, jadi tak kisah la kalau tetiba air mataku meleleh2 tanpa dapat di tahan lagi.. aku memang mudah merasa sebak bila menyentuh bab ibu ini.. mungkin kerana pengalaman aku sendiri dan mungkin juga sebab aku memang rapat dengan emak jadi bila mendengar kisah si wani yang telah kehilangan emak, aku sedih yang teramat..

sempena hari ibu ini, marilah kita semua menghargai ibu yang bersusah payah melahirkan kita [ingat senang ke?], kemudian menjaga kita dari baby sampailah sekarang.. walaupun kita sudah berumahtangga, sudah beranak pinak, percayalah ibu kita tidak akan melupakan tanggungjawabnya menjaga kita biarpun dari jauh.. ibu kita pasti tetap mendoakan kesejahteraan kita dan pasti tetap ingin mengetahui khabar berita tentang kita biarpun ibu kita sendiri sudah tidak sekuat dan sesihat mana.. jadi, kita sebagai anak, sepatutnya menjadikan satu rutin dalam hidup kita untuk menghubunginya setiap hari.. mengapa harus direnggangkan hubungan kita dengan ibu? walau apa jua alasannya, walau sejauh mana pun kita, jauh di mata, dekatkan di hati..

tahniah buat hotfm kerana menghangatkan sambutan hari ibu.. harap2 hari bapa pun akan sehangat ini, biarpun aku sudah tiada ayah lagi.....

Selasa, April 22, 2008

hai, bersemangat betul aku nak menulis hari ini.. bukan apa, tadi pagi aku mendapat panggilan dari isteri pertama bos aku.. jangan salah faham ya, tujuannya bukan untuk memarahi aku [ hehehe, manalah tau, kalau ada yang menyangka aku menggoda suaminya ], tapi untuk mengorek cerita tentang madu barunya.. hai, lelaki, lelaki.. mungkin inilah salah satu daripada kelemahan lelaki kaum melayu ni.. kalau dah berduit sikit, mulalah nak pasang tiga, empat.. tapi, masalah bos aku ini, bukannya baru sekarang ni dia miang, rupa2nya memang dari muda lagi dah gatal.. nasib baik la aku dah berkahwin, kalau tak...

berbalik pada cerita asal, isteri pertama bos aku tu [ biarlah aku namakan kak A ] menelefonku bertanyakan sama ada suaminya pernah membawa isteri barunya [ aku namakan C ] ke pejabat... seingat aku [ memang takkan ku lupa ], dia pernah membawa si C ke pejabat semasa aku baru bertugas di sini.. dari pemerhatianku, si C ni memang bukan dari jenis perempuan yang baik2 kerana perangainya memang tergedik2 habis.. dan aku memang tidak terperanjat bila kak A memberitahuku yang si C ini adalah seorang bohsia.. anak2nya [ anak2 kak A dah bujang2 ] memang mengenali C ini dan mereka kecewa kerana ayah mereka berkahwin dengan perempuan yang sebegitu.. aku kasihan dengan kak A, iyalah, kalau aku di tempatnya, mungkin aku dapat menerima jika maduku itu perempuan yang lebih baik dariku, tapi ini, isshhhh, sadis sungguh..

menurut kak A lagi, bosku itu [ aku gelarkan dia encik B ], sudah 3 kali mengecewakannya.. kak A pernah bercerai seketika dengan encik B tapi kerana anak2 memujuk, dia terima kembali encik B tapi, nampaknya encik B seperti tidak tahu menghargai kasih sayangnya.. untuk kali ini, dia juga menuntut cerai tapi encik B tidak mahu melepaskannya.. aku nasihatkan kak A untuk bersabar [ itu sahaja yang mampu aku katakan ], biasanya lelaki yang berkahwin banyak ni, akhirnya dia akan kembali pada isteri pertamanya juga, pujukku.. bagi kak A, yang membuat dia merasa amat terkilan sekali ialah sikap encik B yang tidak adil terhadapnya.. dia sudah berkongsi hidup dengan encik B hampir 26 tahun, tapi harta yang ada padanya hanyalah anak2 dan rumah yang didiaminya sekarang tapi C yang baru berkahwin hanya 2 bulan sahaja, telah memiliki sebuah kereta dan apartment dan mungkin juga barang2 kemas.. bukanlah pula kak A ini mata duitan tapi dia yang bersusah payah bersama2 dengan encik B dari mula mendirikan rumahtangga.. bersama2 mengharungi masa2 perit tapi bila sudah mula merasa kesenangan hidup, orang lain pula yang dapat bermewah2... itu yang kak A kecewakan sangat.. memang niat si C ini berkahwin dengan encik B adalah untuk merasa syurga dunia, memang niatnya untuk mengikis...

kadang2 aku merasa hairan dengan perempuan seperti C ini.. hanya kerana duit, sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat memuaskan nafsu yang sembilan itu.. tidak kisah jika suaminya sudah tua dan sudah layak dipanggil bapak asalkan dapat hidup mewah.. tak perlu bekerja, hanya duduk di rumah goyang kaki.. dan aku kasihan yang teramat dengan kak A.. walaupun suaminya boleh dikatakan seorang ahli perniagaan yang berjaya, tapi, dia masih tetap bekerja.. itupun sebagai seorang cleaner.. di mana letaknya keadilan??

Isnin, April 14, 2008

hai, dah lama rasanya tak menulis.. aku agak busy kebelakangan ni.. hehe.. busy buat cross-stitch.. bukannya apa, dari aku dok main game kat komputer ni, ada baiknya aku membuat sesuatu yang lebih bermanfaat.. tapi, ada la kesannya pada mata aku ni.. nampaknya rabun jauhku akan menjadi lebih parah la.. mujur juga ofisku ini mengadap ke arah hutan kecil.. boleh juga mencuci mata dengan warna hijau pepokok..

bercerita pasal cross-stitch ni, kali terakhir aku menjahit benda alah ni, kira2 12 tahun yang lampau [ macam dah lama sangat bunyinya ].. waktu tu aku tengah mengandungkan anak perempuanku.. mungkin sebab tu agaknya aku bersemangat untuk membuat cross-stitch tu.. hormon keperempuananku terlebih.. rasanya aku mula menjahit dari aku mula mengandung sehingga aku melahirkan.. agak besar jugalah gambar pemandangan yang aku buat tu.. aku pun ingat2 lupa.. tapi, sayang seribu kali sayang, sebab gambar tu sekarang di rumah bekas suamiku.. aku lupa nak angkut sekali semasa aku keluar dari rumah tu.. minggu lalu, aku berkesempatan bertemu dengan ketiga2 anak pertamaku.. mereka balik kampung.. bilaku tanyakan tentang gambar tu, anak perempuanku, Farah mengatakan gambar itu masih elok tergantung.. aku pelik.. ibu tirinya tak merasa apa2 ke? Farah kata ayahnya mengatakan yang gambar itu adalah hasil buatannya.. tergelak besar aku.. perasan pulak dia..

tak kisahla apa dia nak kata.. asalkan gambar itu terjaga rapi sudah.. penat tau aku membuatnya dulu..

Rabu, Mac 05, 2008

pagi tadi aku membawa aiman ke hospital untuk check-up.. tiada apa-apa yang serius.. hanya check-up biasa.. sedang aku duduk di tempat menunggu, telingaku menangkap suara tangisan bayi, yang ku kira sudah agak lama juga dia menangis.. aku menoleh mencari bayi itu dan mataku terpandang seorang wanita cina yang kelihatan teramat kekok sedang memangku bayi itu... aku yang sememangnya tidak berapa gemar mendengar anak kecil menangis, secara spontan berbisik kepada suamiku.. "kenapalah tak diangkat baby tu?"... pasti ada sebab mengapa anak kecil itu menangis..

mujurlah ada seorang mak cik yang prihatin seperti aku menegur wanita itu.. bila melihat aiman sedang leka bermain dengan ayahnya, aku bangun menuju ke arah wanita itu.. mak cik yang aku terlupa nak tanya namanya itu, riuh bertanya kepada wanita cina tersebut... mungkin anak itu haus agaknya, kata mak cik, tapi wanita cina itu menjawab yang anak itu sudah menyusu sejam yang lalu.. mendengar kepada jawapan itu, mak cik menggesa wanita cina itu membancuh susu untuk anak kecil itu dan aku pantas mencapai anak itu ke dalam pelukanku.. bila ku pegang tangannya terasa agak sejuk dan ku capai selimut yang terdapat di dalam beg wanita itu dan ku balut tubuh kecil itu agar terasa lebih hangat..

setelah selesai menyusu, bayi itu terus tertidur di dalam pelukanku.. dan mak cik itu bertanya bermacam-macam soalan kepada wanita cina itu.. setelah mendengar cerita dari wanita itu, barulah ku faham kenapa wanita itu tidak tahu untuk menguruskan anak sekecil itu.. rupa-rupanya wanita itu dari jabatan kebajikan masyarakat, sekaligus bayi kecil itu juga adalah di bawah jagaan jabatan kebajikan masyarakat.. serta-merta aku menjadi sayu bila memandang bayi tersebut, yang mana namanya adalah danial.. sama seperti nama anakku.. aiman danial.. cerita wanita itu lagi, ibunya seorang yang lembam dan bisu.. mujurlah anak kecil itu tidak bisu seperti ibunya.. bila diajukan soalan tentang ayahnya, wanita itu tidak tahu kerana ibunya tidak berkahwin.. aku pasti yang teramat sangat, tentu ibunya menjadi mangsa kerakusan nafsu lelaki yang berhati binatang, yang mengambil kesempatan di atas kelemahan ibunya.. tetiba sahaja hatiku membara.. "kenapa keluarga ibunya tidak menjaga bayi ni?", terpacul soalan dari mulutku.. wanita itu cuma menggelengkan kepala.. mungkin mereka tidak mahu kerana menurut wanita itu, danial sebelum ini mengalami sedikit masalah.. ususnya tersumbat.. tapi, sekarang danial sudah sembuh kerana sudah menjalani pembedahan..

usia danial baru 3 bulan.. dalam masa sebulan lagi, dia akan diserahkan kepada keluarga angkat.. sudah ada insan yang sudi menjaganya.. aku berharap agar nasib danial akan cerah dan semoga dia bahagia dengan keluarga barunya itu.. dan aku untuk sehari dua ini pasti akan terbayang-bayangkan wajah mulus danial yang masih tidak mengerti apa-apa..

Jumaat, Februari 29, 2008

anak-anak pertamaku

sudah lama rasanya aku tidak menjenguk blogku ini.. bukannya apa, ideaku kering gersang.. mungkin kerana cuaca yang hangat sejak kebelakangan ini.. alang-alang dah masuk menjenguk ni, aku ingin bercerita tentang anak-anak pertamaku.. hehehe.. mengapa anak-anak pertama? kerana mereka adalah anak-anakku dari perkahwinan yang pertama.. ringkasan la tu.. anak sulungku lelaki.. kini berusia 14 tahun.. yang kedua, anak perempuanku sudah 12 tahun.. akan menduduki peperiksaan UPSR.. entah bagaimanalah persiapannya.. yang ketiga juga anak lelaki.. sudah 11 tahun..

tahun ini sudah empat tahun mereka membesar tanpa aku di sisi... entah mengapa sejak akhir-akhir ini aku merasa teramat rindu pada mereka... kalau ku tahu di mana mereka tinggal, akan ku usahakan menjejaki mereka... tapi apakan dayaku, aku cuma mengetahui yang mereka tinggal di Bentong, tidak lebih dari itu.... bilaku lihat peta daerah Bentong, terasa gerun juga untuk memandu ke sana.. bentuk muka buminya yang bergunung-ganang dan berhutan itu membuat aku berfikir sepuluh kali untuk mencari mereka..

anak sulungku, Faiz namanya, rajin juga menelefonku bertanya khabar diriku dan juga neneknya.. kali terakhir dia menelefonku, dia memberitahu yang dia sudah bertukar sekolah dan aku tidak berapa jelas nama sekolah barunya itu.. bila aku bertanya mengapa dia bertukar sekolah, alasan yang diberi, itu adalah kehendak ayahnya tanpa dia sendiri mengetahui sebabnya... biasanya kami tidak dapat berbual panjang kerana dia menggunakan telefon awam dan dia memang tidak ada syiling yang banyak.. taliannya juga sering tidak jelas dan putus-putus.. aku yang tidak berpuashati cuba melayari internet mencari senarai sekolah di Pahang... oleh kerana aku tidak mendengar dengan jelas nama sekolah barunya itu, aku cuba hubungi sekolah-sekolah rendah yang ada di Bentong, dengan harapan dapat bercakap dengan anak keduaku tapi hampa... hampir semua sekolah yang ada di Bentong [di kawasan bandarnya] aku hubungi tapi tiada nama anak-anakku..

perasaanku ketika itu amat tidak selesa.. takkanlah anak-anakku tidak bersekolah.. huh, gawat sungguh hatiku.. ada kerani sebuah sekolah mencadangkan agar aku menghubungi tempat kerja bekas suamiku untuk mengetahui sekolah anak-anakku tapi aku enggan.. seboleh mungkin aku tidak mahu bekas suamiku itu tahu aku sedang mencari anak-anakku.. bagaimana ni???

Selasa, Februari 19, 2008

aku bersyukur padaMu

aku bersyukur dengan keadaanku sekarang.. tidak mewah dan tidak juga susah.. belum pernah lagi aku tidak dapat makan dalam sehari.. rezekiku sentiasa ada.. walaupun tiada seutas pun barang kemas ditubuhku, aku tidak kisah.. bagiku itu semua tiada kepentingannya.. untuk apa itu semua kalau hakikatnya pendapatanku hanya cukup makan pakai sahaja.. bagiku istilah biar papa asal bergaya bukanlah untuk aku jadikan pegangan.. terkadang bila menonton rancangan Bersamamu di kaca tv, aku merasa insaf yang amat.. aku tidaklah semalang mereka..

ayah meninggal dunia sewaktu aku berusia 10 tahun.. dan selepas itu, emak tidak putus asa mencari rezeki untuk membesarkan kami adik-beradik.. emak tidak pernah merungut dan emak juga tidak pernah mahu mengisi kekosongan hidupnya dengan berkahwin lain.. aku kagum dengan emak.. cintanya untuk ayah tidak pernah padam.. mungkin kerana itu juga aku sudah tidak kisah hidup dalam keadaan sederhana.. dan aku juga tidak kisah walaupun terpaksa bersama2 mencari rezeki untuk membantu meringankan beban suamiku..

bagiku yang lebih penting adalah keselesaan hidup untuk anak2 ku... andai nanti aku dapat memiliki semula semua anakku, aku tidak mahu mereka merasa kesempitan hidup... biarlah mereka juga seperti aku.. serba sederhana...

Jumaat, Februari 15, 2008

tentang aiman danial

aiman danial ialah anak keempatku hasil dari perkahwinanku yang ke dua.... aku diceraikan suami pertamaku pada april 2004 dan aku bernikah kali ke dua pada 25 september 2005.... aiman dilahirkan pada 18 jun 2006.. syukur Alhamdulillah kerana Allah mempermudahkan bagiku pada setiap kelahiran anak2 ku.. aku tidak mengalami sebarang kesukaran dan komplikasi dalam pada saat2 melahirkan.. sakit tu memang ada.. mana ada ibu yang tak merasa kesakitan bersalin... sewaktu aku melahirkan aiman, usiaku sudah mencecah 34 tahun, mungkin faktor usiaku menyebabkan aiman menerima sedikit komplikasi.. dia disahkan menghidap jantung berlubang ketika usianya sebulan.. menurut doktor, jantungnya memang sudah berlubang sewaktu dilahirkan.. ketika itu, perasaanku amat kacau-bilau.. airmataku memang menanti untuk jatuh.. mungkin doktor dapat melihat perubahan pada wajahku lantas dia cuba memujuk dengan mengatakan dia belum pasti selagi ujian belum dijalankan.. katanya lagi, dia cuma seorang doktor yang mungkin akan melakukan kesilapan.. kita berserah pada Tuhan, pujuk doktor itu lagi.. aku sedikit lega dan berharap sangat agar doktor itu tersilap.. aku menjadi sebak yang teramat bila ku renung wajah suci aiman yang ketika itu baru berusia sebulan.. apalah yang dia tahu saat itu..

dan kini ketika usianya hampir setahun lapan bulan, lubang di jantungnya disahkan tidak begitu merbahaya.. dia juga aktif seperti kanak2 lain yang sebaya dengannya, malah dia kelihatan seperti tiada apa2 masalah.. tapi aiman tetap terpaksa berulang alik ke hospital melaka setiap empat bulan dan ke IJN setiap enam bulan.. kini aku tidak bimbang lagi kerana menurut pakar di IJN, [dalam lawatan terbaru 04/02 yang lalu] lubang di jantungnya kecil dan tidak memberi kesan pada injap di jantung kirinya.. jantungnya juga tidak membengkak lagi berbanding semasa dia masih bayi.. bibirnya juga sudah agak merah, tidak seperti sebelumnya yang agak lebam seperti mereka2 yang menghisap rokok.. perasaanku kini sudah seperti ibu2 yang mempunyai anak2 yang sihat dan normal.. tapi aku tetap berwaspada pada setiap kemungkinan yang akan tiba.. tidak boleh terlalu 'lepas tangan'... apapun aku tetap bersyukur padaNya.. mungkin ada hikmahNya di sebalik semua ini..

Khamis, Februari 14, 2008

rindu seorang ibu

aku rindukan anak2 ku... sebenarnya aku mempunyai empat cahayamata.. tapi yang ada denganku cuma seorang.. perkahwinanku yang pertama gagal setelah aku mendapat tiga cahayamata... kenapa gagal?... biarlah rahsia... akibatnya, ketiga2 anakku itu diambil oleh bekas suamiku dengan taktik kotor.. satu2nya cara untuk aku mendapatkan semula anak2 ku itu adalah dengan mengupah peguam.. dan itu memerlukan kos yang tinggi sedangkan aku belum mampu lagi untuk mendapatkan jumlah yang dikehendaki.. tapi mengikut kata emak, biarlah anak2 ku itu dengan ayah mereka, bila mereka meningkat dewasa nanti, pasti mereka akan mencari aku apatah lagi aku dan bekas suamiku itu sekampung... tapi masalahnya, aku ingin menjaga mereka dengan caraku sendiri dan aku ingin memberi mereka pendidikan yang terbaik.. bukan melihat mereka dibesarkan oleh ibu tiri dan mendengar cerita dari mulut mereka sendiri tentang layanan dan sikap ibu tiri mereka yang ringan tangan... betapa sedihnya hati aku bila teringatkan anak perempuanku yang enggan balik mengikut ayahnya pada cuti sekolah yang lalu... apalah dayaku.... hanya mampu menanggung rindu...

hai, salam perkenalan dihulurkan buat anda yang masuk ke blog saya ni.. kebetulan blog ni saya ujudkan di hari valentine.. bukan bermaksud nak menyambutnya tapi teruja nak buat blog ni selepas saya masuk ke blog aleya aneesa dan juga blog nuriman.. rasa seronok pulak berkongsi cerita dan kisah hidup dengan anda.. untuk pengetahuan anda semua, saya hanyalah insan biasa yang ingin berkongsi cerita suka dan duka saya di dalam meniti kehidupan ini... moga anda semua tidak merasa bosan...